in , ,

PU Riz Bangga Neelofa Jadi Pilihan Jenama Untuk Kempen Airbnb

Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur dilantik sebagai selebriti pertama menjadi pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan tersebut.

Neelofa yang teruja dengan pelantikan tersebut apatah lagi dia sememangnya seorang yang suka bercuti dan mengembara.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. Insya-Allah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat lain pula. Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Kebetulan saya pun suka ‘travel’.
“Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,”

– Neelofa

Dalam pada itu, suaminya iaitu PU Riz bersyukur apabila isterinya menjadi pilihan antarabangsa meskipun sudah berniqab.

“Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa.
“Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,”

– PU Riz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Pakai Skirt Pendek & Bra, Sajat Menari Buat Show di Australia

QI RAZALI

Qi Razali Nak Kahwin Wanita Biasa Yang Tak Terlibat Dunia Hiburan