Hari ini dah pun 1 Ogos. Ya, hari ini adalah hari jadi Budiey. Kepada pembaca yang sudi menulis ucapan hari jadi kepada Budiey samada di ruangan komen blog ini, di Twitter, di Facebook, Budiey di sini nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat korang semua. Semoga doa korang tu menjadi realiti dan dimakbulkan Tuhan.
Hari ini juga adalah hari pertama kita semua umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadan. Jadi, dengan ini Budiey ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca. Semoga amalam kita di bulan penuh berkat ini diterima oleh Yang Maha Esa.
Selamat Berpuasa… dan di semua stesen TV, Budiey perhatikan mereka tak menang tangan untuk menyajikan rancangan menarik sempena ramadan. Baik yang ingin mengetahui resepi atau menu berbuka puasa yang sedap-sedap, atau yang ingin mendalami erti puasa yang sebenar, macam-macam program keagamaan disediakan.
Oh ya, kalau sebut tentang Ramadan, pasti yang menjadi highlight utama ialah Bazaar Ramadan. Jadi, dinasihatkan kepada korang semua, janganlah membazir wang ringgit dengan membeli juadah yang banyak. Terlampau ikut nafsu nanti buruk padahnya. Hehe..
Jadi, apa menu kegemaran korang di bulan puasa ini?
Sebelum Budiey senaraikan tempat atau bazaar ramadan di seluruh Malaysia dan juga senarai jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2011 / 1432H ini, Budiey senaraikan dulu program menarik sempena Ramadan di RTM.
RANCANGAN KHAS TELEMOVIE DAN DRAMA BERSIRI
Mewarnai sepanjang Ramadan ini, seperti kelaziman TV1 terus menghidangkan pelbagai drama dan telemovie menarik untuk tontonan umum bertemakan Ramadan, kemanusiaan serta ketuhanan .
Setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan ini, penonton TV1 bakal disajikan empat telemovie terbaik menerusi Slot Nurani jam 10.30 pagi menampilkan telemovie “Menanti Hujan Teduh†pada 5 Ogos 2011 menerusi lakonan hebat Maizurah Hamzah, Baggio dan Erry Putra yang mengisahkan pertemuan semula bekas pasangan kekasih yang tinggal sekampung dan kisah silam mereka dikenang bersama ketika mereka sama-sama menumpang teduh di sebuah warung sementara menanti hujan berhenti.
Minggu berikutnya, nantikan kemunculan Ezany Nizariff, Arash Mohamad dan Norlia Ghani dalam telemovie “Impian Terindah†yang mengisahkan pengorbanan seorang ibu bagi memulihkan semula anaknya yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Apakah kesudahan cerita ini, saksikan Impian Terindah pada 12 Ogos 2011.
Telemovie “Aku Ghaib†menyusul pada 19 Ogos 2011 menampilkan Erin Malik, Yus Waisar dan ramai lagi, manakala telemovie “Ukiran Jiwa†menemui anda pada 26 Ogos 2011 dengan gandingan mantap Adi Putra, Catriona Ross dan Razali Ibrahim.
Sementara itu, hujung minggu anda pasti tidak lengkap tanpa menonton telemovie istimewa di TV1 menerusi “Slot Panggung 1 (Sabtu, jam 3.00 petang), “Panggung Seri Sabtu (Sabtu, jam 9.00 malam)†dan “Panggung Ahad (Ahad, jam 10.00 pagi)â€.
Slot Panggung 1, menyediakan empat telemovie hebat iaitu; “Cahaya Mimpi†pada 6 Ogos 2011 menampilkan Iskandar Shah, Dato Ahmad Tarmimi Saregar dan Fiza, diikuti telemovie “Disitu Permataku†pada 13 Ogos 2011 bersama Iqram Dinzly, Siti Fazurina dan Farah Nadia.
Telemovie “Pautan Kasih Rebbeca†pula menanti anda pada 20 Ogos 2011, manakala anda yang meminati lakonan hebat Kartina Aziz dan Fathil Dani saksikan mereka dalam “Cahaya Lailatul Qadar†pada 27 Ogos 2011.
Menarik Slot Panggung Seri Sabtu jam 9.00 malam pula menayangkan telemovie “100 Hari†lakonan Zul Huzaimi, Ridzuan Hashim dan Maria Farida pada 6 Ogos 2011 mengisahkan perhitungan dua insan yang berbeza cara hidup dalam menempuh detik-detik kematian dari tempoh seratus hari sebelum ajal tiba. Menyusul minggu berikutnya, telemovie “Aku Tak Gila†pada 13 Ogos 2011 menampilkan aksi-aksi lucu bersama Abby Abadi, Sheila Mambo, Sharifah Shahora dan ramai lagi.
Telemovie “Niat Hawa†bakal ditayangkan pada 20 Ogos 2011 dengan lakonan Safura, Amly Nadia dan Ezany manakala telemovie “Kau Yang Teristimewa†menemui anda pada 27 Ogos 2011 bersama Ako Mustapha, Emelda Rosmila dan Diana Johor.
Slot Panggung Ahad pula yang ke udara jam 10.00 pagi setiap Ahad mengajak anda berhibur kali ini bersama Kencana Dewi, Angeline Tan dan Dian P.Ramlee menerusi telemovie “Opah Gaga†pada 7 Ogos 2011, diikuti telemovie komedi “Lembu Jasni Petola Kasim†pada 14 Ogos 2011 bersama Yatt Hamzah, Fikhree Bakar dan Nisha Dir.
Keceriaan hujung minggu anda bersama keluarga pasti lebih menarik, jika menonton telemovie “Fatimah Labuci†pada 21 Ogos 2011 menampilkan Memey Suhaiza, Wahid Senario dan Kathy Azean manakala Enot, Usop Cecupak dan Maimon Talib pula bakal menghiburkan anda menerusi telemovie “Tuah Tertipu†pada 28 Ogos 2011.
Sepanjang Ramadan ini juga, TV1 turut menyiarkan lima drama bersiri yang mengisi pelbagai slot setiap hari bagi tontonan pelbagai peringkat umur. Drama bersiri “Issandra†membariskan Eira Syazira, Adi Putra dan Jue Aziz akan ke udara setiap hari Isnin hingga Ahad bermula 1 Ogos 2011 jam 5.00 petang.
Menerusi Slot Cindai penonton berpeluang menyaksikan drama bersiri “25 Tahun Menghitung Duka†lakonan mantap Roy Azman, Marisa Yasmin dan Amyza Adnan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang.
Manakala tiga lagi drama bersiri iaitu; “Nur Fansuri†lakonan Aida Khalida, Ayu Raudhah dan Nasir Bilal Khan setiap Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat) jam 11.30 malam dan diikuti drama bersiri “Seharum Kasturi†pada Isnin hingga Khamis jam 1.00 pagi yang dilakonkan Salleh Yaakob, Beinda dan ramai lagi. Mengisi slot yang sama pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) ialah drama bersiri “Sinar Pelangi†lakonan Amyza Adnan, Liza Abdullah dan Fahrin Ahmad.
Jika TV1 dipenuhi dengan pelbagai telemovie dan drama bersiri, TV2 juga tidak kurang hebatnya dengan menayangkan telemovie-telemovie hebat setiap hari untuk penonton setianya.
Menerusi Slot Mustika Khas Ramadan pada setiap hari Isnin jam 1.30 petang selama dua jam bersiaran, penonton berpeluang menyaksikan telemovie “Sesat†pada 8 Ogos 2011 lakonan Razali Hussein, Intan Azura dan Riezman Khuzaimie manakala pada 15 Ogos 2011 menampilkan telemovie “Buah Nau Halwa Kabung†lakonan Mahmud Ali Basha, Sheila Mambo dan AR Badul. Menyusul minggu berikutnya pada 22 Ogos 2011, telemovie “Di Pintu Mahligai†menemui anda bersama Roy Azman, Abby Abadi dan Yatt Hamzah.
Slot Mustika Khas Ramadan (Selasa) pula menyajikan telemovie “Janjimu†lakonan Watie Sadali, Zamarul Hisham dan Hamidah Wahab pada 2 Ogos 2011, diikuti telemovie “Di Bawah Teduh Lazuardi†pada 16 Ogos 2011 yang menampilkan Vanida Imran dan Linda Hashim.
Slot Mustika Khas Ramadan (Rabu) mengajak penonton TV2 untuk terus setia setiap jam 1.30 petang untuk menyaksikan telemovie “Lempeng Kelapa Pankek Jagung†lakonan pasangan anak beranak Sheera Iskandar dan Aznah Hamid serta Yus Waisar pada 3 Ogos 2011, diikuti telemovie “So-od Associates†pada 10 Ogos 2011 yang dijayakan Buzen, Irma Hasmie dan Ebby Aziz serta minggu berikutnya menyaksikan gandingan Razali Hussinm Yasmin Haniff dan Siti Fazurina dalam telemovie “E-mail Dari Ankara†pada 17 Ogos 2011.
Sementara itu, slot Mustika Khas Ramadan (Khamis) membawakan kepada anda telemovie “Salah Sangka†pada 4 Ogos 2011 dengan lakonan hebat Faizal Hussien, Ngasrizal Ngasri dan Ayu Raudhah diikuti minggu seterusnya pada 11 Ogos 2011 telemovie “Rahsia Di Sebalik Awan†menanti penonton TV2 yang dijayakan oleh Diana Danielle, Ashraf Muslim dan Haleeda. Khamis berikutnya pada 18 Ogos 2011 menyaksikan telatah-telatah lucu pelakon Munir, Acong dan Iris Yasmin dalam telemovie “Memintas Seribu Bulanâ€.
Slot Pilihan Jumaat pula di TV2, bakal menayangkan empat lagi telemovie menarik bermula jam 1.30 petang iaitu; telemovie “Poyo†lakonan Anne Abdullah, Arpah Damanhuri dan Kaza pada 5 Ogos 2011, diikuti pada 12 Ogos 2011 pula telemovie “Madu Di Tasik Hempedu†menyaksikan gadingan hebat Fasha Sanda, Pierre Andre dan Dato Jalaluddin Hassan.
Menyusul kemudian pada 19 Ogos 2011, telemovie “Nur Ar-Rahman†membawakan kepada anda Hishamuddin Ahmad, Harlym Yeo dan Watie Sadali manakala pada 26 Ogos 2011 menayangkan telemovie “Panggilan Rayyan†lakonan Kartina Aziz, Ozlyn Watie dan Linda Hashim.
Tidak kurang hebatnya menerusi slot Citra, TV2 bakal menyiarkan telemovie “Jalan Pulang Yang Panjang†pada 26 Ogos 2011 (Jumaat) jam 10.00 malam menampilkan Misha Omar, Fizz Fairuz dan Iqbal (Pilih Kasih).
Slot Sinema Ahad pula mengajak penonton TV2 menyaksikan telemovie “4 Hari 3 Malam†bersama Azza Elite, Liza Abdullah dan Wan Maimunah pada 21 Ogos 2011 (Ahad) jam 10.00 malam; diikuti pada 28 Ogos 2011 telemovie “Kelong Kasih†terbitan Unit Drama TV RTM membariskan pelakon handalan Mubarak Majid, Rashidah Jaafar dan Rosnah Johari.
Menemui penonton setia TV2 juga, dua buah drama bersiri yang bakal menghiasi Ramadan kali ini iaitu; drama bersiri “Izinkan Abang Pergi†menerusi slot Galeri Famili pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.30 petang dan pada sebelah tengah hari setiap hari Isnin hingga Khamis juga; drama bersiri “Seharum Kenanga†menerusi slot Seikhlas Ramadan ditayangkan pada jam 12.30 tengah hari bersama pelakon hebat antaranya; Janet Khoo, Faizal Hussin dan Shahruddin Thamby.
Sementara itu saluran TVi (180 Astro) bakal menghidangkan drama bersiri “Impian Laili†yang bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad jam 2.00 petang bersama Erynne Erynna, Fazreen dan Kiefli.
Pastikan janji temu anda untuk terus menyaksikan rancangan-rancangan khas menarik sepanjang Ramadan ini hanya di TV1, TV2 dan TVi (180 Astro) tentunya di RTM.
RANCANGAN KHAS KANAK-KANAK DI BULAN RAMADAN
Selain rancangan “Kisah Adik-Adikkuâ€, RTM turut menyediakan pelbagai rancangan khas untuk kanak-kanak antaranya; “Animal Stories From Al-Quran†yang boleh ditonton pada setiap hari bermula 1 Ogos 2011 jam 6.00 petang dan siaran ulangan juga setiap hari jam 9.30 pagi kesemuanya di saluran TV1.
Menceriakan lagi adik-adik, ikuti kisah Mat dan Jo serta Yati dan Atok Mahmod dalam rancangan animasi “Ramadan Mat Jo Siri 2†setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 10.00 pagi di TV1 serta ulangannya jam 5.30 petang hari Sabtu dan Ahad.