in , ,

Program Stesen Berkembar Gabungan Nasionalfm & 8 Stesen Radio Negeri

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui stesen radio NASIONALfm memulakan program Pagi Sana Sini pada hari ini 22 Mei 2023 (Isnin).

Program dengan konsep siaran berkembar bersama stesen-stesen radio negeri itu keudara setiap Isnin hingga Khamis mulai pukul 9.15 pagi hingga 10.00 pagi.

NASIONALfm  bertindak sebagai hos utama untuk mengemudi siaran yang dimantapkan dengan gabungan dua stesen radio negeri setiap kali bersiaran secara penggiliran. Lapan stesen radio negeri terlibat iaitu SELANGORfm, KELANTANfm, MUTIARAfm, SABAHfm, TERENGGANUfm, KEDAHfm, SARAWAKfm dan NEGERIfm.

Siaran sulung hari ini melibatkan SELANGORfm dan KELANTANfm. Diikuti Selasa bersama-sama MUTIARAfm dan SABAHfm, Rabu pula stesen TERENGGANUfm dan KEDAHfm manakala Khamis melibatkan SARAWAKfm dan NEGERIfm.

Selain hiburan dengan lagu-lagu popular dan  dialek tempatan  di stesen radio masing-masing, pengisian program ini turut mengangkat konsep Malaysia Madani, usaha memperkukuh perpaduan dan perkongsian aktiviti setempat dari negeri masing-masing.  

Ikuti program stesen berkembar Pagi Sana Sini di frekuensi NASIONALfm, SELANGORfm, KELANTANfm, MUTIARAfm, SABAHfm, TERENGGANUfm, KEDAHfm, SARAWAKfm, NEGERIfm atau menerusi platform RTMKlik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Busana ‘Belalang Pink’ Aina Abdul Jadi Juri di Big Stage Kena Kritik Netizen

Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM & DJ KJ di Oakwood Hotel & Residence