in ,

Projek CSR Fasa 3.0 Sumbangan Ikhlas NILAI KASIH – SELALU DI JIWA Bantu Mek Habshah

Syukur Alhamdulillah diatas segalanya berkat serta sokongan para sahabat… Dengan Lafaz #Bismillahirrohmanirrohim… Projek 3.0 CSR – ” NILAI KASIH – SELALU DI JIWA” dari Izzmad Harun untuk Mami Mek Habshah Bakar telah dilancarkan oleh kita.fund pada hari ini.

Hati penyanyi, pelakon dan pelawak era 1980-an, Mek Habsah tersentuh apabila menerima dua mesin bantuan pernafasan oksigen sumbangan individu kenamaan dan pertubuhan amal, Kitafund.

Tambah bermakna, sumbangan diterima sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-65, Jumaat lalu.

Mek Habsah atau nama sebenar, Habsah Bakar sudah lebih 20 tahun menderita sakit paru-paru kronik dan sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.

Projek CSR Fasa 3.0 Sumbangan Ikhlas NILAI KASIH - SELALU DI JIWA Bantu Mek Habshah

“Sebelum ini saya ada mesin oksigen yang sudah lebih lapan tahun digunakan dan sudah tidak lagi sesuai.

“Perkara ini diketahui individu kenamaan lantas menghulur sumbangan mesin bantuan pernafasan bernilai RM12,000,”

Ditanya siapa gerangan insan budiman itu, Mek Habsah berkata, individu terbabit enggan dikenali.

“Malah, diajak bergambar dengan saya bersama mesin ini pun beliau enggan.

“Saya amat berbesar hati dengan keikhlasannya membantu.

“Terima kasih juga kepada artis muda, Izzmad Harun yang prihatin membantu melalui platform Kitafund,”

Mek Habsah ditemui pada majlis penyerahan sumbangan di restoran yang diusahakannya, Mek Habsah Corner, baru baru ini.

Mek Habsah berkata, dengan dua mesin oksigen diterima, dia tidak perlu risau lagi setiap kali berada di rumah atau keluar berniaga.

“Selama ini, saya terpaksa bergantung hampir 20 jam sehari dengan mesin oksigen akibat kegagalan organ paru-paru yang agak kronik.

“Apabila mempunyai dua mesin, satu daripadanya boleh letak di rumah, manakala satu lagi dibawa ke mana-mana.

“Semoga jasa dan budi baik semua pihak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan diberkati,”

izzmad-harun-studio
Izzmad Harun

Sementara itu, Izzmad berkata, bantuan kepada Mek Habsah adalah fasa ketiga dalam projek Nilai Kasih Selalu Di Jiwa.

Sebelum ini, Kitafund membantu Raisha Mikayla yang perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di India dan Riyadh Adrian Sabriel Al Hayden Osman yang disahkan mengalami tumor prostatik.

“Ini usaha kecil saya yang dibantu ramai pihak dan teman artis. Ketika COVID-19, ramai berdepan kesempitan hidup.

“Bagi saya, hidup lebih bermakna apabila kita memberi sumbangan dan bantuan. Saya sendiri bangga dapat membantu Mek Habsah,”

Jom kita beramai-ramai menghulurkan sumbangan Seikhlas Hati buat Mami Mek Habshah Bakar, Penyanyi & Pelakon Veteran yang sentiasa Ceria dan Anggun.

Namun, di sebaliknya tiada siapa sangka yang Beliau adalah salah seorang pesakit penghidap Paru-paru Kronik telah lebih 20 tahun yang memerlukan Mesin Oksigen yang speksifikasi bersesuaian untuk kegunaan setiap masa serta dapatlah mengurangkan bebanan kos perbelanjaan setiap hari serta di dalam Pandemik Covid 19 ini kata Izzmad Harun.

Sumbangan Anda boleh di saluran secara online… Hanya Klik link dibawah ini untuk sumbangan secara online yang di uruskan oleh pihak kita.fund :
.
http://kita.fund/oksigenmamimek
.
Tambah, Izzmad lagi ini adalah fasa ke 3.0 projek berkolaborasi CSR dengan House of Oxygen dan Kita.fund bagi membantu Mami Mek Habshah Bakar untuk mendapat kan 2 set Mesin Oksigen – 1 mudah alih (telah mendapat tajaan dari Hamba Allah yang sangat permurah hatinya) dan yang sekarang untuk kegunaan dalam rumah bagi memudahkan pergerakan beliau lebih cergas lagi semasa berada didalam rumah membuat pergerakan fizikal seperti bersolat dan melakukan senaman ringan.
.
Sebelum itu, projek CSR FASA 1.0 Arwah Adik Raisha Mikayla yang Perlukan Pembedahan Pemindahan Hati (penyakit Hati Biliary Atresia di India dengan segera dan 2.0 untuk adik Riyadh Adrian Sabriel Al Hayden Bin Rosman
Umur : 1tahun 6 bulan yang diagnose : Prostatic Tumor (Rhabdomyosarcoma).
.
Semoga segalanya dipermudahkan diberkati dirahmati dan dimurahkan #REZEKI #mericikkkk #meriahnya selamanya buat kita semuanya aamiin robbalalamiin #aamiin.
Ucapan terima kasih buat Tuan Azri dari House of Oxygen kerna telah sudi berkolaborasi dengan Izzmad Harun dan Kitafund.com.
.
@izzmadharun #ikonAADK
@kitafund
@house_of_oxygen
@aadk.malaysia
@izzmadharunfans_
Izzmadharunempire
Izzmad Harun – Sahabatku
.
STATEMENT dari Mami Mek Habshah Bakar:

“Saya bersyukur tidak terhingga ke hadrat Allah swt kerana masih ada artis muda seperti Izzmad Harun yang sangat prihatin berusaha membantu Mami Mek untuk mendapatkan gantian 2 Mesin Oksigen (1 unit mudah alih telah mendapat tajaan dari Hamba Allah dan 1 unit lagi untuk kegunaan dalam rumah yang keduanya berharga hampir RM20k) terpaksa bergantung hampir 20 jam sehari dengan mesin oksigen akibat kegagalan fungsi organ paru-paru mami yang agak Kronik.

Dan tidak sangka semasa sambutan hari jadi mami mek semalam yang ke 65tahun inilah hadiah hari lahir yg paling bermakna bagi sepanjang 65 tahun sambutan hari kelahiran saya kerna mendapat rezeki tajaan seunit lagi mesin oksigen keluaran HOUSE OF OXYGEN disumbangkam oleh rakyat Malaysia melalui NGO Kitafund untuk kegunaan beliau DIRUMAH.
.
Sekarang Mami Mek Habshah tidak lagi risau tentang bekalan oksigen samada dirumah atau di luar, kerana saya akan mempunyai 2 unit mesin oksigen untuk menampung keperluan beliau dimana sahaja samada di dalam rumahh mahupun di luar… Ujarnya lagi.

Terima Kasih tidak terhingga buat pengurus Izzmad Harun sendiri iaitu abg ianzfaris, yang juga cetusan idea asal yang berusaha bersama kita. fund dan Tuan Azri, CEO – House of Oxygen.
.
Syukur Alhamdulillah diatas segalanya sokongan padu terhadap Saya, Mami Mek Habshah Bakar (mobile : +60196649799)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapat Duit I-Sinar, 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta

Pelajar Jual Barang2 Online Cari Modal Buka Francais J&T Sendiri di Usia 24 Tahun!