in ,

Promosi Syawal Habib Mengajak Pengguna Melabur 

Syarikat pengeluar barangan kemas tempatan jenama Habib memandang serius dengan keadaan ekonomi yang melanda bukan hanya Malaysia tapi turut memberi impak di peringkat global.

Hal ini juga menyaksikan peningkatan harga emas yang kini berada di tahap tertinggi dalam sejarah pada paras RM 270 segram. Namun, Habib ingin berkongsi pandangan dari sisi yang berbeza dengan orang ramai untuk melihat kenaikan harga emas ini sebagai satu waktu yang sesuai untuk menjual beli emas.

“Saban hari, harga emas yang dijangka semakin meningkat untuk tempoh yang agak lama membuatkan setiap pembelian emas kini merupakan satu pelaburan yang bijak kerana harga emas lebih stabil berbanding nilai matawang dunia.

Bagi memudahkan para pelanggan, di Habib kami menawarkan pembelian semula dengan harga yang berpatutan buat para pelanggan kami yang ingin menukar barangan kemas lama kepada yang baharu,”

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib
RAMONA ZAMZAM ROZITA CHE WAN

Di samping itu, sempena Promosi Syawal yang berlangsung sepanjang Kempen Rantaian Kasih di musim perayaan Aidilfitri ini, Habib menawarkan duit syiling emas seberat 0.2-gram dengan rekaan ekslusif hanya semasa perayaan ini pada harga RM 118 sahaja.

Orang ramai boleh membuat kelainan dengan menggantikan pemberian duit raya dengan duit syiling emas dari Habib pada raya tahun ini.

RAMONA ZAMZAM ROZITA CHE WAN

Selain itu, bagi memeriahkan lagi sambutan raya pada tahun ini meskipun disambut dengan norma baharu, Habib menawarkan potongan harga sehingga 70% untuk barangan kemas berlian dan batu permata yang terpilih.

Tambahan pula, potongan harga RM 10 untuk segram emas dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan mendapat jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Oleh itu, para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun 2020 di seluruh bilik pameran Habib di seluruh Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian hotline kami di 019-2222916.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kilafairy Kini Bertudung, Neelofa Doakan Rakannya Kekal Istiqamah

Asyraf Ali Selamat Nikah dengan Model Hijab