Pada 25 Ogos lalu, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Project Alpha di Europhia, Ministry of Sound yang terletak bersebelahan dengan pintu depan lobby Hotel Sunway Resort and Spa.
Budiey menghadirkan diri bukan semata-mata untuk buat liputan macam rutin kerja seharian, pergi event tangkap gambar… tetapi Budiey sebenarnya terlibat sama dengan project yang ‘membogelkan’ 1001 macam rahsia 7 orang penulis blog paling ngetop di Malaysia. Kalau sebelum ni, Budiey hadir di majlis sebagai pemerhati dan mengambil gambar selebriti, kali ini sebaliknya yang berlaku di mana Budiey diinterview oleh media dan sempat memberi beberapa posing untuk jurugambar~
Di pintu depan Ministry of Sound (Kementerian Bunyi?) ~ Ini dia lokasinya… Euphoria~!
Okaylah, mungkin korang tertanya-tanya, apa itu Project Alpha. Sebenarnya, ia satu program realiti TV dalam talian (online) yang pertama untuk penulis blog di Malaysia. Yelah, sebelum ini memang tak pernah dibuat orang pun. Sape nak buat program TV khas special punya untuk penulis blog sebab mungkin pada perspektif sesetengah orang, blogger bukannya seperti selebriti orang ternama yang perlu dipaparkan kehidupan mereka. Malah tulisan di blog dianggap sesuatu yang bersifat picisan. Contohnya, tulisan Budiey kat sini. Selebihnya, tidak ada orang endah pun apa yang mereka buat setiap hari sebab ianya dah terpapar di blog mereka. Tapi mungkin pembaca tidak tahu, apa yang dipapar di blog itu sebenarnya bukan dirinya yang sebenar… itu pun mungkin terjadi.
Juga orang takkan kisah, atau mungkin akan ada persoalkan, berapa orang sangatlah yang akan tonton program untuk blogger ini. Mesti dua tiga kerat je nak tengok. Namun, mungkin ramai yang tak percaya, ada sesetengah blogger kat Malaysia ni boleh mengutip jutaan pembaca setiap bulan dan akan dikenali ke mana sahaja dia pergi.
Pasti dengan sebab itu juga, impian untuk mewujudkan Project Alpha yang terlalu kecil skopnya iaitu khusus kepada penulis atau ‘pengamal’ blog serta dibuat khusus untuk tontonan para pembaca blog itu sendiri dan masyarakat amnya akan merubah segala persepsi. Mungkin sebelum ini pembaca tak pernah lihat wajah penulis dan tak mengenali langsung luar dan dalam orang yang menulis blog yang mereka baca setiap hari.
Program yang dihoskan oleh Jojo Struys ini akan disiarkan di www.hitz.fm , Youtube dan www.nuffnang.com.my selama 7 minggu dari 18 September 2009. Selama 3 minit sehari setiap episod, program TV online ini menyelak segala tabir rahsia penulis blog dari pelbagai sudut. Mereka juga diuji dengan pelbagai cabaran, ditanya tentang minat mereka, obsessif atau kegilaan mereka, meninjau kehidupan seharian mereka dan macam-macam lagi. Kalau nak tahu, kenalah tonton ek~ Tak boleh kasi tau secara detail, takut jadi spoiler~
Sekarang ini, blog dah jadi satu fenomena dalam masyarakat kita. Setiap orang dah ada blog sendiri. Malaysia adalah antara negara yang paling ramai penulis blog. Dari blog, kita dapat menyampaikan mesej, idea dan pendapat kita dengan cepat dan telus. Di samping mencipta potensi sebagai marketing dan pengiklanan, ianya juga sekaligus dapat menjana pendapatan lumayan untuk penulis blog.
Selama menjadi blogger sepenuh masa, Budiey rasa untuk sampai ke tahap ini memang bukan satu kerja yang senang. Kena ada usaha, komitmen dan disiplin yang tinggi. Kalau takde 3 benda ni memang kerja kita takkan kemana.
Menyedari setiap penulis blog adalah satu elemen yang unik, Kyanite Sdn Bhd dan Nuffnang dengan kerjasama radio Hitz.FM telah bersatu tenaga merealisasikan project terulung ini. Sekaligus, Budiey kira akan meningkatkan lagi populariti dan kredibiliti para penulis blog dalam mencipta satu lingkaran dan jaringan dalam pelbagai genre termasuklah dunia hiburan, berita selebriti, fesyen yang trendy, pelancongan, gaya hidup dan sebagainya.
Majlis ini diacarakan oleh Jojo Struys yang juga turut memberi kata-kata aluan mewakili Founder of Kyanite Sdn Bhd. Boss besar Nuffnang, Timothy Tiah juga turut memberikan ucapan. Begitu juga Adidas sebagai penaja utama.
Penghibur pada majlis itu, Ash Nair juga turut menghiburkan dengan sebuah lagu yang menjadi lagu tema untuk Project Alpha dengan hanya diiringi dengan gitar. Vokal Ash Nair memang power.
Gempak seh~!
Project Alpha dilihat dapat memberi satu impak yang besar kepada pembaca blog juga. Apa tidaknya, selama ini mungkin mereka rasa penulis blog ini perangainya begitu dan begini tapi mungkin tanggapan itu berbeza setelah menonton Project Alpha. Setidak-tidaknya, ini akan mendekatkan hubungan penulis dengan audien. Pendek kata, Project Alpha ini akan menyerlahkan wajah sebenar sebalik realiti kehidupan penulis blog yang semuanya ngetop-ngetop.
Untuk musim pertama ini, sebanyak 7 orang penulis blog telah dipilih. Dari jumlah itu, hanya 3 orang penulis blog berbangsa Melayu. Selain Budiey, penulis blog yang berperangai gila-gila dan suka cuba benda baru, berasal dari Kuching iaitu Kenny Sia juga memasuki carta teratas. Red Mummy, satu-satu penulis blog wanita melayu yang popular dengan obsesinya dengan warna merah. Selebihnya, penonton akan disajikan dengan pelbagai aksi dari Fourfeetnine.com, Nicole Tan, Beautifulnara.com dan Sixthseal.com.
Seharusnya sekalung ucapan terima kasih kepada semua penaja yang mendokong Project Alpha iaitu Adidas, penaja lokasi iaitu Sunway Resort and Spa, Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, barangan kosmetik iaitu Rimmel London dan tak lupa Hitz FM~!
Sneak prebiu~~
Terus terang cakap, masa pengambaran yang berlangsung pada 18 Ogos di Xtreem Sunway Theme Park telah mencipta satu pengalaman yang sangat mencabar dan tak mungkin dilupakan. Budiey dicabar untuk terbang ke langit dengan menggunakan G-Force. Mungkin ramai yang tak tahu, Budiey memang takut dengan ketinggian. Rasa sangat gayat bila dilontar sebegitu tinggi dan dilantun beberapa kali atas dan bawah. Fuh… rasa nak tercabut nyawa den~!
Masa naik G-Force – Anti-Graviti Machine.., satu alat bebola yang menerbangkan Budiey dalam kelajuan hingga 120KM ph in 2.5 saat~ (buaian tinggi mencakar langit).. sungguh gayat weh~! Siap dapat Certificate of Insanity.. huhu~!
Nak tahu satu lagi cabaran untuk Budiey, korang kena tontonnya di Hitz.FM~!
Di majlis itu, semua blogger telah dihadiahkan hamper oleh Adidas yang menjadikan seluruh badan berbau harum dan segar~! Terima kasih banyak~!
Jadi, jangan lupalah log on www.hitz.fm. Check us out, okay!