AirAsia sekali lagi menawarkan tempat duduk percuma ke pelbagai destinasi menarik di seluruh rangkaian laluannya yang luas.
Tetamu boleh menempah tempat duduk dari RM0* di airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih dari 5 September 2016 (0001h GMT +8) sehingga 11 September 2016 (2400h GMT +8) untuk tempoh perjalanan antara 6 Februari 2017 dan 28 Oktober 2017.
Destinasi yang ditawarkan termasuklah dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Pulau Pinang, Hong Kong, Chiangmai, Kota Bharu, Phnom Penh, Siem Reap, Medan, Surabaya, Pekanbaru; dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, Johor; dari Langkawi ke Guangzhou, Singapura dan banyak lagi.
Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Kini Kembali
Dalam tempoh promosi ini, tetamu juga boleh menerokai destinasi- destinasi menarik yang lain seperti Hat Yai, Shantou, Nanning, Yogyakarta, Cebu, Kaohsiung dan selebihnya dengan tambang rendah yang menarik.
Selain itu, tetamu AirAsia X akan dapat menikmati tambang dari serenah RM58*, dan juga menikmati Premium Flatbed ke Auckland, Seoul, New Delhi, Melbourne, Osaka dan Xi’an dari hanya RM699*
Ahli AirAsia BIG boleh mengunnakan mata ganjaran BIG untuk menebus tempat duduk promosi di airasiabig.com dan tetamu yang mencari pakej penerbangan dan hotel yang menarik boleh mengambil kesempatan ini untuk menempah dengan harga promosi di AirAsiaGo.com.
3 juta tempat duduk promosi sedia untuk ditempah
Ketua Komersil Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh berkata, “AirAsia komited untuk terus menawarkan tambang rendah kepada tetamu kami dan tiada tambang yang lebih rendah dari apa yang kami tawarkan. Promosi tambang sifar kami membolehkan tetamu menikmati penjimatan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk berbelanja lebih semasa percutian dan sekiranya mereka mahu, boleh berbelanja lebih untuk menikmati produk-produk sampingan kami yang telah memenangi pelbagai anugerah.
“Buat kali ini, kami juga memberi Ahli AirAsia Big dan rakan perniagaan lain akses awal sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan mereka, walaupun begitu, dengan lebih 3 juta tempat duduk promosi yang ditawarkan ianya mencukupi untuk semua orang.”
AirAsia telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk lapan tahun berturut-turut dan AirAsia X telah memenangi Kabin Premium Tambang Rendah Terbaik Dunia dan Tempat Duduk Premium terbaik Dunia bagi tahun keempat berturut-turut di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2016 di Farnborough, UK.
Ahli-ahli BIG Prepaid MasterCard yang berminat untuk menempah penerbangan di airasia.com dan aplikasi AirAsia akan dapat menikmati yuran pemprosesan sifar untuk semua tempahan. Untuk memohon, sila log masuk kewww.bigprepaid.com.
Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Tambang asas untuk perjalanan sehala sahaja, tidak termasuk yuran dan fi. Tertakluk kepada terma dan syarat.