in

Program TV Sempena Deepavali di TV2

16 PROGRAM KHAS SEMARAK ”GEMERLAPAN DEEPAVALI” DI TV2

Meskipun dalam kesibukan umat Islam yang masih segar meraikan Aidilfitri dibulan Syawal ini, stesen penyiaran rasmi milik kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terus melupakan satu lagi perayaan yang akan disambut Satu Malaysia iaitu perayaan penuh warna-warni Deepavali.

Deepavali yang bakal disambut penganut agama Hindu Oktober ini pastinya bertambah ceria dengan tontonan 16 program-program Deepavali menarik yang akan ditayangkan menerusi saluran TV2.  Pelbagai program khas itu telah disusun dengan bertemakan “Gemerlapan Deepavali”  bermula dari 12 hingga 18 Oktober 2009 ini.

Tidak sah sambutan setiap perayaan tanpa tayangan filem-filem dan telemovie hebat, oleh sebab itu filem bergenre romantik komedi berjudul Dostana akan menghiasi layar TV anda pada 16 Oktober 2009 jam 8.30 malam melalui slot Blockbuster Deepavali. Pelakon-pelakon hebat yang akan menceriakan filem ini antaranya Abhishek Bachchan, John Abraham dan Priyanka Chopra  dan ia sudah pasti akan membuatkan anda tertawa.

Seterusnya, slot khas sempena Deepavali Bollygood Deepavali @ 2 akan membawakan dua filem hebat pada 17 Oktober 2009 iaitu sebuah filem penuh aksi berjudul Chandni Chowk to China pada jam 12.30 tengah hari dan juga sebuah filem tamil berjudul Saroja jam 8.30 malam. Satu lagi filem Tamil hebat berjudul Pachaikiki Muthucharam turut ditayangkan pada 18 Okt 2009 jam 1.30 petang menjadi pilihan bagi memenuhi citarasa kesemua penonton saluran Dunia Ria.

Manakala melalui slot Persiapan Deepavali rancangan berjudul Naveena Ulagathil Deepavali akan bersiaran setiap hari bermula dari 12 hingga 15 Oktober 2009 jam 5.00 petang. Rancangan yang memaparkan persiapan untuk menyambut perayaan Deepavali ini akan mengupas isu-isu penyediaan makanan sehingga persiapan pakaian tradisional selain turut mengetengahkan perbezaan persiapan Deepavali dulu dan kini.

Beberapa rancangan muzikal turut tersenarai sebagai hiburan bagi mewarnai Deepavali tahun ini antaranya Varnangal 2009 bersiaran pada 16 Oktober 2009 jam 12.00 malam dan Rangilee Diwali  jam 5.00 petang pada tarikh yang sama. Selain itu, program khas berjudul Salam Deepavali yang bersiaran secara langsung pada 17 Oktober 2009 jam 4 petang akan menghiburkan anda dengan nyanyian dan tarian serta membaca ucapan kiriman dan memberi peluang kepada penonton-penonton setia TV2 untuk memberi ucapan Deepavali.

Manyusul pada 18 Oktober 2009, jangan lupa untuk bertemu selebriti-selebriti Bollywood pujaan anda yang pasti kacak dan anggun menggayakan pelbagai busana melalui siaran rakaman majlis anugerah berprestij Bollywood iaitu Stardust Awards 2009 jam 10.30 malam serta rancangan muzikal lain iaitu Temasya Deepavali jam 8.30 malam dan Endrum Iniyavai jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.

Sesuatu yang istimewa menantikan kanak-kanak diawal pagi Deepavali menerusi rancangan muzikal kanak-kanak berjudul Deepavali Oorvalam yang akan ditayangkan pada 17 hingga 18 Oktober 2009 jam 8.00 pagi dan juga En Nanbanum…Deepavaliyum… jam 8.30 pagi. 

Gegarkan Deepavali dengan menonton susunan rancangan menarik lain yang pastinya menyemarakkan perayaan kali ini dengan rancangan komedi berjudul Paatikku Je! dijadualkan bersiaran pada 12 hingga 14 Oktober 2009 jam 5.30 petang dan sebuah telemovie berjudul Theepa Kondattam pada 17 Oktober 2009 jam 10.00 Pagi. Drama bersiri popular Gerak Khas episode khas Deepavali turut menemui penonton pada 16 Oktober 2009 jam 11.00 malam.

Teruskan berhibur bersama program-program istimewa Deepavali yang disediakan oleh RTM khas untuk penoton setia saluran Dunia Ria di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sejarah Di Sebalik Cerita Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Novel Sembang Tepi Jalan Meor