Kepada penduduk Kota Singa, jangan lupa nantikan gossip-gossip panas yang bisa membakar hari-hari Ramadan anda dalam Majalah Paling Sempoi… MANJA. Juga ikuti juga artikel-artikel tentang artis sensasi yang hot dari Malaysia… kalau tak beli… anda rugi sangat!
Budiey sudah pun mendapatkannya! Anda bila lagi?
Untuk korang yang berpijak di bumi Malaysia pula, kalau nak baca sangat majalah Manja yang HOT ni, bolehlah melanggan ya. Tak murah, tak mahal, cuma $3.20 senaskah sahaja.
Yang tak ruginya, kalau korang suka dengan konsep majalah SENTIASA MANJA yang pernah menggegarkan pasaran Malaysia sekitar awal tahun 2000, korang pasti akan suka dengan konsep MANJA kerana editornya adalah orang yang sama! Siapa lagi kalau bukan Saniboey Mohd Ismail.
Oh, kalau nak tahu, Saniboey memang jadi sumber inspirasi dan pemacu dalam gaya penulisan Budiey. Sekali baca, memang rasa sangat tulisannya sangat sempoi giler! Dua kali baca, kita akan kata, akan datang, kita mahukan yang lebih telus, lebih terus terang, lebih kritis, lebih fresh, lebih outspoken, lebih apa lagi?
Oh! Rupanya, Budiey antara ribuan orang yang menggilai dan obses dengan majalah SENTIASA MANJA. Ini buktinya… majalah SENTIASA MANJA masih disimpan kemas dalam gubuk sampai sekarang!
Pernah dulu mengidam untuk bekerja di bawah bimbingan Saniboey dan menjadi penulis majalah hiburan dan gaya hidup ini… ternyata kini dah jadi nyata… walaupun penulis sambilan pun kira okay apa?
KOLEKSI SENTIASA MANJA MILIKKU!
Keluaran September sudah pun terbit! Lihat covernya! Fasha Sandha tu, beb! Hahaha, persis puteri Duyung, Fasha Sandha dikatakan perampas suami? Penggoda? Jahat? Oh! Apa lagi gelaran mahu disandang oleh Fasha? Puteri Gossip dan Ratu Kontroversi? Oh, nak baca lagi, semua tu ada dalam MANJA keluaran September ini.
Juga ikuti coretan berbisa tentang Dayang Nurfaizah, Sheila Abdull, Andre Sound, Salvation dan banyak lagi.
Pssst… mmm, tak sah kalau takde gossip dan berita hangat kan? Semua tu memang ada. Berita dari artis Seberang dan Singapura tidak dilupa. Dan asasnya memang untuk orang-orang Singapureee… memang diutamakan buat kalian!
Oh! Tadi terbaca dalam ruangan Psstt… katanya si Afgan, penyanyi muda 19 tahun dari Indonesia tu dicop gay dek terbabit dengan cinta sejenis. Siapa couple Afgan tu? Dengar cerita kekasihnya tu juga pun penyanyi terkenal di sana? Mmm, semua jawapan ada dalam MANJA.
Untuk Oktober ini… banyak lagi yang GEMPAK dan SUPER DA BOM akan meletop dalam MANJA!
Nantikan…
Dan ini pula MANJA keluaran OGOS lalu… tak kurang menariknya…
yang penting, konsep yang ditampilkan begitu bijak, segar, relevan dan begitu menghiburkan. Pendek kata, keunikan ini buat orang sentiasa tertunggu-tunggu keluaran seterusnya.
Dengar cerita, cover bulan Oktober ni… penyanyi bersuara jantan metroseksual akan menghiasi cover pula. Cuba teka siapa?