in ,

Promosi Sajian Istana Di Zaman Silam di Red Box

[dropcap]S[/dropcap]empena kedatangan Ramadan, pusat karaoke Red Box Ria tidak ketinggalan menyajikan sajian melayu pada harga RM38++ seorang setiap hari. Menariknya tahun ini, Red Box Ria telah bekerjasama dengan ADABI, syarikat pengeluar makanan berbungkus terbesar di Malaysia dalam penyediaan setiap hidangannya dengan menggunakan bahan masakan asas dari pengeluar tersebut.

Introducing.Buffet

[pullquote align=”right”]Promosi Sajian Istana Di Zaman Silam di Red Box dengan hidangan masakan tradisional Melayu.[/pullquote]

Sesuai dengan tagline ADABI, seperti Sajian Istana Di Zaman Silam, hidangan yang disediakan berupa udang galah sambal tempoyak, ketam bunga tumis udang kering, tenggiri masak tumis cili padi, rusuk kambing panggang, ayam golek, kepak ayam karahi, kambing panggang dengan kuah kurma, daging palembang, rendang tok, tauhu bakar dengan kuah rojak, sambal sotong, sate daging, sate ayam dan pelbagai juadah antarabangsa lain seperti baked pasta with cheese, sweet & sour dory fish, stir fried hong kong choy sum, kailan ikan masin dan menu lain yang bertukar setiap hari.

Tidak ketinggalan, tersedia pembuka selera seperti salad, kerabu mangga dan udang kering, kerabu perut dan daging panggang, kerabu betik, sambal ikan bilis, keropok (crakers), salad so’on jawa style, bergedil, salad tuna dengan pasta dan semestinya hidangan sup ayam ADABI.

Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut seperti air batu campur, cendol pulut, bubur manis, buah-buahan dan pelbagai jenis Kuih Muih Tradisional Melayu & Nyonya yang menjadi kemestian semasa berbuka.

Memenuhi permintaan pengunjung yang biasanya datang berkeluarga, Red Box Ria turut menawarkan promosi pakej berkumpulan yang tentunya lebih menjimatkan.

Pelbagai keistimewaan diberikan untuk mereka yang menempah pakej ini di mana mereka berpeluang membawa pulang hamper produk ADABI bernilai hingga RM100 dan boleh memilih minuman istimewa selain yang terhidang di kaunter minuman. Antaranya ialah sirap bandung, soya cincau, sirap limau selasih & air jagung.

Promosi ini akan berlangsung sepanjang bulan puasa bermula 10hb Julai 2013 setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi 03-2694 7788.

Chef.Said.Lapeso

DJ.Lin.and.Ms.Val

DJ.Lin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Ekspedisi Cinta Lakonan Sharizal Jaszle

Awal Ashaari & Scha Alyahya Dilantik Duta Senheng Electric