in

Promosi Sempena Tahun Baru di The Saujana Hotel KL!

Pasport Sambutan Ulangtahun yang Penuh Kenikmatan di The Saujana Hotel KL!
oleh Shah Shamshiri

Lupakan kesesakan lalulintas ataupun barisan yang panjang tika beratur menunggu penerbangan dan cubalah ajnas pilihan buat menjamu selera di The Saujana Hotel Kuala Lumpur. Sambutlah kedatangan tahun baru dengan kelainan melalui “Passport 2012”, pas masuk anda ke tempat-tempat makan menarik dan pesta terbaik sepanjang malam.

Perjalanan bermula apabila para tetamu tiba dan menginap di Executive Deluxe Room. Bilik yang baru sahaja diberi sentuhan terbaru ini direka untuk mencapai keseimbangan sempurna dari segi gaya dan keselesaan, bak sebuah syurga tersembunyi bagi mereka yang mencari ketenangan tempat tinggal. Bilik yang luas dan selesa ini menggabungkan unsur-unsur Malaysia dengan teknologi moden bagi menghidupkan nilai kontemporari.

saujana1

Tamu akan disajikan dengan minuman serta buah-buahan di dalam bilik masing-masing. Sesudah itu mereka boleh singgah di Senja di mana satu sajian makan malam khas Itali berkonsep pasangan romantis menanti. Restoran yang sudah banyak meraih anugerah ini terletak di tepi tasik dan menawarkan suasana yang hebat untuk menikmati hidangan rekaan Chef Giovanni Ricci, yang pernah menyediakan sajian buat Presiden George Bush semasa salah satu sidang kemuncak G8.

Kemudian masa untuk berpesta berlanjutan di RP Entertainment Centre, dengan menikmati minuman sambil menghayati persembahan kugiran yang mengasyikkan. Sebaik sahaja pulang ke bilik, tamu akan diberi hadiah istimewa untuk beradu dengan damai di malam hari.

Para pengunjung juga akan disambut keesokan pagi dengan sajian sarapan yang enak di Suria Cafe, sebuah kafe sepanjang hari berlatar belakangkan pemandangan taman serta kolam renang.

Teruskan hari dengan makanan Jepun bento yang lazat di Kogetsu, sebuah lagi restoran hotel ini yang telah merangkul pelbagai anugerah dengan suasana makannya seeprti di desa-desa Jepun. Bagi melengkapkan lagi penginapan, para tamu akan diberikan hadiah semasa meninggalkan hotel.

Buat mereka yang mencari secebis sentuhan mewah lagi, The Club Saujana Resort Kuala Lumpur turut menawarkan promosi Passport 2012 mereka tersendiri. Ini termasuk penginapan mewah di Club Room, minuman di bilik serta makan malam istimewa di The Restaurant. Para tamu juga akan dapat mencuba sajian moden Eropah oleh ketua Chef Alexander Waschl, penerima 16 mata Gault Milau di Switzerland – satu kejayaan bak seorang bintang Michelin. Selesai makan malam tamu juga akan dibawa ke RP Entertainment Centre untuk menikmati persembahan kugiran yang menghiburkan.

Pengunjung juga akan menikmati sarapan lazat di The Restaurant sebelum menghabiskan sepanjang hari dimanja dan dibelai di The Spa and Med Beauty untuk menenangkan serta mengembalikan keseimbangan tenaga dan kecantikan.

Alamilah cara paling sempurna untuk menyambut Tahun baru di The Saujana Hotel Kuala Lumpur dan The Club Saujana Resort hanya pada harga RM2,012.00 nett untuk dua orang, bermula dari 24 Disember sehingga to 1 Januari 2012. Tempahan paling cepat akan menerima potongan harga sebanyak 10 peratus bagi setiap tempahan yang dibuat sebelum 15 Disember 2011.

Hujung tahun ini juga menjanjikan satu pesta penuh makanan kerana terdapat pelbagai pakej hidangan menarik yang disediakan khas buat hari menjelang Krismas, hari Krismas, hari menjelang tahun baru serta hari tahun baru.

Untuk tempahan sila layari www.thesaujana.com atau hubungi (+60 3) 7843 1234

Utnuk tempahan menjamu selera, emel [email protected] atau hubungi (+60 3) 7843 1234 sambungan 6122 / 4717

club ad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Penulis Novel Ombak Rindu Tak Bersyukur?

Jom Baca Ulasan & Sertai Peraduan di KakiWayang.com