in , ,

Kongsi Puisi Curang, Daiyan Trisha Biar Netizen Buat Spekulasi Sendiri

Pelakon Daiyan Trisha tidak meletakkan sebarang justifikasi berhubung puisi tentang kecurangan yang dikongsi baru-baru ini sehingga ramai berpendapat penulisan tersebut berkaitan hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf.

Pelakon Daiyan Trisha tidak meletakkan sebarang justifikasi berhubung puisi tentang kecurangan yang dikongsi baru-baru ini sehingga ramai berpendapat penulisan tersebut berkaitan hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf.

Daiyan mengatakan setiap penulisan puisinya adalah rangkuman rasa yang dilalui berkaitan kehidupannya termasuk tentang hubungan cinta dan kekecewaan dilalui sejak tahun 2018 sehingga 2022.

“Semua itu (mengaitkan nama Aedy) hanya spekulasi mereka (netizen) sendiri sedangkan buku puisi tersebut tidak dikeluarkan lagi pun.
“Jika netizen nak buat fahaman sendiri, itu hak mereka sebab semua puisi yang ditulis adalah mengenai apa yang saya rasa dan lalui.”

– Daiyan Trisha

Daiyan juga memberitahu pelbagai pengalaman hidup dilalui sepanjang dalam tempoh lima tahun dan semua rasa tersebut hanya mampu dicurah menerusi penulisan sahaja.

“Saya beri semuanya dalam buku itu sebab hanya itu sahaja mampu buat pawa waktu tersebut.
“Selain itu, saya melepaskan semua rasa dalam diri menerusi penulisan maka terhasillah sebanyak 222 puisi tersebut,”

– Daiyan Trisha

Dalam pada itu, dia juga mahu setiap mesej dalam puisi-puisinya itu sampai ke jiwa setiap pembaca.

“Saya sedar bukan saya seorang sahaja yang rasa dicurangi, dilukai dan disakiti malah ramai pernah melaluinya.”
“Paling utama, saya nak buku dan penulisan saya memeluk pembaca selain semua dapat kaitkannya dengan perjalanan hidup masing-masing,”

– Daiyan Trisha

Terdahulu, puisi tentang kekecewaan dan kecurangan yang dimuat naik Daiyan baru-baru ini mencetuskan teka-teki mengenai siapa jejaka yang pernah membuatkan aktres tersebut patah hati.

Disebabkan pernah digosipkan bercinta dengan Aedy, maka nama aktor itu turut dipetik oleh netizen dalam ruangan komen perkongsian tersebut.

Sebelum ini, Daiyan dan Aedy juga pernah mencetuskan tanda tanya ramai mengenai hubungan mereka apabila dilihat menyaksikan sebuah konsert di London bersama.

Daiyan dan Aedy bagaimanapun menafikan mereka menjalinkan hubungan istimewa dan sekadar bersahabat baik dalam industri yang sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IRA KAZAR

Ira Kazar Menangis Dengar Lagu Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah

Kim Seon Ho

Kim Seon Ho 2023 Asia Tour di Kuala Lumpur Menggamit Kenangan Indah