in

Promosi Hebat AirAsia Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

AirAsia memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY2014) dengan harga promosi tambang asas bermula dari serendah RM14* sehala dengan cukai & caj bermula dari RM26, ke destinasi-destinasi domestik yang hebat seperti Alor Setar, Penang, Johor Bahru, Langkawi, Terengganu, Tawau, Kota Kinabalu dan lain-lain.

Kesemua tambang ini tersedia untuk tempahan di laman web www.airasia.com dari 6 – 19 Januari 2014 dan tetamu boleh terus memulakan perjalanan atau bagi tempoh perjalanan dari 6 Januari – 31 Mac 2014.

Selain dari laman web, harga promosi boleh juga ditempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini juga boleh didapati platform telefon mudah alih Windows. Hanya ke carian AirAsia dan muat turun di stor aplikasi dan mula menempah!

airasia

[pullquote align=”right”]AirAsia meraikan kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan harga promosi yang hebat. Tambang rendah juga tersedia bagi penerbangan tambahan sepanjang musim Tahun Baru Cina[/pullquote]

Terokai keajaiban Malaysia dengan memuat turun panduan perjalanan AirAsia ‘Awesome Malaysia’ & ‘Discover Borneo’ melalui tab ‘muat turun’ di http://www.airasia.com/travelguides. Panduan perjalanan ini adalah percuma dan mengandungi informasi perjalanan seperti informasi penginapan, pengangkutan, dan panduan tempat-tempat mesti dilawati dan aktiviti yang mesti dilakukan bagi setiap destinasi domestik. Panduan ini dapat membantu para perlancong domestik dan antarabangsa dalam memahami lebih mendalam mengenai tempat-tempat yang mereka akan lawati sepanjang tempoh VMY2014.

AirAsia juga menawarkan penerbangan tambahan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bagi memenuhi jangkaan para perlancong yang meningkat pada musim perayaan ini. Penerbangan-penerbangan tambahan ini menawarkan lebih banyak pilihan masa perlepasan sepanjang musim cuti Tahun Baru Cina.

Penerbangan tambahan ini akan tersedia secara harian bermula dari 28 Januari – 5 Februari 2014, dan boleh ditempah di www.airasia.com dan juga applikasi mudah alih AirAsia di iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan dan kini juga boleh di dapati platform telefon mudah alih Windows. Laluan yang mempunyai tambahan kekerapan bagi Tahun Baru Cina adalah dari Kuala Lumpur – Penang, Penang – Johor Bahru, Penang – Kuching, dan Singapura – Kuching.

Aplikasi mudah alih AirAsia juga menampilkan ciri ‘Urus Tempahan Saya’ para tetamu boleh melihat senarai tempahan mereka, daftar masuk untuk penerbangan, mengurus penambahan seperti makanan dalam pesawat, pilihan tempat duduk, daftar masuk bagasi dan alatan sukan juga bagi membeli insuran perjalanan dan banyak lagi.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Cukai lapangan terbang dan caj bahan api dikenakan, dari RM26 keatas. Caj tambahan lain tidak termasuk dan bagi perjalanan sehala sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Camera 2 Lebih Canggih Boleh Selfie

IZ, Budiey & Mamee Ceriakan Penghuni Rumah KIDS