in ,

Saksikan Projek Ratu & Sumandak Duo, Yang Menarik Hanya di TV Okey

Saluran TV Okey tampil dengan dua program terbaharu iaitu “Projek Ratu”disiarkan sejak 2 Januari lalu, setiap Sabtu, pukul 2.30 petang dan “Sumandak Duo” yang menemui penonton menerusi episod pengenalannya pada 4 Januari lalu, setiap Isnin, pukul 11.00 pagi.

Saksikan 13 ratu cantik Unduk Ngadu iaitu Alyysa Jimeh, Angelia Odrie, Shierly Anthony, Marlyn Mundoi, Cora Waybin, Dona Amylinda, Wendy Kukundu, Evian Verolia, Elvira Satebon, Monica Manjin, Reznah Edwin, Valentina Day dan Oliva Chin bertanding dalam program “Projek Ratu”.   

poster Projek Ratu

Ratu-ratu akan menceritakan perjalanan mereka sebelum dan selepas menjadi Ratu Cantik. Di sini juga penonton dapat menyaksikan tentang aktiviti-aktiviti ratu iaitu aktiviti sukan ratu dan juga aktiviti memasak masakan tradisional di dearah-daerah ratu itu sendiri.

Sebuah lagi program menarik yang dijanjikan RTM, “Sumandak Duo”, travelog berkisar tentang perjalanan dua gadis yang bersahabat baik menjelajah ke tempat-tempat menarik di seluruh negeri Sabah. 

salah satu episod Ratu

Ikuti santai perjalanan pelakon Jasper Supayah berkunjung ke lokasi menarik di Sabah dengan ditemani pengacara cantik kelahiran Sabah, Ixora Roselle. Jasper yang melihat peluang diterima itu sebagai rezeki tahun baru berkongsi bakat dimilikinya bermain ukelele sambil menyanyi lagu tempatan masyarakat Sabah dalam setiap episod. Program yang menjalani penggambaran di Sabah itu mempunyai 13 episod.

Penonton juga dapat menyaksikan dua gadis ini menyahut cabaran memberanikan diri melakukan pelbagai aktiviti lasak yang belum pernah dibuat oleh mereka sebelum ini. Antaranya mereka melakukan aktiviti mendaki, rendam kaki di spa ikan yang besar saiznya, memproses daun teh, berkhemah sehari di atas bukit dan banyak lagi. 

hos Projek Ratu bersama peserta

Gandingan serasi dua pengacara ini bekerjasama mencabar kemampuan diri melawan perasaan takut dan bimbang dalam diri dalam memastikan semua aktiviti dilakukan berjalan lancar. 

Kedua-duanya juga membawa tumpuan penonton menjelajah ke beberapa tempat di Sabah yang diketahuinya sebagai lokasi tumpuan pelancong. Antara yang paling sukar dilupakan ketika dapat menjejak kaki di Kundasang dan Pasar Filipina yang pemandangan sangat menarik, sibuk dan menjadi tumpuan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Hos Sumandak Duo... Jasper Supayah dan Ixora Roselle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Return of Business Events Sector in a Covid-19 World

Engineering Bureau Officially Releases First Single Entitled “LINES”