Filem PUSAKA digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw writers room berjaya mencapai kutipan RM13.7 juta dalam tempoh 36 hari dan ia masih ditayangkan di pawagam tanah air. Filem genre seram, penyiasatan dan aksi ini mendapat respon positif daripada penonton pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Bukan itu sahaja, ramai penonton telah menyaksikan filem ini lebih dari 7 kali. PUSAKA juga turut hangat diperkatakan di laman media sosial oleh penonton yang berkongsi pengalaman mereka tentang “jump scare” di dalam filem.
Rentetan daripada kejayaan tersebut, Astro terus membawakan karya terbaik pengarah Razaisyam Rashid dengan menampilkan sebuah siri Sembilan yang mula boleh ditonton di Astro Go bermula 6 Disember.
Cara memuat turun aplikasi, muat turun secara PERCUMA aplikasi Astro GO di Apple Store atau App Store. Strim “SEMBILAN” di Astro GO.
Pihak penerbit Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Tank mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura atas sokongan padu yang diberikan pada PUSAKA.
Filem ini mengisahkan Inspektor Nuar yang ditugaskan untuk menyiasat tentang penemuan sepasang adik beradik kembar, Balqis dan Qistina yang ditemui dalam sebuah rumah kosong yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, Inspektor Nuar mula diganggu dengan pelbagai kejadian aneh.
Dia menyedari satu perkara dimana dia perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana setiap orang yang berkait dengan kes itu pasti akan mati seorang demi seorang. Saksikan filem yang penuh dengan unsur seram dan kejutan yang mendebarkan ini di pawagam berdekatan anda bermula pada 31 Oktober 2019.
Selepas ini Astro Shaw bakal tampil dengan filem Bahasa Inggeris bermula 16 Januari tahun depan yang menampilkan pelakon-pelakon hebat dari Malaysia, Jepun, Britain dan Taiwan.
Astro Shaw sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan bakat-bakat baru dalam menjayakan sebuah filem.