in ,

Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Lancar JUMPSTART JULY

Sunway Pyramid Memperkenalkan ‘Jumpstart July’ Untuk Memberi Manfaat Kepada Para Pelanggan Dan Peruncit Dengan Kempen-Kempen Eksklusif Sepanjang Julai. Tawaran Menarik Dan Keterujaan Menanti Pembeli-Belah Sepanjang Bulan Ini. Kempen Ini Tercetus Untuk Membantu Memulihkan Perniagaan Para Peruncit.

Setelah sektor demi sektor mula diberi kelonggaran untuk memulakan operasi, Sunway Pyramid menggalas tanggungjawab mereka dengan membantu para peruncit memulihkan perniagaan masing-masing menerusi kempen ‘Jumpstart July’ di samping memberi galakan kepada pembeli-belah untuk mengunjungi pusat beli-belah mereka dengan promosi-promosi serba eksklusif. 

Berbekalkan hasrat untuk menyuntik nafas kepada ekonomi Malaysia, ‘Jumpstart July’ bakal menyaksikan pelbagai promosi dan tawaran menarik sepanjang bulan Julai demi kelangsungan perniagaan para peruncit, serta nilai tambah yang ingin disalurkan kepada pembeli-belah Sunway Pyramid. 

Sunway Pyramid 1
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Prosedur penjarakan sosial masih dikuatkuasakan untuk melindungi semua individu yang memasuki dan keluar dari pusat beli-belah berkenaan, yang kini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Bilik persalinan kini dibuka untuk pembeli-belah mencuba pakaian sebelum membuat pembelian, sambil memastikan piawaian sanitasi yang ketat diterapkan. 

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway (Sunway Malls), Kevin Tan berkata,

“Penggal enam bulan yang pertama pada tahun ini benar-benar mencabar dan ia juga telah mencetus perubahan besar dalam kalangan kita.

Keperluan untuk membuat penyesuaian telah memberi kami cerapan dalam usaha untuk membantu para peruncit, serta memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan yang memilih untuk mengunjungi rangkaian pusat beli-belah kami.

Kami berharap kempen ini dapat membuka ruang kepada para pelanggan untuk menikmati pengalaman yang kami tawarkan seperti sedia kala, di samping membantu perniagaan-perniagaan yang terkesan sementara kita menginjak masuk ke penggal tahun 2020 yang kedua.”

– Kevin Tan

Atas dasar ini, Sunway Pyramid ingin mengalu-alukan bulan Julai dengan pelbagai kempen yang menjanjikan keseronokan buat semua. 

Berputik dari Hati

Pertama sekali, Sunway Malls akan bekerjasama dengan TGV Cinemas untuk membekalkan lebih daripada 1,500 tiket wayang mulai 9 hingga 15 Julai kepada petugas-petugas baris hadapan kita yang telah mengerah keringat sejak beberapa bulan yang lalu. Sunway Pyramid juga akan menyumbang baucar hiburan lain yang boleh digunakan di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid Ice, Stars Archery dan banyak lagi untuk dirangkumkan sekali dalam pakej prihatin ini sebagai tanda penghargaan kepada para petugas baris hadapan. 

EDM _Pyramid Have Tea Hour
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Nikmati Juadah Minuman

Pada tanggal 11 dan 12 Julai, anda boleh menikmati minuman percuma dengan mengimbas kod QR unik di ruang IG yang bertempat di Asian Avenue. Ia terhad kepada 1,000 pembeli-belah yang pertama, jadi jangan lepaskan peluang ini! Bukan itu sahaja, lima pemenang bertuah juga akan dihadiahkan sepasang baucar bernilai RM176 yang boleh ditebus dengan sarapan tengah hari yang istimewa di Sunway Resort Café.

Sunway Pyramid 7
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Teh-tarik!

Bendung keheningan tengah hari anda melalui kempen ‘Have Tea Hour’ yang diilhamkan oleh Sunway Pyramid. Dari 4 hingga 23 Julai, kunjungi pusat beli-belah ini antara jam 3-6 petang, untuk menikmati tawaran eksklusif daripada peruncit-peruncit seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, The Fish Bowl, Sakae Sushi, Eninge Lemon Tea dan Boost Juice Bars. Nikmati minuman kegemaran anda pada harga serendah RM1, ajak rakan anda untuk merebut tawaran beli 1 percuma 1, atau manjakan diri anda dengan memperoleh pelbagai barangan pada harga berdiskaun setinggi 50%. Maklumat lanjut boleh didapati di sini

PMD PY Ipad Square
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Sayalah ‘Pal’ Awak

Jika anda belum lagi berdaftar sebagai ahli Sunway Pals, inilah masanya untuk berbuat demikian. Mulai 2 hingga 19 Julai, manfaatkan keahlian Sunway Pals anda dengan menebus tawaran hebat setiap hari dengan Pals Points sepanjang kempen ‘Pals to Pals Deals’. Ia meliputi promosi beli 1 percuma 1 di Hush Puppies, Muji dan La Senza; diskaun bagi pembelian di Topshop, Anello dan Home’s Harmony, serta 10x mata ganjaran Pals bagi pembelian yang terpilih. Kempen ini akan berlangsung di seluruh rangkaian pusat beli-belah Sunway, dan 60 pemenang bertuah juga akan dipilih untuk dihadiahkan Pals Points yang bernilai RM500 bagi setiap pemenang. Layari laman web ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sunway Pyramid 6
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Berehatlah Sebentar

Anda rindu untuk bersiar-siar di Sunway Pyramid? Maka kempen ini ditujukan untuk anda. Menerusi kempen ‘Check-in and Redeem’ yang berlangsung dari 10 sehingga 19 Julai, anda hanya perlu mengunjungi lima kedai di Sunway Pyramid dalam tiga perusahaan yang berbeza (makanan, fesyen, kecantikan, hiburan, kecergasan, dan lain-lain) dan daftarkan diri anda dengan membuat imbasan di setiap kedai melalui aplikasi SELangkah atau MySejahtera. Pastikan anda menyimpan imej tangkap layar bagi pendaftaran yang dibuat dan membelanjakan jumlah minimum sebanyak RM100 di mana-mana kedai yang anda kunjungi. Setelah itu, anda boleh pergi ke kaunter penebusan di LG2 Blue Concourse untuk menebus baucar tunai kesihatan yang bernilai RM5. Mudah bukan? 

Serlahkan Kewiraan Anda

Anda boleh melindungi diri dan keluarga anda dengan mudah pada waktu ini, iaitu dengan memakai pelitup muka untuk mengelakkan penyebaran virus dan bakteria yang berbahaya. Sunway Pyramid, berserta dengan pusat-pusat beli-belah Sunway yang lain akan membantu menjadikan aspek ini lebih menyeronokkan dengan kempen ‘Mask On’ mulai 24 Julai hingga 16 Ogos, yang memberikan para pengunjung peluang untuk memperoleh kesemua empat pelitup muka fabrik dengan rekaan edisi terhad yang diilhamkan oleh seni bina pusat-pusat beli-belah berkenaan. Ia meliputi Egyptian Pyramid, Sun-drop Diamond, Renaissance Globe dan Astute Cube. 

Pelitup muka ini akan diedarkan semasa kempen berkenaan, jadi pembeli-belah boleh mendapatkan rekaan baharu setiap dua minggu. Perbelanjaan minimum yang berjumlah RM250 dalam dua resit melayakkan anda untuk menebus satu unit pelitup muka serta satu unit penyimpan pelitup muka, dengan syarat penebusan maksimum sebanyak dua kali bagi setiap pelanggan. Pelanggan-pelanggan Huawei hanya perlu membelanjakan jumlah minimum sebanyak RM200 dalam dua resit untuk menebus tawaran yang sama.

Puaskan Deria Rasa Anda

Pada bulan Jun, kempen ‘Order and Collect’ telah dinaik taraf kepada khidmat penghantaran dalam talian untuk mempersembahkan pusat beli-belah ini di hujung jari pelanggan. Mulai hari ini sehingga 26 Julai, anda boleh menikmati penghantaran percuma bagi pembelian bernilai RM20 ke atas, di samping menerima kod promo bernilai RM5 bagi pembelian anda serta meraih 5X mata ganjaran Sunway Pals. Ingat, anda hanya perlu memilih item makanan yang anda ingin pesan daripada peruncit-peruncit yang tersenarai dan nikmati makanan yang akan dihantar terus ke rumah anda. Anda mempunyai kebebasan untuk memesan daripada berbilang restoran melalui satu senarai penghantaran sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ini.

Sunway Pyramid 10
Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid Memperkenalkan JUMPSTART JULY

Cuti-Cuti Sunway

Sekatan untuk bergerak telah pun dilonggarkan, maka anda boleh mengisi masa yang terluang dengan pakej ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ yang menjanjikan percutian yang menyeronokkan di Sunway City Kuala Lumpur. Tawaran bernilai RM499 bagi dua individu ini meliputi penginapan 3 Hari 2 Malam di bilik ‘King’ eksekutif serba mewah di Sunway Pyramid Hotel – yang membolehkan kanak-kanak menginap secara percuma, termasuk tiket masuk percuma ke Sunway Lagoon dan baucar bernilai RM200 untuk dibelanjakan di Sunway Pyramid. 

Tempoh tempahan dibuka dari 6 hingga 20 Julai, dan tempoh penginapan ditetapkan antara 7 Julai hingga 31 Oktober 2020. Para pengunjung juga boleh berlapang dada, kerana prosedur kesihatan dan keselamatan telah dikerahkan di semua pusat beli-belah, taman tema dan hotel agar anda boleh menjamu selera, berhibur dan membeli-belah dengan selamat. Ingat, aspek keselamatan yang anda utamakan merupakan keutamaan kami juga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman web berikut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai mana-mana kempen yang berkenaan, sila layari www.sunwaypyramid.com atau ikuti perkembangan baharu yang dimuat naik di saluran media sosial Sunway Pyramid.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Watak Lasak Elizabeth Tan Dalam GADIS VROOM VROOM Terbitan Skop Production

Safiey Illias Buat Rawatan Kosmetik RM1 Juta Hingga RM2 Juta