in

Project Runway Season 6

PROJECT RUNWAY MUSIM KE-6
Kembali Menemui Anda di 8TV!

TARIKH SIARAN: 16 SEPT 2010, KHAMIS
MASA: 10.30PM
EPISOD: 15 EPISOD
BAHASA: INGGERIS

Penantian sudah berakhir! Project Runway kini kembali untuk musim yang ke-6! Siri realiti TV yang dicalonkan anugerah Emmy ini telahpun berpindah dari New York ke Los Angeles, dengan 16 pereka fesyen baru, bersedia untuk menempuh segala risiko bagi memenuhi impian mereka.

Project Runway yang dicetuskan oleh supermodel terkenal dunia Heidi Klum akan memberikan penonton sesuatu yang lebih bertenaga serta akses kepada selebriti terhangat Hollywood, bermula 16 September 2010, secara eksklusif di 8TV.

Heidi and Tim

Supermodel Heidi Klum kembali sebagai juri dan hos bagi musim ini bersama dengan pereka fesyen Michael Kors dan Pengarah Fesyen Marie Claire, Nina Garcia di dalam panel juri. Ketua Pegawai Kreatif di Liz Clairborne INC., Tim Gunn sekali lagi bertindak sebagai mentor bagi kesemua 16 peserta, apabila mereka menunjukkan skil dalam rekaan dan bersaing sesama sendiri bagi melayakkan diri ke minggu Fesyen.

Pemenang Project Runway bagi musim ini akan menerima barisan hadiah istimewa, termasuk rencana khas di dalam majalah Marie Claire, wang tunai $100, 000 untuk memulakan jenama fesyen mereka sendiri, dan perbelanjaan yang ditanggung untuk dua orang ke Paris. Kali ini, model-model yang terlibat juga turut mempunyai peluang untuk memenangi wang tunai $25, 000 daripada L’Oreal dan mengambil bahagian bersama liputan fesyen pemenang di dalam majalah marie Claire.

Pada musim ini, setiap episod akan memaparkan cabaran-cabaran yang sukar untuk para pereka fesyen, bagi mencipta satu atau beberapa helai pakaian daripada tema karpet merah, pantai, glamor klasik Hollywood hingga ke pakaian kasual, iaitu setiap rekaan mereka akan diperagakan di atas pentas untuk dinilai, dikritik, dipilih dan di undi keluar oleh para juri!

Barisan tetamu selebriti terhangat akan muncul sebagai juri jemputan, termasuk Christina Aguilera, Eva Longoria dari Desperate Housewives, bintang Ugly Betty, Rebecca Romijn dan Lindsay Lohan.

Pasti terdapat pelbagai drama di dalam bilik kerja yang akan menimbulkan pergaduhan di kalangan peserta, akibat tekanan dan stress daripada setiap cabaran.

“Amat menyeronokkan apabila musim ke-6 akan bermula di 8TV tidak lama lagi! Jangan ketinggalan untuk menyaksikan bakat-bakat hebat para pereka fesyen ini dan juga kesemua drama yang terdapat di dalam rancangan yang bakal membawa para model, peserta dan fesyen ke tahap yang lebih tinggi!” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim.

Pastikan anda membuat temujanji bersama kami setiap Khamis bermula pada 16 September 2010, pukul 10.30 malam, secara eksklusif di 8TV. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Jangan lupa, anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my

image003

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dollhouse di 8TV

Memey Suhaiza & Norman Hakim dalam Drama Gia