in

Psy Terima Ancaman Semasa Persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia

Perai: Kawalan ketat dan langkah keselamatan terpaksa diambil polis selepas menerima maklumat mengenai ancaman terhadap bintang popular Korea Selatan, Psy yang dikenali di seluruh dunia dengan lagunya, Oppa Gangnam Style ketika kunjungannya ke negeri ini pada Isnin dan Selasa lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel mengesahkan ada menerima maklumat mengenai ancaman terhadap penyanyi itu.

Menurutnya, kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan kepada Psy ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) di padang Kolej Han Chiang, Georgetown pada Ahad lalu.

Katanya, polis turut mengatur kepulangan penyanyi terbabit tanpa diketahui umum pada keesokan harinya.

Abdul Rahim berkata demikian ketika mengulas penjelasan Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat satu ancaman terhadap nyawa Psy yang menjadi punca Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta meninggalkan pentas lebih awal selepas acara menggaul yee sang di majlis rumah terbuka itu.

Teng menjelaskan kejadian itu ketika menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan di Jelutong, di sini, semalam.

Kata beliau, pihaknya dimaklumkan oleh polis bahawa mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai ditempatkan agak jauh dari pentas.- Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizz Fairuz Bertunang Sarung Cincin Tindakan Salah

Lagu Masih Aku Cinta Shila Amzah Untuk Sharnaaz Ahmad