in

Promosi Istimewa AirAsia Untuk Tahun 2016

AirAsia Tawar Promosi Istimewa bagi Penerbangan pada tahun 2016! Tempat duduk bermula dari serendah RM39* sehala sahaja bagi tempahan dari 28 Sept hingga 4 Okt 2015.

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bagi tahun ketujuh berturut-turut menawarkan tawaran rendah istimewa bagi semua destinasi AirAsia dan AirAsia X di serata 20 buah negara bagi penerbangan pada tahun 2016.

Tambang promosi ini boleh mula ditempah dari 28 September sehingga 4 Oktober 2015 bagi tempoh penerbangan dari 4 Januari hingga 30 Jun 2016. Para tetamu boleh melayari laman airasia.com atau Applikasi mudah alih AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com bagi menempah tambang rendah ini.

Promosi Istimewa AirAsia Untuk Tahun 2016

Terokai keindahan Malaysia menerusi destinasi seperti Pulau Pinang dan Alor Setar dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM 39* sehala; atau Kuching dan Kota Kinabalu bermula dari RM 109* sehala, bagi penerbangan dari Kuala Lumpur.

Tetamu juga boleh terbang lebih jauh dari Kuala Lumpur ke destinasi unik oleh Kumpulan AirAsia seperti Pattaya, Thailand dengan tambang termasuk semua bermula dari RM109* sehala; Goa, India dari hanya RM199* sehala; Changsa, China bermula dengan hanya RM209* sehala sementara destinasi terkenal Sapporo, Jepun hanya dari RM329* sehala.

Siegtraund Teh, Ketua Komersial Kumpulan AirAsia berkata,

“Terdapat 9 hujung minggu yang panjang pada tahun hadapan 2016 dengan cuti awam sama ada jatuh pada hari Jumaat atau Isnin, promosi ini adalah peluang terbaik bagi semua untuk merancang lebih awal dan meneroka lebih banyak destinasi-destinasi AirAsia bagi percutian hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan.”

“Pada tahun 2015, kami telah melancarkan 10 laluan baru setakat ini, yang mana tujuh adalah laluan unik dengan penerbanagan terus yang hanya dioperasi oleh AirAsia. Antara laluan unik tersebut adalah Kuala Lumpur ke Pontianak, Goa, Pattaya dan Kaohsiung – destinasi-destinasi yang menanti untuk diterokai oleh para tetamu kami dan tawaran promosi ini adalah peluang terbaik untuk semua orang berbuat demikian,” tambah Siegtraund.

AirAsiaGo, bahagian percutian syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia juga akan menawarkan tawaran istimewa bagi para tetamu AirAsia dan AirAsia X semasa tempoh promosi dengan penjimatan hebat bermula dari serendah RM 288 seorang bagi pakej penerbangan dan penginapan atau RM 88 semalam bagi penginapan di hotel sahaja. Layari laman AirAsiaGo.com sekarang untuk membuat tempahan promosi ini bagi tertakluk dengantempoh tempahan dan penerbangan yang sama seperti di atas.

Para tetamu digalakkan pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi online semasa membuat tempahan bagi menikmati penjimatan sehingga 88%! Tetamu juga boleh menggunakan fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ bagi pra tempah atau menambah peruntukkan bagasi di laman airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan. Tetamu dingatkan setiap penumpang hanya boleh membawa SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan dimensi yang tidak melebihi 36cm (T) x 23cm (L) x 56cm (L).

Ikuti perkembangan terkini promosi dan aktiviti menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

50 Nama Genre Pelik Dalam Spotify

Sam Smith’s WRITING’S ON THE WALL Theme Song To Spectre, Out Now!