DRAMA RANTAIAN
ZEHRA: TERATAI KEMBOJA
Tarikh : 13 April – 8 Jun
Masa Siaran : Rabu – Jumaat, 9.00 malam, 21 episod, 1 jam
Pelakon : Fasha Sandha, Dato’ Adi Putra, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Nur Albaniah
Sinopsis : Fikri, seorang usahawan dan sudah mempunyai isteri bernama Hanani. Sebagai isteri, Hanani dilihat lebih mendominasi dalam rumah tangga mereka. Fikri terpaksa mengalah apabila Hanani masih belum bersedia untuk mempunyai zuriat. Suatu hari, Fikri bertemu dengan Taufik seorang guru agama dari Kemboja yang ingin berjumpa dengan pihak NGO Malaysia yang banyak membuat sumbangan bagi keperluan orang Islam di kampungnya. Fikri tertarik dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri tertarik dengan peribadi Nurhidayah yang juga anak kepada Taufik, tetapi Fikri masih ingat akan statusnya yang sudah berkahwin. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah dan meminta Fikri untuk menjaga Nurhidayah dan mencari Maryam, ibu kandung Nurhidayah di Malaysia.
ENG): Fikri, an entrepreneur married to Hanani. As a wife, Hanani is seemed dominant at home and Fikri has to give in when Hanani said she is not ready to bear a child. One day, Fikir met Taufik, a religious teacher from Cambodia who wishes to meet the Malaysian NGO who has made contributions for the Muslims in his village. Interested, Fikri tagged along and went to Cambodia with Taufik. Witnessing the destitute state of Taufik’s village, Fikri decided to stay a bit longer. While he was there, he is attracted to Taufik’s daughter, Nurhidayah for her personality. Unexpected, Taufik proposed Fikri to be the husband for his daughter and assist her in seeking her mother, Maryam who is currently in Malaysia.
SAMARINDA: NUR (Ditaja oleh Deeja Comestics)
Tarikh : 14 Mei – 13 Jun
Masa Siaran : Isnin – Khamis, 10.00 malam, 19 episod, 1 jam
Pelakon : Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Jalaludin Hassan
Sinopsis : Ustaz Adam seorang lelaki kacak, bijak dan dari keturunan alim ulama. Ayahnya, Datuk Ayah Haji Mukhsin merupakan seorang ustaz selebriti yang cukup terkenal. Manakala ibunya, Ibu Hajah Musalmah seorang wanita yang cukup dihormati oleh masyarakat sekeliling dan menjadi pusat rujukan kaum wanita tentang permasalahan rumahtangga. Ustaz Adam akan dijodohkan dengan seorang guru bernama Qhadeeja, kenalan keluarga yang cukup sopan orangnya. Namun, Ustaz Adam kemudiannya diuji dengan kehadiran Nur. Ustaz Adam tertarik akan keteguhan Nur kepada Allah walaupun dia merupakan seorang pelacur.
(ENG): Ustaz Adam is an attractive, wise and is of pious descendant. His father, Datuk Ayah Haji Mukhsin is a famous celebrity ustaz. Meanwhile his mother, Ibu Hajah Musalmah is a woman much respected by the community and is frequently referred for household troubles. Ustaz Adam is to wed a teacher named Qhadeeja, from a respected family. However, Ustaz Adam is tested by the presence of Nur and is attracted by her devotion to Allah eventhough she is a prostitute.
SOLAT
Tarikh : 19 Mei – 9 Jun
Masa Siaran : Sabtu, 11.00 malam, 4 episod, 1 jam
Pelakon : Hafidz Roshdi,Elvina Mohamed, Razek Ahmed, Zahiril Adzim, Uqasha, Izzue Islam, Amar Bahrin, Nina Iskandar, Raja Afiq, Farouk Hussin
Sinopsis : Drama bersiri pendek ‘SOLAT’ ini akan memaparkan pelbagai kisah yang berkaitan
dengan solat. Setiap episod akan memaparkan tema yang berbeza. Setiap kisah yang dipaparkan akan memberi teladan kepada semua penonton mengenai kewajipan mengerjakan solat.
(ENG): ‘SOLAT’ contains different tales related to prayers. Each episode has its own theme and each tale provides the audience the obligations to pray.
AKASIA: HALA LKAN HATI YANG KU CURI (DITAJA OLEH L’Oreal)
Tarikh : 23 Mei
Masa Siaran : Isnin – Jummaat, 7.00 petang, 27 episod, 1 jam
Pelakon : Farah Nabilah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri
Sinopsis : Kisah pasangan muda suami isteri yang sentiasa bersosial dan berhibur tanpa batas. Setelah sebulan tidak pulang, mereka terkejut bila mendapati rumah nenda telah dijual. Ahli keluarga mereka juga tidak dapat dihubungi. Syarikat pun dah ditukar milik pada orang lain. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumahtangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula.
(ENG): A story of a married couple who socializes without boundaries. After a month, they were unable to contact their families, and lost everything including their home and company. Out of the blue, Delisha is pregnant and their marriage was disrupted by Zainal, Delisha’s ex-lover.
IRIS: RAMADAN DAN HAMDAN
Tarikh : 28 Mei – 2 Julai
Masa Siaran : Isnin, 6.30 petang, 6 Episod, 30 minit
Pelakon : Shuk, Cef Fikree Aznan, Vanidah Imran
Sinopsis : Kisah 2 sahabat iaitu Ramadan dan Hamdan yang sudah lama tidak balik beraya. Meraka ingin pulang beraya pada tahun ini tetapi tiba-tiba diberhentikan kerja di atas suatu insiden yang berlaku. Kebetulan ada perompak yang lari dikejar polis dan mencampakkan duit. Bermulalah perjalanan mereka balik beraya. Di sepanjang perjalanan pulang ke kampung, pelbagai peristiwa yang membawa iktibar mereka dapat daripada penjual lemang, penjual lepat dan penjual kuih raya yang mereka temui di setiap perhentian. Apakah yang terjadi seterusnya?
(ENG): Two friends, Ramadan and Hamdan has not been back to their hometown for raya in ages. They wanted to do so this raya but they were terminated due to an unforeseen incident. To their luck, a thief was on the lam and left all the stolen cash, with that they ventured to their hometown. On the way, they met various incidences which opened their eyes. What is to happen next?
PATAHNYA SEBELAH SAYAP (Ditaja oleh NIVEA)
Tarikh : 22 Mei 2018
Masa Siaran : Selasa, 9.50 malam, 4 episod, 10 minit
Pelakon : Aeril Zafrel, Ummi Nazeera
Sinopsis : Selepas 10 tahun, Alisha dan Kuzairi telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Tasha yang kini berumur 9 tahun. Ketika menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah Tasha, Alisha dicam oleh salah seorang ibu bapa yang tahu tentang sejarahnya. Tasha telah dipulaukan dan dibuli di sekolah. Hanya makcik Salbiah yang selalu memujuk Tasha. Namun, selepas makcik Salbiah mendapat tahu siapa ibu Tasha, dia berasa segan dan mula menjauhi dirinya daripada Tasha tanpa sebarang penjelasan.
(ENG): After 10 years, Alisha and Kuzairi are married with a beautiful daughter, Tasha who is 9 years old. One day, while attending Tasha’s PIBG meeting, a random mother recognized Alisha and her history. She then warned her daughter, Hanna to stay away from Tasha. News spread quite fast amongst the school kids and Tasha was bullied and isolated. Aunt Salbiah saw Tasha being bullied and comforted Tasha. When Aunt Salbiah realized who is Tasha’s mother and, she felt ashamed and distanced herselfwithout any explanation.
MAMA TERER KE? (Ditaja oleh DARLIE)
Tarikh : 21 Mei 2018
Masa Siaran : Isnin & Selasa, 11.00 malam, 8 episod, 10 minit
Pelakon : Sharifah Shahirah, Dato’ Sri Eizlan Yusuf
Sinopsis : Ikuti gelagat lucu Mama Terer yang sibuk melayan kerenah suami, anak perempuan
yang sudah menginjak usia remaja dan anak lelaki yang sangat aktif. Di bulan Ramadan, Mama Terer akan mengajar kedua-dua anaknya tentang nilai-nilai murni dengan caranya yang unik dan kelakar.
(ENG) Darlie Mama Terer Ke? centers around Mama Terer, with her unique and distinct style, taking care of her teenage daughter, very active young son and her funny husband! Join them as Mama Terer teaches her two children on life lessons during Ramadan, of course in her own unique and funny way.
PELANGI CINTA (Ditaja oleh 100 PLUS)
Tarikh : 7 Mei 2018
Masa Siaran : Isnin, 9.50 malam, 5 episod, 10 minit
Pelakon : Mira Filzah, Hairul Azreen, Shafiq Kyle, Aiman Hakim Ridza, Shukri Yahaya
Sinopsis : Pelangi Cinta mengisahkan tentang Bunga, seorang gadis riang yang amat menggemari dan cinta akan buku. Namun begitu, ibunya merasakan bahawa Bunga patut mencari teman sebagai pelengkap hidup. Bunga pada awalnya tidak mengendahkan soalan lazim, “Bila nak kahwin?”, namun kata-kata ibunya telah merubah persepsi gadis itu. Sejak itu, Bunga seakan ‘dijampi’ apabila satu demi satu lelaki muncul dalam hidupnya tiap kali dia meneguk minuman 100Plus. Lelaki yang muncul seakan memberi ruang dan peluang kepadanya untuk mengenali seterusnya memilih mereka untuk dijadikan teman hidup. Namun, ia tidaklah semudah yang disangkakan kerana setiap lelaki mempunyai kisah mereka tersendiri.
(ENG) Bunga is a bubbly girl who loves books. Even so, her mother thinks it is best for her to find a partner. Bunga has always avoided questions regarding her love life, but her mother changed her perception. Since then, Bunga was seemed ‘bewitched’ by men everytime she sips her 100Plus. All the men she met through the sips provided opportunities for the next stage of her life, but it is not as simple as it seems.
TELEFILEM
QALBU
Tarikh : 19 Mei
Masa Siaran : Sabtu, 9 malam, 2 jam
Pelakon : Fasha Sandha, Faizal Hussein, Izzuen Fitri, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah, Qistina Raisah
Sinopsis : Kasih sayang antara 2 adik – beradik, Kasih dan Aiman dengan ayah mereka Kamal dipisahkan dengan tembok penjara. Kamal seorang ayah yang sangat baik telah dipenjarakan atas kesalahan kes rasuah yang dirancangkan sendiri oleh isterinya Sarah. Sarah memerangkap suaminya demi kemewahan. Dia memaksa Kamal melakukan rasuah demi mendapatkan projek besar. Sarah menjalinkan hubungan sulit dengan akauntan syarikat Kamal iaitu Syukri. Akhirnya Kamal dipenjarakan.
(ENG) The bond between two siblings, Kasih and Aiman with their father, Kamal is separated by prison walls. Kamal is a good father who was prisoned for bribery plotted by his own wife, Sarah for wealth. She forced Kamal to bribe for big projects whilst having an affair with Kamal’s accountant Syukri.
CUCU ATUK
Tarikh : 20 Mei
Masa Siaran : Ahad, 9 malam
Pelakon : Jalil Hamid, Danish Hazriq, Tasha Shila, Amer Asyraf, Fauzi Nawi
Sinopsis : Mengisahkan tentang dua orang adik beradik Ayyad dan Aisyah yang terpaksa hidup berdikari setelah kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan. Ayyad tidak seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia sering dibuli. Ayyad dan Aisyah saling menyayangi dan melindungi antara satu sama lain. Satu tragedi telah menyebabkan mereka terpisah sehinggalah makcik mereka Amira pulang ke kampung dan berusaha mencari dan menyatukan mereka semula.
(ENG) Two siblings, Ayyad and Aisyah were forced to live independently after the loss of their parents. Ayyad is not like the other children, he is constantly bullied. Ayyad and Aisyah protected one another until a tragedy separated them. Their aunt, Amira works her fingers to the bone to reunite them.
DEMI HATI ARJUNA
Tarikh : 27 Mei
Masa Siaran : Ahad, 9 malam
Pelakon : Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Idris Khan, Zul Huzaimy
Sinopsis : Alia disahkan menghidap penyakit hati Cirrhosis. Alia teringat masa silamnya memang liar. Bagi merawat penyakitnya, dia disaran melakukan transplan. Namun. Alia yang sebatang kara sukar untuk dia mendapatkan penderma. Dia kemudian teringat akan Arjuna, anak yang dia lahirkan 12 tahun dahulu bersama Zafran. Zafran tidak mahu bertanggungjawab. Anak itu diserahkan kepada orang lain selepas dinamakan sebagai Arjuna. Timbul rasa kesal dan sayang terhadap anaknya, akhirnya Alia minta maaf pada Arjuna dan dia tidak akan dapat mengambil hati Arjuna untuk kepentingan dia.
(ENG) Alia is diagnosed with Cirrhosis. She was required to undergo transplant but Alia is completely alone and could not find a donour. Then she thought of Arjuna, her 12-year-old child with Zafran. Zafran did not want to be responsible for the child’s well-being and was given away. Alia felt dejected and finally apologizes to Arjuna.
IMAN KE SYURGA
Tarikh : 26 Mei
Masa Siaran : Sabtu, 9 malam, 2 jam
Pelakon : Haris Haziq, Zahiril Adzim, Syeira Ayob, Dato Rahim Razali, Rosnah Johari
Sinopsis : Alif dan Ina terpaksa menghadapi hari-hari terakhir di bulan Ramdan bersama anak mereka setelah doktor meramalkan anak mereka hanya mampu bertahan sebulan sahaja. Mereka akhirnya redha dan menerima hikmah disebalik pemergian Iman, Alif kembali rapat dengan ibu bapanya dan Ina juga disahkan mengandung.
(ENG) Alif and Ina faced the facts that they only have the final days of Ramadan with their child who is expected to kick the bucket within a month. They accepted the news wholeheartedly and after the passing of their son Iman, Alif made amends with his parents and Ina was confirmed pregnant.
KETUPAT BUAT NENEK
Tarikh : 2 Jun
Masa Siaran : Sabtu, 9 malam, 2 jam
Pelakon : Ku Faridah, Miltida, Delimawati, Fauzi Nawawi, Elly Mazlein
Sinopsis : Mengisahkan tentang hubungan seorang anak kecil berumur 9 tahun, Dian dengan neneknya, Mak Ainun, Dian diserahkan kepada Mak Ainun selepas ibu bapanya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat terlibat dengan dadah. Dian menagih kasih daripada neneknya tetapi Mak Ainun bersikap dingin kepadanya.
ENG) A story of a 9 year-old-child, Dian and her grandmother, Mak Ainun. Dian was in her grandmother’s are after her parents were sentenced to hang due to drugs. Dian seeks her grandmother’s love, but she is very cold towards her.
AYAH
Tarikh : 9 Jun
Masa Siaran : Sabtu, 9 malam, 2 jam
Pelakon : Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Shuhanty DFKL, Dato Rahim Razali
Sinopsis : Bebanan seorang ayah yang menanggung tanggungjawab untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit dan perlu mencari mata pencarian yang lebih demi menanggung kos perubatan. Sehinggalah si ayah cuba untuk merompak rumah, tetapi dihidu oleh penduduk kampung. Si ayah lari masuk ke hutan demi menyelamatkan diri lalu terdengar tangisan bayi. Si ayah terjumpa bayi di dalam satu kotak kosong lalu membawanya pulang dan menjaganya. Ia menimbulkan suatu kebahagiaan buat si ayah selepas kematian isterinya beberapa minggu kemudian. Anak angkatnya itulah yang menjaga ayah hingga nafasnya terakhir, sewaktu darah dagingnya sendiri tidak menghiraukannya.
(ENG) A father’s responsibility towards his wife who is hospitalized and needs to earn more due to medical bills.Until one day he decided to rob a house but was caught. He ran into the woods for sanctuary and heard a baby’s cry. He found the baby inside an empty box and later brought him home. The baby brought him happiness after the wife’s passing weeks later. It was the baby who tend for the father till his dying breath.
GHAHIM TAKUT NAK AZAN
Tarikh : 3 Jun
Masa Siaran : Ahad, 9 malam
Pelakon : Aqasha, Nadia Aqila, Armand Erza, Kazar Saisi
Sinopsis : Ghahim mempunyai masalah sebutan huruf ‘r’. Oleh itu dia sering menjadi bahan ketawa rakan-rakanya di sekolah. Setiap kali tiba ujian untuk mengalunkan azan, Ghahim akan melarikan diri kerana gementar dan malu ditertawakan oleh rakan-rakannya. Pelbagai cara dan teknik telah dilakukan untuk memperbaiki sebutannya namun tetap tidak berjaya
(ENG) Ghahim is a lisp for the letter ‘r’. He has been the laughing stock to the whole school. Each time he was to recite the azan, he would flee due to his lisp. He has been trying tirelessly to fix his lisp but to no avail.
KETUPAT UNTUK ARIANA
Tarikh : 10 Jun
Masa Siaran : Ahad, 9 malam
Pelakon : Jalil Hamid, Habiel Lutfiah, Qistina Raisah, Aliff Yasraf
Sinopsis : Mengisahkan tiga kanak-kanak Anip, Bidin dan Caon, mereka merupakan sepupu dan sering balik ke kampung. Segalanya dilakukan bersama-sama sehinggalah Ariana muncul. Ariana, budak bandar yang menjadi kegilaan budak-budak kampung termasuklah Anip, Bidin dan Caon. Seminggu sebelum raya, mereka mula bertelagah dan][ bermasam muka sesama sendiri untuk cuba mengambil hati Ariana. akhirnya, pak cik mereka Husin, terpaksa merancang sesuatu untuk merapatkan mereka kembali.
(ENG) Anip, Bidin and Caon are three cousins who are always back in their hometown. They do everything together until Ariana showed up. Ariana is an uptown girl who has been the craze of all the village kids and the three weren’t excluded. A week before raya, they had a quarrel and devised on how to win Ariana. In the end, their uncle, Husin had to plan something to bring the three cousins together.
RAUDHAH
Qari Jr. Season (Ditaja oleh ALMAS BEAUTY & HEALTH SDN BHD)
Masa Siaran/Tarikh : 22 Mei – 10 Julai, 6.00 petang
Hos : Ustaz Syukri Yusof, Ustaz Dr Lukman, Muaz Kool FM
Sinopsis : Qari Jr. mencari qari muda berumur daripada 7 hingga 12 tahun yang bukan sahaja mampu mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik secara murattal, bacaan mereka juga perlu diiringi taranum dan tajwid yang betul seiring dengan objektif Qari Jr. iaitu ingin berkongsi ilmu Al-Quran bersama penonton.
ENG: A program of young Qari battling in a game show. Sample of games Sambung Ayat Al-Quran, Baiki Ayat Al- Quran, Rapid Fire Question
RAUDHAH MAWADDAH
Masa Siaran/Tarikh : 17 Mei – 7 Jun, Khamis, 11.00 malam
Hos : Ally Iskandar, Ustaz Don Daniyal, Ibu Rose, Dr Harlina. Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin
Sinopsis : Menampilkan ustaz dan penceramah motivasi yang membincangkan isu-isu dalam perspektif Islam.
ENG: Spiritual food for the soul during Ramadan. Forum based programme featuring known Ustaz and Motivational Speakers talking about issues in Islamic perspective.
SAHABAT BACKPAKERS
Masa Siaran/Tarikh : 19 Mei – 9 Jun, Sabtu, 5.30 petang – 6.00 petang
Hos : Da’i Hakim & Da’I Fahmi
Sinopsis : Ikuti kembara beg galas Da’i Hakim dan Da’i Fahmi dalam mengenali budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan dan saling bertukar pengalaman dari pandangan Islam. Setiap episod akan memaparkan seorang Da’i yang menjalankan aktiviti amal bersama-sama dengan sahabatnya.
(ENG) Our young backpackers Da’I and friends will be travelling around Bangkok and Bali to experience and share travelling experience in Islamic point of view. Each episode there will be 1 Dai and a friend of theirs doing CSR work and exchange knowledge in their own field.
JEJAK RASUL
Masa Siaran/Tarikh : 11 Mei – 10 Jun, Jumaat – Ahad, 6.30 petang – 7.00 petang
Hos : Fedtri Yahya
Sinopsis : Jejak Rasul, program dokumentari yang wajib ditonton dalam bulan Ramadan membawa penonton mengimbau kembali episod-episod yang menarik dari Jejak Rasul 2013.
(ENG) Jejak Rasul 3 Tanah Suci is a repackage from Jejak Rasul 2013. Selected episodes have been chosen and some editing will be done to the content to keep it current and updated
PROGRAM GAYA HIDUP & BANANANA!
1, 2 BAKAR
Tarikh : 19 Mei – 9 Jun
Masa Siaran : Sabtu, 11.30 pagi, 30 minit, 4 episod
Hos : Anis Nabilah, Amyra Rosli, Amar Bahrin, Sherson, Rhys William
Sinopsis : Misi Anis Nabilah untuk membakar kuih raya kegemaran yang diminta oleh orang ramai dan juga kalangan selebriti. Berjayakah misi Anis?
(ENG)Anis Nabilah in her mission to fulfill public favourite ‘kuih raya’. All requests were made by the public as well as by invited celebrities.
JOM BERBUKA (Ditaja oleh Knorr & Yakult)
Tarikh : 20 Mei – 10 Jun
Masa Siaran : Ahad, 5.30 petang – 6.00 petang, 30 minit, 4 episod
Selebriti : Amyra Rosli & Amar Bahrin, Aiman Tino, Fara Fauzana, Nabil Ahmad, Faizal Ismail, Abam Bocey
Sinopsis : Jom Berbuka membawakan anda kisah berbuka puasa selebriti tanah air dan juga ahli keluarga mereka. Saksikan selebriti menyediakan hidangan berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga dan berkongsi perkembangan baharu dalam hidup mereka.
(ENG): Jom Berbuka gets even more intimate with local celebrities for breaking fast. Watch how these celebrities prepares their “berbuka puasa” dishes with their family, siblings and also dish out on the latest happenings in their life.
APA NAK MAKAN NI? (Ditaja oleh ABC Saus Manis Asli)
Tarikh/ Masa Siaran : 19 Mei – 9 Jun, Sabtu, 6.00 petang – 6.30 petang,
Hos : Cef Naem
Selebriti : Aprena Manrose, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Fify Azmi, Lana Nordin,Ben Amir, Nadzmi Adhwa, Betty Rahmad
Sinopsis : Apa Nak Makan Ni? adalah sebuah program yang akan memberi jalan penyelesaian kepada pertanyaan apa yang hendak dimakan untuk waktu berbuka puasa di bulan Ramadan. Saksikan rancangan ini untuk mendapatkan idea dan sekiranya anda bertuah dan terserempak dengan cef dan hos program ini semasa mereka menyediakan makanan berbuka puasa, anda bolehlah berbuka sekali bersama mereka di lokasi yang mereka lawati.
ENG: Apa Nak Makan Ni? continues for its 5th season. If you’re lucky you might even bump into the chef & host preparing break fast dishes and get your hands on those dishes as they will be preparing it in various locations around town.
NONA
Tarikh/ Masa Siaran : 20 Mei – 10 Jun, Ahad, 2.00 petang,
Hos : Mira Filzah
Sinopsis : Bersempena dengan bulan Ramadan, Nona akan berkongsi kisah – kisah inspirasi oleh wanita yang berjasa kepada negara. Tahun ini, Nona berganding bahu dengan program Wanita Hari Ini untuk mengumpul 7000 helai baju raya untuk rumah anak yatim dan mereka yang memerlukannya. Inisiatif ini telah bermula pada bulan April dan akan tamat pada 30 Jun 2018.
ENG: Nona Ramadan will showcase inspiring stories of Malaysian women who carry out remarkable duties to the country, throughout the month of Ramada.
JALAN-JALAN CARI MAKAN
Tarikh/ Masa Siaran : 20 Mei – 10 Jun, Setiap Ahad, 11.30 pagi – 12.00 tengah hari
Hos : Nazruddin Rahman
Sinopsis : Ingin tahu tempat untuk bersahur dan berbuka puasa? Jom, ikut hos JJCM untuk mencari juadah untuk bersahur dan berbuka puasa di restoran dan café yang menjadi kegemaran ramai.
ENG: Public problem solver to find buka puasa and sahur place. JJCM Ramadan will visit public most favorite food stops- restaurants, café
MOREH
Masa Siaran/ Tarikh : 20 Mei – 10 Jun, Setiap Ahad, 6.00 petang – 6.30 petang
Hos : Karl Syafek, Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rosli, Khai Bahar, Sarimah Ibrahim
Sinopsis : Mengetengahkan tradisi menyediakan makanan lewat malam selepas melakukan ibadah solat terawih pada bulan Ramadan, Moreh yang dihoskan oleh Karl Shafek turut ditemani oleh bintang AJL pujaan ramai seperti Ernie Zakri, Syame dan Haqiem Rusli.
ENG: Moreh brings you closer to the Ramadan tradition and this time along with your favourite AJL stars. Join Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli and more, together with their fan clubs in this program hosted by Karl Shafek
SEMBANG SAHUR (Ditaja oleh Mahsuri)
Tarikh/ Masa Siaran : 22 Mei – 13 Jun, Selasa – Rabu, 11.00 malam
Hos : Issey, Shuk, Dayah Bakar & Wany Hasrita
Sinopsis : Sembang Sahur adalah sebuah rancangan bual bicara lewat malam pada bulan Ramadan yang akan mengupas topik-topik berkaitan dengan Ramadan dan Raya bersama-sama artis undangan dan Da’i. Mereka akan berkongsi tentang aktiviti dan pengalaman semasa bulan Ramadan dan penglibatan dalam Singgah Sahur (inisiatif CSR). Manakala Da’i akan menjawab soalan-soalan agama yang diajukan oleh tetamu di studio. Program ini juga akan diiringi oleh Genji Buskers.
ENG: Sembang Sahur is a live Ramadan Special talk show. Hosted by Issey, Shuk, Dayah Bakar, and Wany Hasrita, the show is surely going to be exciting and lively with the appearance of guest artists and Da’i in each episode. Guests will be sharing their activities and experiences during the month of Ramadan & Singgah Sahur (CSR) segment. While the Da’i will be answering questions pertaining to religious topics. The show will be accompanied by a live band, Genji Buskers.
BALIK KAMPUNG BERSAMA PENSONIC (Ditaja oleh PENSONIC)
Tarikh/ Masa Siaran : 30 April, Isnin, 6.00 petang, 8 episod, 30 minit
Hos : Dato Chef Haji Ismail
Selebriti : Hafidz Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Muslim, Alif Satar, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim & Erwin Dawson
Sinopsis : ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ memaparkan suasana meriah dan elemen tradisional ketika balik kampung untuk menyambut Hari Raya. Bersama-sama dengan selebriti, Dato’ Chef Haji Ismail akan balik kampung, berkunjung ke rumah orang tua mereka dan sama-sama mengimbau memori indah Hari Raya, tidak ketinggalan makanan tradisional yang dinikmati semasa perayaan ini,
(ENG) ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ programme captures the traditional essence of ‘Balik Kampung’ or going home for Hari Raya. Dato Chef Haji Ismail will ‘Balik Kampung’ together with the celebrities to their parents’ houses, where they reminisce about their Hari Raya memories and cook the traditional dishes that they enjoyed during their childhood.
BOBOIBOY GALAXY
Tarikh : 17 Mei – 7 Jun, Khamis, 5.00 petang
Sinopsis : Mengisahkan tentang seorang Alien yang merancang untuk menakluki galaksi dengan menggunakan Sfera Kuasa, robot yang dapat memberikan kuasa luar biasa kepada siapa saja yang menjadi tuannya. BoBoiBoy adalah seorang budak biasa yang mempunyai kuasa yang diberikan oleh Ochobot, Sfera Kuasa yang terakhir dengan potensi yang tidak terperi.
PADA ZAMAN DAHULU
Tarikh : 2 Jun, Setiap Sabtu, 9.30 pagi
Sinopsis : Pada musim kedua ini, Aki semakin bijak untuk mendekati dan menasihati cucu-cucunya melalui cerita-cerita Sang Kancil. Aris dan Ara pula sudah tidak janggal lagi tinggal di kampung. Mereka bertiga semakin akrab dalam melalui kehidupan seharian serta mempelajari benda baru. Masih lagi mengekalkan Sang Kancil dan rakan – rakannya sebagai jalan cerita utama tetapi diselit dengan pelbagai kerenah apabila menghadapi masalah. Siri ini tambah menarik apabila setiap masalah pasti akan berakhir dengan satu penyelesaian yang bijak.
DRAMA RANTAIAN
KISAH CINTA
Tarikh/ Masa Siaran : 22 April – 3 Jun, Ahad, 8.30 malam – 10.30 malam, 2 jam
Pelakon : Nur Fazura, Shaheizy Sam, Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Nazim Othman
Sinopsis : Kisah bermula apabila Zainal & Zaharah maut selepas kemalangan kereta. Berlaku kekacauan apabila anak-anak mereka melaporkan bahawa ibu bapa mereka bukan pasangan suami isteri. Azalea anak kepada Zainal manakala Shah anak kepada Zaharah. Selepas disemadikan, Azalea dan Shah mula mencari jawapan untuk segala persoalan. Satu persatu kisah terungkai, dalam tidak sedar Azalea dan Shah mula mencipta kisah mereka sendiri di atas perjalanan ibu bapa mereka.
(ENG) Khadijah is diagnosed with stage 3 lung cancer. She prepared her bucket list but due to her state, she doesn’t believe that she could accomplish it. Without her knowing, Amar, a leukemia patient in the cancer support group planned a strategy to accomplish Khadijah’s bucket list.
CINTA JANGAN PERGI
Tarikh/ Masa Siaran : 15 Mei – 18 Jul, Selasa – Khamis, 8.30 malam – 9.30 malam
Pelakon : Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Josiah Hogan, Nadia Nisa, Bil Azali
Sinopsis : Lea Soraya dan Kalil tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali, mereka mula merasa senang dengan kehadiran masing-masing. Bibit cinta mula terbit di hati mereka setelah melalui hari-hari bahagia bersama. Percintaan mereka berlanjutan walaupun setelah mereka pulang ke London. Namun dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini terjadi ke atas Khalil. Kehilangan Kalil membuatkan Lea buntu samada untuk terus menunggu Kalil atau melupakan kenangan lalu dan terus bersama Hudd.
(ENG) Lea Soraya and Kalil never met and fell in love accidentally on their way to Paris. At first Lea was uncomfortable with Kalil who seemed to seek her attention, but after awhile, they enjoyed each other’s company. Their love sparked and continued until they returned to London. However, everything went south. They were separated due to unforeseen circumstances upon Kalil. Lea, in a deadlock; either to wait for Kalil or to continue her life with Hudd.
NUR KASIH
Tarikh/ Masa Siaran : 26 April – 22 Jun, Selasa – Jumaat, 9.30 malam
Pelakon : Fizz Fairus, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Sharifah Sofia, Jalaluddin Hassan
Sinopsis : Mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya manakala Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia. Aidil yang berhasrat memeperisterikan Nur terkejut apabila ayahnya menjodohkan Adam dan Nur. Setelah berkahwin, Nur dibiarkan sendirian manakala Adam ke Australia meneruskan cita-citanya. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina.
(ENG) Aidil and Adam are siblings with different characteristics. Aidil is an obedient son meanwhile Adam is living exotically in Australia. Aidil who wishes to wed Nur was devastated when his parents matched Adam with Nur. After they were wed, Nur was left all alone when Adam pursued his career in Australia. Aidil advises his brother to not go against the will of their parents and abandon his wife. Everything changed when Adam and Katrina met a tragic accident.
DRAMA BERSIRI
NAFAS
Tarikh : 11 Mei – 13 Jun 2018
Masa Siaran : Isnin – Jumaat, 8.30 malam, 24 episod, 60 minit
Pelakon : Kilafairy, Erwin Dawson,Sarah Hildebrand, Fahad Iman,Hefny Sahad, Nadia Brian, Cristina Suzanne,Thanuja Anathan
Sinopsis : Khadijah disahkan mengidap kanser peparu tahap 3. Khadijah menyenaraikan impian terakhirnya (bucket list). Namun, menyedari akan tahap kesihatannya yang semakin m, merosot, Khadijah tidak yakin dia akan berjaya melengkapkan senarai bucket list itu. Tanpa memberitahu Khadijah, Amar, pesakit leukemia yang juga ada dalam cancer support group menyusun strategi merealisasikan bucket list Khadijah.
(ENG) Khadijah is diagnosed with stage 3 lung cancer. She prepared her bucket list but due to her state, she doesn’t believe that she could accomplish it. Without her knowing, Amar, a leukemia patient in the cancer support group planned a strategy to accomplish Khadijah’s bucket list.
TELEFILEM
SETIAP AHAD, 8.30 MALAM
BULAN, BINTANG DAN SAYANG
Tarikh : 20 Mei 2018
Pelakon : Ben Amir, Siti Saleha, Ruminah Sidek
Sinopsis : Lima minit pertama, Amir yang sedang sedih diceriakan oleh Lily, gadis cantik yang baru dikenalinya. Lima minit seterusnya, Lily kemalangan dan hanya Amir yang ada berdekatan. Niat asal hanya mahu menolong, tetapi kehidupan Amir berubah serta merta selepas kejadian itu.
(ENG): At first, Amir was being cheered up by Lily, the next, Lily met and accident. Amir was nearby during the incident and only wanted to help, but his life changed afterwards.
CIK SHOPAHOLIC
Tarikh : 27 Mei 2018
Pelakon : Ungku Ismail, Puteri Aisyah, Syerinie
Sinopsis : Razi, seorang yang cerewet dan sangat berkira dalam soal kewangan. Manakala Hezliza pula sangat boros dalam berbelanja. Keluarga mereka ingin menyatukan mereka agar dapat mengubah sikap masing-masing. Hezliza yang sudah terbiasa hidup senang merasakan terpaksa melakukan segala urusan rumahtangga sendirian setelah berkahwin tanpa pembantu rumah. Razi menyedari, Hezliza mempunyai bakat dalam masakan. Mereka kemudiannya membuka restoran dan mempunyai ramai pelanggan. . Suatu hari, kekasih lama Razi ke restoran mereka dan cuba untuk rapat dengan Razi. Hezliza tertekan, dan di dalam diam dia kembali kepada perangai lamanya, kerana hanya membeli-belah sahaja yang dapat mengurangkan tekanannya.
(ENG): Razi is a fussy man when it comes to financials, meanwhile Hezliza is a shopaholic. Their families wants to match them in order to help them change. Chaos broke lose when the two lived under one roof because of their different personalities. Razi saw that Hezliza has an eye for culinary. They decided to open a restaurant. One day, Razi’s ex-lover came by and got too acquainted. Hezliza was frustrated and without realizing it, she went back to her old self.
REALITI RAMADAN MIKE
Tarikh : 3 Jun 2018
Pelakon : Joshiah Hogan, Sara Ali, Sharmain Farouk
Sinopsis : Kekayaan menyebabkan Halim menjadi seorang yang tamak dan egois. Sikap yang sering menderma hanya untuk mendapatkan ‘status’. Sampai satu ketika, dia menghidap penyakit buah pinggang namun dia masih tidak gentar kerana dia tahu kuasa duit mampu mengubah nasibnya dengan melakukan transplan organ baru dan penderma yang paling sesuai ialah anaknya sendiri.
(ENG): Halim’s wealth has made him greey and egoistic. He donates only to gain status, until he was diagnosed with kidney disease. Yet, he is very egoistic as he believes money changes everything.
VLOG LAURA
Tarikh : 10 Jun 2018
Pelakon : Zamarul Hisyam, Mia Nasir, Anzalna Nasir,Naim Danial,Aryana Alissa
Sinopsis : Laura anak tunggal pasangan Kamal dan Ainon. Ainon merupakan isteri kedua Kamal. Pada raya tahun ini, giliran Kamal beraya dengan Munirah. Ramadan itu, Laura berpakat dengan Fahmi iaitu anak sulung Munirah untuk merealisasikan impian Laura beraya bersama-sama. Laura akan mencatat aktiviti Ramadannya dan angan-angan untuk beraya bersama.
(ENG): Laura is the only child of Kamal and Ainon. Ainon is Kamal’s second wife. This raya Kamal has to be with Munirah. During that Ramadan, Laura and Fahmi (Munirah’s oldest son) wants to make Laura’s dream a reality; to jot down all her Ramadan activites and to raya together.
GAYA HIDUP
SELERA SADO
Tarikh : 17 Mei – 7 Jun 2018
Masa Siaran : Khamis, 7.30 malam, 4 episod, 30 minit
Pelakon : Sherson, Norman Hakim, Nazrief Nazri, Fahrin Ahmad, One Forteen
Sinopsis : Sherson dengan selebriti yang sado bertukar tips untuk kesihatan di bulan Ramadan. Sherson akan sediakan menu sihat untuk mereka yang aktif bersenam di gymnasium. Selebriti pula akan membuat demonstrasi tentang rutin gym mereka.
ENG: Sherson meets Sado celebrities. In exchange of healthy exercise regime tips, Sherson will cook healthy meal for the gym addict. Celebrities will demonstrate their keep fit routine during Ramadan.
PESAN MAKAN
Tarikh : 18 Mei – 8 Jun 2018
Masa Siaran : Jumaat, 7.30 malam, 4 episod, 30 minit
Pelakon : Shuk, Qistina Raisah, Ezzaty Abdullah, Eleena Haris, Hunny Madu, Sofea Defam
Sinopsis : Shuk dengan Cef Danish menjalankan bisnes atas talian untuk menjual makanan di bulan Ramadan. Rakan – rakan selebriti yang membuat tempahan akan datang ke rumah mereka untuk mengambil pesanan.
ENG: A semi reality programme featuring Syuk and our junior Chef Danish who owns an online food business. Celebrity friends will make online order and come over to their house to pick up the food.
HIBURAN
ROJAK
Tarikh : 19 Mei – 9 Jun
Masa Siaran : Sabtu, 9 malam
Produksi : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pelakon : Ajak Shiro & Awal Ashaari
Sinopsis : Sebuah progam bual bicara santai istimewa sempena Ramadan yang dihoskan oleh Awal Ashaari dan Ajak Shiro. Program berdurasi 1 jam ini dipenuhi dengan pelbagai perisian menarik dan bermanfaat buat semua penonton. Seperti tajuk program ini sendiri, setiap episod mempunyai perisian yang berbeza dan menghiburkan antaranya sembang bersama artis, artis melakukan kerja-kerja amal, segmen dakwah bersama Da’i Syed serta persembahan istimewa dari artis jemputan. Antara barisan artis-artis jemputan yang memeriahkan program Rojak ini adalah seperti Datuk Hans Isaac, Datuk Afdlin Shauki, Hans Isaac, Dayang Nurfaizah, Atilia, Hannah Delisha, Noryn Aziz, Azira Shafinaz, Scha Al Yahya, Altimet, Raja Ilya, Yasmin Hani, Tomok, Ismail Izzani, Kaka Azraff, Monoloque, Izzue Islam dan ramai lagi.
(ENG) A 1 hour comedy Ramadan talk show unlike any other. Filled with star-studded celebrity guests who will participate in various fun and exciting games. The celebrities will also be given missions to complete to help those in need.