“AKHIRNYA KU TAHU”, hadiah Projector Band buat peminat yang telah lama menantikan single ini dilancarkan. Lagu hasil ciptaan Razif dan lirik ditulis oleh Jimie mula menjadi perhatian peminat apabila lagu yang dimainkan secara akustik ini mendapat jumlah tontonan di Youtube melebihi satu juta dalam waktu yang singkat sebelum ia direleasekan.
Selepas muncul dengan single ketujuh beliau “Cinta Kita” yang merupakan gabungan Slow Rock dan Rap, kini Projector Band kembali dengan genre Slow Rock seperti mana single-single beliau sebelum ini.
Lagu “Akhirnya Ku Tahu” mengisahkan tentang percintaan yang terputus di tengah jalan setelah wanita yang dicintainya mula berubah sikap dan curang.
Lelaki tersebut cuba untuk melupakan segala kenangan dan berharap selendang yang dihadiahkan bekas kekasihnya itu mampu mengurangkan rasa rindu. Akhirnya lelaki tersebut sedar bahawa mencintai tidak seharusnya memiliki.
Akhirnya Ku Tahu terbitan dan edaran Media Asia Production Sdn Bhd (MAP MUSIC) ini bakal menemui pendengar pada hujung Disember ini di semua platform digital muzik.
Kami berharap semua peminat teruskan menyokong Projector Band seperti mana kejayaan lagu-lagu beliau sebelum ini untuk memeriahkan industri muzik tanah air.
– Projector Band
Pencapaian Projector Band :
- Lagu “Sudah Ku Tahu” mendapat tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu (AJL 31)
- Anugerah Industri Muzik (AIM 22) untuk kategori lagu “Sudah Ku Tahu”
- Lagu “Aisyah” mendapat tempat ketiga daripada 10 Top Music Youtube 2017
- Konsert pertama mereka “Konsert Sudah Ku Tahu” pada tahun 2018
- Duta air minuman AVANI
- Follow Projector Band : Instagram : projectorbandofficial
- Facebook : Projector Band Official
- Youtube : Projector Band OfficialArtist Booking:
- Email : [email protected]