in ,

Prudential Astro Masters 2015 Lebih Meriah Lebih Gempak

Para pemain golf di Malaysia kini boleh mengambil bahagian di dalam siri kejohanan golf amatur kebangsaan terbesar Malaysia iaitu Prudential Astro Masters 2015 yang akan berlangsung di 21 lapangan golf serata Malaysia. Para pelanggan Astro yang ingin menyertai kejohanan ini layak mendaftar dengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM288, manakala RM388 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro dan pendaftaran boleh dilakukan di www.golfpeople.com.my. Buat pertama kalinya di dalam siri ini, sekurang-kurangnya seramai 8,000 pemain golf daripada 71 kelab yang terlibat akan mengambil bahagian dalam proses kelayakan.

PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2015 KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT DAN MERIAH

Prudential Astro Masters 2015 yang kembali untuk tahun ke-18 penganjurannya akan bermula (tee off) pada 19 Mac 2015 di Tropicana Golf & Country Resort, Selangor. Lima lapangan golf terbaru turut disenaraikan untuk pusingan kelayakan pada tahun ini termasuklah Labuan International Golf Club, Damai Golf & Country Club di Kuching, Penang Golf Cub (sebelum ini dikenali sebagai Bukit Jambul GCC), Gunung Raya Golf Resort di Langkawi dan Kelab Golf Seri Selangor.

Para pemain yang berjaya ke pusingan Grand Final akan berentap di Nirvana Bali Golf & Country Club yang indah dan Bali National Golf & Country Club yang baru diubahsuai yang terletak di Bali, Indonesia. Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett di pusingan Grand Final kemudiannya akan dijemput untuk bertanding di pusingan akhir World Amateur Golf Championship di Belek, Turki yang ditaja oleh World Amateur Golf Championship dan Delta Trend Golf.

P. Jeganathan, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters berkata:

“Kami sangat berbesar hati atas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia Berhad dalam penganjuran kejohanan golf amatur terbesar ini sekali lagi. Tahun ini Astro sedang berbincang dengan Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk bekerjasama dalam Associate Member Program mereka yang akan menyaksikan penglibatan lebih 150 kelab golf dan 150,000 pemain golf. Program ini juga akan menumpukan kepada pembangunan arena golf sebagai sukan untuk semua, lantas pelbagai program menarik akan diadakan oleh Astro dan MGA dalam masa terdekat ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential Assurance Malaysia Berhad, Philip Seah berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi penaja utama kejohanan golf amatur yang popular dan berprestij ini. Ianya merupakan satu penghormatan buat kami kerana dapat melibatkan diri dalam satu acara yang telah berjaya menarik ribuan pemain golf setiap tahun. Acara sukan seperti Prudential Astro Masters ini merupakan platform yang baik untuk menyatukan semua lapisan masyarakat atas dasar kecintaan terhadap sukan golf.”

Nilai keseluruhan hadiah untuk dimenangi bagi Prudential Astro Masters tahun ini berjumlah hampir RM1 juta. Ini meliputi hadiah bernilai RM30,000 untuk setiap pusingan dan kejohanan ini mempunyai 26 acara secara keseluruhan (termasuk National Final dan Grand Final) serta sebuah kereta premium, Citroen DS5 1.6 THP bernilai hampir RM190,000 sebagai hadiah istimewa hole-in-one. Selain itu, televisyen Panasonic 50 inci LED TV menanti pemenang di semua 21 pusingan kelayakan sebagai hadiah ‘Sure to Win’ hole-in-one di samping pelbagai saguhati dan hadiah cabutan bertuah menarik.

Prudential Astro Masters 2015 juga merupakan satu-satunya acara golf amatur tanah air yang akan mempunyai sorotan perlawanan yang akan disiarkan melalui dua saluran iaitu Astro Arena (saluran 801) dan Astro Super Sport 3 (saluran 816). Dalam usaha untuk mempromosikan pelancongan golf tempatan, Prudential Astro Masters 2015 bekerjasama dengan Malindo Air sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan dalam siri golf amatur kebangsaan tahun ini. Para penaja lain termasuklah Titoni, Pharmaton, MST Golf, Bridgestone, Samsonite, Gatorade, Banana Boat, Schick, Golf Pride, Cinta Sayang GCC, Active Guard, Fresh & White, Jakes Charbroil, Candid Powder, TVB, Golf Magazine, Heineken dan 56 Degree Whisky.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.golfpeople.com.my; atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang.

PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2015 KEMBALI DENGAN LEBIH HEBAT DAN MERIAH

Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd
Astro Malaysia Holdings Bhd merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.3 juta atau penembusan kita-kira 62% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 184 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT. Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.9 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan. Sebagai pilihan orang ramai, Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013.

About Prudential Assurance Malaysia Berhad
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) was established in Malaysia in 1924. For the financial year ended 31 December 2013, it achieved RM1.04 billion in new business sales. New business sales include both life insurance sales and takaful contributions. Takaful products distributed by PAMB’s wealth planners and agents are underwritten by Prudential BSN Takaful Berhad.

As a leading and innovative insurer, PAMB serves the savings, protection and investment needs of Malaysians by offering a full range of financial solutions through its 43 branches nationwide. With approximately 1,400 employees, PAMB is committed to helping people achieve their ambitions for a brighter and financially secure future.

PAMB is an indirect wholly owned subsidiary of UK-based Prudential plc. Prudential plc is incorporated in England and Wales, and its affiliated companies constitute one of the world’s leading financial services groups. It provides insurance and financial services through its subsidiaries and affiliates throughout the world. It has been in existence for 166 years and has £443 billion in assets under management (as at 31 December 2013).

Prudential plc is not affiliated in any manner with Prudential Financial, Inc., a company whose principal place of business is in the United States of America..

Lampiran: Jadual Prudential Astro Masters 2015

1 Tropicana Golf and Country Resort, Selangor 19 Mac, Khamis

2 Amverton Cove Golf and Island Resort, Pulau Carey, Selangor 26 Mac, Khamis

3 Meru Valley Golf & Country Club, Perak – Member / Non Member 4 April, Sabtu

4 Cinta Sayang GCR, Kedah 11 April, Sabtu

5 A’ Famosa Golf Resort, Melaka 18 April, Sabtu

6 Gunung Raya Golf Resort, Langkawi, Kedah 25 April, Sabtu

7 Orna GCC, Melaka 2 Mei, Sabtu

8 Templer Park Country Club, Selangor 6 Mei, Rabu

9 Palm Resort Golf and Country Club, Johor 14 Mei , Khamis

10 Labuan International Golf Club, Labuan. 30 Mei , Sabtu

11 Staffield CR, Negeri Sembilan 4 Jun, Khamis

12 Shan-Shui GCC, Tawau 13 Jun, Sabtu

13 Damai Golf and Country Club, Sarawak 25 Julai, Sabtu

14 Bukit Jawi GR, Penang 30 Julai, Khamis

15 Resort World Kijal (Awana Kijal) Golf, Terengganu 8 Ogos, Sabtu

16 Dalit Bay Golf and Country Club, Sabah 15 Ogos , Sabtu

17 Kelab Golf Seri Selangor, Selangor 20 Ogos , Khamis

18 Horizon Hills GCC, Johor 27 Ogos , Khamis

19 Kota Permai Golf and Country Club, Selangor 2 September, Rabu

20 Penang Golf Club ( formerly Bukit Jambul GCC), Penang 5 September, Sabtu

21 Kelab Rahman Putra, Selangor 9 September, Rabu

National Final – Kota Permai Golf and Country Club 17 September, Khamis

Grand Final 4 Oktober – 7 Oktober

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salma Mentor Kini Hamil Anak Pertama

Kisah Superhero Dalam PIZZA MAN Temui Penonton TV1