Lebih banyak sebab untuk terbang dengan promosi Tempat Duduk Percuma kini di airasia.com! Tempah dari 2 – 8 Jun 2014 dan mulakan perjalanan dari 5 Januari – 31 Julai 2015
AirAsia kini kembali dengan promosi Tempat Duduk Percuma* dengan 2.5 juta tempat duduk promosi tersedia untuk tempahan segera dan bagi perjalanan separuh pertama tahun 2015.
Tawaran promosi tempat duduk percuma bagi destinasi-destinasi seperti Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, Hong Kong, Chennai Siem Reap, Lombok, Kalibo (Boracay), dan pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang lain.
Tempat duduk percuma (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api, dan bayaran-bayaran lain yang berkenaan) tersedia untuk tempahan dari 2 – 8 Jun 2014, bagi tempoh perjalanan dari 5 Januari – 31 Julai 2015.
Tempahan boleh didapati menerusi www.airasia.com, dan juga melalui applikasi mudah alih AirAsia yang terdapat bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan telefon platform Windows. Hanya perlu cari AirAsia di stor applikasi untuk muat turun dan mula menempah!
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata,
“Sesiapa yang bercadang untuk bercuti pada tahun hadapan boleh bermanfaat dengan promosi Tempat Duduk Percuma ini, dengan tempahan dibuka mulai 2 hingga 8 Jun 2014 dan bagi perjalanan separuh pertama tahun 2015. Tiada cara yang lebih baik untuk menyambut kehadiran tahun baru yang seterusnya bersama mereka yang tersayang ke destinasi seperti Langkawi, Kota Kinabalu, Lombok, Kalibo (Boracay) dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik di AirAsia. Kami sentiasa berusaha membuat yang terbaik dalam memberi peluang kepada semua untuk memulakan perjalanan dengan harga yang berpatutan dan realistik, jadi rebut tempat duduk percuma ini dan terbang ke destinasi percutian impian anda.”
AirAsia X Berhad, peneraju tambang rendah, penerbangan jarak jauh juga menawarkan tambang termasuk semua paling rendah ke destinasi-destinasinya dari MYR 199* bagi Ekonomi bagi penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Australia (Adelaide, Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast), Jepun (Nagoya, Osaka, Tokyo), Korea Selatan (Busan, Seoul), China (Chengdu, Hangzhou, Beijing, Shanghai), Taiwan (Taipei), Nepal (Kathmandu) dan Sri Lanka (Colombo). Termasuk destinasi terbaru AirAsia X ke China, Xian.
Azran Osman-Rani, CEO of AirAsia X berkata, “Selain dari tawaran menarik bagi ekonomi, kami juga sangat teruja untuk mengumumkan harga Kelas Bisnes Premium Flatbed bermula dari serendah MYR 679*.
Juga tidak boleh dilepaskan peluang adalah tawaran menakjubkan bagi Kelas Bisness Premium Flatbed ke Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide dan Gold Coast bermula dari serendah MYR 949*. Para tetamu boleh mengambil peluang ini untuk menikmati temapat duduk Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menikmati pelbagai produk dan servis percuma termasuk Pilihan Tempat Duduk, Daftar-masuk terlebih dahulu, Naik Kapal Terbang terlebih dahulu, Penghantaran Bagasi terlebih dahulu, daftar masuk 25kg bagasi, hidangan percuma, dan bantal & selimut.”
AirAsiaGo, laman percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia ini, juga menawarkan potongan hebat sehingga 75% apabila Tempat Duduk Percuma AirAsia ditempah bersama dengan penginapann hotel. Harga bermula dari serendah RM 139 bagi tiket penerbangan dan penginapan (bagi seorang). Bagi yang menempah penginapan sahaja, rebut penginapan semalam yang bermula dari serendah RM 49, tertakluk kepada ketersediaan. Untuk maklumat lanjut dan menempah layari laman web AirAsiaGo.com.
Program kesetian AirAsia BIG juga menawarkan penebusan bagi penerbangan dari 0 mata BIG sehala semasa promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia ini. Untuk menebus dan untuk maklumat lanjut bagaimana untuk mendaftar menjadi ahli BIG, sila layari www.airasiabig.com.
BIG Shots juga boleh menikmati mata BIG semasa menempah tempat duduk percuma bersama dengan penginapan hotel melalui AirAsiaGo.com sepanjang kempen ini berlansung.
Untuk perkembangan terkini mengenai AirAsia, serta promosi dan aktiviti, ikuti Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tidak termasuk Cukai Lapangan Terbang, surcaj bahan api dan bayaran-bayaran lain yang berkenaan