Apabila si amatur masuk ke dapur, kelam kabut jadinya!
8TV dengan bangganya membawakan sebuah lagi rancangan yang lain dari lain, Kan Cheong Kitchen yang bakal ke udara di kaca televisyen anda bermula bulan Mei ini! Pada setiap hari Jumaat malam, anda semua akan dihiburkan oleh sekumpulan tukang masak amatur yang akan mencuba nasib memasak sejenis hidangan sehingga membolehkan mereka membawa pulang hadiah-hadiah yang menarik!
Apa yang akan terjadi jika anda meletakkan seorang tukang masak yang tidak mahir untuk menyediakan satu hidangan yang dianggap sebuah resipi mudah bagi orang lain dengan syarat, mereka akan hanya mendapat resipi dan arahan daripada tukang masak berpengalaman yang ditempatkan jauh daripada dapur! Kelam kabut? Bayangkan!
Setiap episod di dalam rancangan ini akan menampilkan dua buah kumpulan yang akan diberi satu menu hidangan untuk disediakan. Setelah mendapat resipi dan maklumat untuk menyediakan hidangan, setiap kumpulan akan diberikan masa sebanyak 30 saat untuk memilih bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan tersebut dan juga sebanyak 30 minit diperuntukkan untuk menyediakan menu hidangan yang telah diberikan kepada mereka. Pemenang akan ditentukan melalui persembahan dan juga tahap rasa hidangan yang telah disediakan oleh kumpulan untuk diadili oleh juri jemputan.
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim berkata,
“Kan Cheong Kitchen merupakan sebuah rancangan permainan yang unik dan berbeza kerana aktivitinya tidak melibatkan sessi soal jawab yang tipikal seperti program-program lain. Rancangan permainan ini memerlukan para peserta memasak hidangan yang tertentu dengan bantuan tukang masak yang berpengalaman dengan hanya memberi arahan melalui sebuah monitor yang diletakkan di tempat khas. Pasangan mereka yang berperanan sebagai tukang masak pula akan mengenakan kamera kecil yang membolehkan pasangannya melihat dengan lebih dekat lagi apa yang berlaku di dapur.
“Para peminat dan juga penonton 8TV pasti akan terhibur dengan unsur-unsur hiburan yang diterapkan di dalam program ini apabila berpeluang melihat gelagat-gelagat spontan tukang masak amatur berusaha untuk menyiapkan hidangan yang telah ditugaskan kepada mereka. Pada masa yang sama, para peminat dan juga penonton juga dapat mempelajari resipi baru dan tip-tip masakan daripada tukang masak yang berpengalaman dan ini secara tidak langsung dapat memberikan mereka pengetahuan tentang penyediaan makanan-makanan yang lazat.”
Program sebanyak 26 episod ini akan menampilkan Rina dan juga Phat Fabes sebagai pengacaranya. Para penonton juga pasti akan teruja apabila melihat selebriti-selebriti dan juga artis-artis kesayangan mereka turut dijemput menyertai rancangan permainan masakan yang unik ini.
Adakah tukang masak amatur ini berupaya untuk menyediakan hidangan-hidangan yang lazat? Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kan Cheong Kitchen yang akan disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam bermula pada 9 Mei 2008 secara eksklusif di 8TV atau secara alternatif melalui Astro saluran 708.
[tags]Kan Cheong Kitchen, 8tv, hadiah, percuma, gratis, goodie bag, merchandise, batman return, rina, phat fabes, artis masak, baju chef, gambar busana pengantin, cara hubungi, tips masakan, enak, delicious, secret recipes, restourant, zuras akademik, contact details zuras akademik, dewan kahwin, alfred hitchcock, cara melihat jin, djin, genie, intan sarafina myspace, jampi serapah, kala malam bulan mengambang movie, manjalara 2 8tv quickie, mentera pengasih, Movie Reviews, noir films, orang minyak, rahsia jin, Khidmat Perkahwinan, kompleks niaga utama bangsar, pusat kursus kahwin bangsar, tempat kahwin, urusan pengantin, luic, lumic, review flash speedlamp[/tags]