Penutupan itu selepas terdapat empat kes positif di pusat beli-belah One Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis serta lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar, penutupan tersebut bertujuan untuk membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.
Malah, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19.