in , ,

Program Semarak Hari Kebangsaan 2018 di RTM

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia terutama buat generasi muda negara hari ini menerusi program khas Hari Kebangsaan yang disediakan.

Paparan kisah yang dikongsikan dalam program-program disusun ini pastinya menyuntik rasa emosi penonton terutama melibatkan pejuang negara yang telah terkorban. 

Menerusi saluran utama TV1, tanggal keramat 31 Ogos ini bermula denganmenyiarkan Siaran Langsung Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2018 pukul 7.30 pagi dari Putrajaya.

bunkface dalam konsert Sayang Malaysia

Program Semarak Hari Kebangsaan 2018 di RTM 

Kemudiannya diikuti dengan tayangan filem “Bravo”, pukul 3.30 petang arahan M Hitler Zami yang didedikasikan kepada para pejuang negara yang terkorban dalam menjalankan operasi mengekang kebangkitan pengganas komunis inimempertaruhkan gandingan mantap pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Sasha Tharan, Xavier Fong, Frank Peterson dan Chew Kin Wah.

RTM membawakan konsert khas yang diberi nama “Sayang Malaysia” disiarkan secara langsung pukul 8.30 malammenghimpunkan artis-artis ternama tanah air antaranya Bunkface, Akim & The Majistret, Projector Band, Kumpulan BPR, dan Resident Band (Cakam). Konsert terbitan Hiburan TV RTM ini menampilkan gandingan pengacara Jeed Zulkifli dan Qi Razali.

pelakon utama… Sebilah Pusaka

Menerusi saluran TV2 pula, menghimpunkan lima program terbaik bermula tayangan filem“Sarjan Hassan”pada 27 Ogos ini, pukul 10.00 malam. Diikuti dengan empat telemovie mengangkat tema kemerdekaan dan sayangkan negara iaitu “Lumpur di Kerikil”(30 Ogos ini, pukul 2.00 petang)“Lambaian Merdeka”(31 Ogos ini, pukul 2.00 petang),“Sebilah Pusaka”(31 Ogos ini, pukul 11.00 malam) dan“Kabut”(1 September ini, pukul 2.00 petang). 

“Lumpur di Kerikil” lakonan Rahim Jailani, Anuar Che Abdullah dan Nubhan Ahmad menceritakan kisah seorang bekas tentera Major (B) Mohsin yang selalu diganggu dengan igauan zaman lampau semasa dia bertempur dengan komunis dan nyaris maut jika tidak diselamatkan oleh Ah Lai, salah seorang penduduk kampung di situ. Ah Lai kini sudah memeluk agama Islam dan mengusahakan ternakan ikan di kampungnya.  

Dalam“Lambaian Merdeka”pula penonton diajak berkongsi kisah seorang guru Cikgu Riduan melihat komunis membunuh sepasang suami isteri bangsa Cina dan beliau menyelamatkan bayi pasangan tersebut dan membesarkannya umpama anak sendiri. Ia dibintangi oleh C. Kumaresan, Dato’ Rahim Razali dan Halimaton Saadiah. 

TELEMOVIE kABUT

Hari sama juga disiarkan telemovie“Sebilah Pusaka”lakonan Megat Sharizal, Wan Hanafi Su, Jonathan Putra dan Juliana Marin. Ia mengangkat watak seorang gadis berketurunan Melayu – Inggeris yang ditemani abangnya kembali ke Malaysia untuk mengenali budaya, tradisi, dan identiti diri sebelah bapanya yang berketurunan Melayu dengan mempelajari cara-cara pembuatan keris dan mengenali adat resam budaya Melayu.

Kisah anak Melayu mangsa rogol bernama Ah Fook (Azhar Zainal)diangkat dalam telemovie “Kabut”. Dia telah ditinggalkan dan dibela oleh keluarga Cina Kuilan (Tanting). Tanpa mengetahui asal usul keturunan anak ini, dia kemudian dibesarkan mengikut adat dan budaya Cina. Namun anak ini akhirnya kembali ke fitrah iaitu agama Islam setelah tertarik dengan bacaan al-Quran oleh sekumpulan pelajar pondok. Ia turut dibintangi oleh Hasnol Rahmat, Anas Ridzuan dan Iskandar Zulkarnain.  

BABAK DALAM KABUT

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aksi Komedi Berisi Dalam Telemovie MAK NGAH REMPIT

Tentang Drama Bersiri Turki Maral En Guzel Hikayem