in

Program RTM Istimewa Ramadan 2013

[dropcap]M[/dropcap]enjelang Ramadan tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama-sama cuba membangkitkan kenikmatan menjalani ibadah puasa dengan tayangan program-program menarik sarat pengisian untuk penonton setia salurannya menerusi saluran TV1, TV2 dan TVi juga 32 buah stesen radionya.

Program TV

Untuk Ramadan, TV1 hadir dengan tema Menzahirkan Kesyukuran, manakala TV2 pula Ramadan di TV2 dan TVi pula bertemakan Kasih Ramadan.

Melalui Menzahirkan Kesyukuran di TV1, saluran utama RTM itu membariskan program terhebat yang meliputi drama bersiri, dokumentari, program masakan serta program agama bermula dengan program tonggak RTM setiap kali menjelangnya Ramadan iaitu Syahadah musim ke-8 mula bersiaran pada 9 Julai 2013, setiap hari, jam 6.30 petang. Bagi episod kali ini kru Syahadah mengembara ke benua Eropah; UK, Jerman dan Scotland bagi meninjau perkembangan saudara muslim di sana. Turut dipaparkan individu pertama yang membawa masuk Islam ke UK dan membuka Masjid di Liverpool selain lawatan ke University of Glasgow meninjau aktiviti pelajar muslim di sana. Turut dipaparkan bagaimana komuniti Islam di sana bersatu bagi menjaga kebajikan sesama mereka.

Antara telemovie menarik menampilkan pelakon-pelakon terkenal disiarkan dalam slot Nurani setiap Jumaat 10.30 pagi iaitu Masih Ada Waktu, 12 Julai 2013, Ramadan Jangan Ambil Nyawaku, 19 Julai 2013 dan Reda Dan Pasrah, 26 Julai 2013 yang mengangkat tema keinsafan dalam kehidupan selain telemovie yang membawa tema santai dan komedi. Menyusul kemudiannya Calon Menantu, 14 Julai 2013 dan Sudah-Sudahlah, 21 Julai 2013 disiarkan dalam Panggung Ahad.

Drama bersiri Ilaika Yusuf pula bersiaran setiap hari jam 7.00 malam mulai 10 Julai 2013 membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Jue Aziz, Azam Pitt, Khairil Anwar, Roslan Salleh, Hamidah Wahab dan Fiza Elite yang mengangkat kisah cinta yang mendapat tentangan dari keluarga.

Turut bersiaran program majalah masakan No.1 di Malaysia, Ketuk-Ketuk Ramadan yang sudah memasuki musim ke-6 pada tahun ini disiarkan setiap hari jam 12.30 tengah hari. Sheila Rusly bersama artis jemputan seperti Hafiz AF, Sherry Ibrahim, Fizz Fairuz, Najwa Latiff dan Nealofa serta ramai lagi akan menggamatkan penonton dengan gelagat dan resepi masakan masing-masing.

Tidak ketinggalan juga rancangan khas kanak-kanak sempena Ramadan iaitu Ramadan Mat Jo, Isnin-Khamis, jam 3.05 petang, Kisah Adik-Adikku, jam 6.05 petang, Adik-Adikku Mengaji, jam 6.15 petang setiap hari. Selain itu animasi berbentuk ilmiah; Human Stories From Al-Quran, setiap Isnin-Khamis, jam 3.30 petang mulai 1 Julai – 20 Ogos 2013 dan drama kanak-kanak, Anak-Anak Syawal dalam slot Kanak-kanak 1 disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.30 petang. Kesemua rancangan ini mampu mendidik kanak-kanak kepada nilai-nilai murni.

Bagi yang menggemari rancangan travelog usah ketinggalan menonton Salam Ramadan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula 12 Julai 2013. Rancangan ini memaparkan sambutan bulan Ramadan diamalkan di negara Cina, Turkey, Sepanyol dan Thailand. Turut dipaparkan rancangan siaran langsung solat Terawikh Dari Mekah setiap hari, jam 2.30 pagi dan diikuti dengan Tadarus Al-Quran.

Di TV2 pula, Ramadan di TV2 membawakan drama bersiri 30 episod, Balqis, kisah kemasyarakatan yang telah pun mula bersiaran 3 Jun 2013 – 7 Ogos 2013, Isnin hingga Rabu, jam 2.30 petang lakonan Eja, Esma Danial dan Chomell Fana. Saksikan juga drama bersiri Nur Khalifah mulai 18 Julai – 15 Ogos 2013, setiap Isnin-Khamis berkisar kerenah sebuah keluarga dalam menjalankan ibadah puasa. Ia menampilkan pelakon Dian P.Ramlee, Ahmad Tarmimi Siregar, Linda Hashim, Norkhiriah dan Rahim Razali.

Drama bersiri khas turut menghidangkan drama bersiri kanak-kanak bertajuk Ramadan Ravi, kisah kanak-kanak dalam menyambut Ramadan mulai 10 – 31 Julai 2013, Isnin-Khamis, jam 9.30 pagi dan Yang-Yang Yok, 13 episod mulai 10 – 31 Julai 2013, Isnin-Khamis, jam 10.00 pagi lakonan Shamsul Ghau Ghau, Nor Atikah, Acong, Azza dan Zalina Ismail.

Menariknya TV2 menyiarkan drama bersiri Iran bertajuk Forbidden Fruit yang disiarkan sepanjang Ramadan, mulai 9 Julai – 8 Ogos 2013, Isnin-Ahad, jam 4.00 pagi mengangkat kisah seorang lelaki yang sudah berusia dengan seorang wanita muda dan atas nama cinta lelaki ini mengorbankan kasih sayangnya terhadap isterinya demi wanita tersebut.

Tidak cukup dengan itu, disiarkan juga program majalah fesyen dan masakan di TV2 menjanjikan pelbagai maklumat seperti Seleksi Hijab, mulai 10 – 31 Julai 2013, Isnin-Khamis, jam 10.30 pagi, rancangan fesyen wanita bertudung menampilkan personaliti dan selebriti yang terkenal memilih untuk berhijab antaranya Norynn Aziz, Yatt Hamzah, Aida Khalida, Siti Fazurina dan ramai lagi.

Penggemar program masakan saksikan Selera Rasa M / S mulai 3 Julai – 7 Ogos 2013, Rabu-Khamis, jam 2.00 petang dan juga program menarik Dapur Kami, mulai 11 Julai 2013, Isnin-Khamis, jam 3.00 petang berkonsepkan sketsa drama pendek 3 remaja Lydia, Shahera dan Nina. Lydia mendapat tawaran sebagai pengacara rancangan masakan daripada sebuah stesen TV. Lydia meminta bantuan Shahera untuk menjadi chef dalam rancangan tersebut. Sementara Nina yang sering menjadi tukang rasa masakan teman-teman serumahnya itu merasakan dirinya menjadi semakin gemuk.

Saksikan juga dua program menarik Syahadah Musim ke-8 versi bahasa Inggeris yang disiarkan mulai 11 Julai – 7 Ogos 2013, Isnin-Jumaat, jam 4.35 petang manakala Sabtu dan Ahad, jam 5.30 petang.
Saluran TVi juga menjanjikan tayangan program-program khas sepanjang Ramadan iaitu dua drama bersiri 13 episod bertajuk Hidayah Cintaku, mulai 10 Julai 2013, Isnin-Khamis, jam 12.05 tengah hari dan Ikhlas (16 episod) mulai 8 Julai 2013, Isnin-Rabu, jam 6.00 petang lakonan Fazreen On, Eira Syazira, Yasmin Hamid, Fauziah Nawi dan Ifa Raziah.

Kongsikan resipi menarik dalam rancangan masakan; Rasa Borneo, menampilkan Chef Sabri Hassan mulai 8 Julai 2013, Isnin-Rabu, jam 5.30 petang, dokumentari; Pertama Ramadan mulai 11 Julai 2013, Khamis dan Jumaat, jam 5.30 petang dan program majalah; Nuansa Aidilfitri, setiap Jumaat-Ahad, jam 11.30 pagi, mulai 12 Julai 2013 dan sebuah program khas bertajuk i@Hati Khas Ramadan disiarkan mulai 13 Julai 2013, Sabtu dan Ahad, jam 11.00 malam.

Lima telemovie khas Ramadan di TVi menemui penonton setiap jam 12.05 tengah hari iaitu Ego (13 Julai 2013) menggandingkan pelakon utama Eja, Fauzi Nawawi dan Eira Syazira mengisahkan pendirian tegas tegas seorang wanita yang tidak suka berkongsi tentang apa saja dimilikinya. Menyusul telemovie Taubah (14 Julai 2013), Rakaat Terakhir (20 Julai 2013), Qun Faya Qun (21 Julai 2013) dan Air Yassin (28 Julai 2013) yang kebanyakan plot ceritanya menyumbang kepada membantu penonton menghayati Ramadan selain dibintangi pelakon popular tanah air.

Program Radio

Sementara itu, di pihak radio pula, kehadiran Ramadan sememangnya dinanti-nantikan oleh pendengar setia radio-radio milik RTM.

Istimewanya sepanjang Ramadan ini, stesen radio RTM menerusi Nasionalfm, Klasik Nasional, TRAXXfm, Aifm, Minnalfm, ASYIKfm, KLfm, Negerifm, Melakafm, Johorfm, Pahangfm, Terengganufm, Kelantanfm, Perlisfm, Kedahfm, Langkawifm, Mutiarafm, Selangorfm, Perakfm, Sarawakfm dan Sabahfm mengadakan program “Jelajah Ramadan 2013” bermula 9 Julai hingga 7 Ogos 2013.

Program Jelajah Ramadan 2013 akan melalui enam laluan berbeza di mana Laluan 1 dilakukan Nasionalfm pada 10 Julai 2013,11 Julai 2013 (Radio Klasik Nasional), 11-13 Julai 2013 (RTM Negeri Sembilan), 13-15 Julai 2013 (RTM Melaka) dan 15-17 Julai 2013 (RTM Johor). Diteruskan Laluan 2 pada 17-19 Julai 2013 (RTM Pahang), 19-21 Julai 2013 (RTM Terengganu) dan 21-23 Julai 2013 (RTM Kelantan).

Menyusul kemudiannya Laluan 3 di mana pada 23-25 Julai 2013 (RTM Perlis), 25-27 Julai 2013 (RTM Kedah), 27-29 Julai 2013 (RTM Langkawi), 29-31 Julai 2013 (RTM Pulau Pinang), 31 Julai hingga 1 Ogos 2013 (RTM Perak) dan 2-3 Ogos 2013 (ASYIKfm).

Laluan 4 pula pada 4-5 Ogos 2013 (RTM Selangor), 5 Ogos 2013 (TRAXXfm), 5 Ogos 2013 (Aifm), 5 Ogos 2013 (KLfm) dan 6 Ogos 2013 (MINNALfm).

Pada 18-19 Julai 2013, program Jelajah Ramadan 2013 singgah Laluan 5 iaitu RTM Sarawak dan sepanjang 22-24 Julai 2013 (RTM Sabah) dalam Laluan 6.

Antara pengisian program termasuklah aktiviti ceramah, gotong-royong, tazkirah, penyampaian sumbangan , majlis berbuka puasa dan solat Terawih bersama ibu tunggal dan anak yatim, bersahur, melawat rumah pesara RTM, memasak dan mengedarkan bubur lambuk bersama kakitangan RTM, membeli pakaian raya untuk anak-anak yatim, menyampaikan sumbangan duit raya serta banyak lagi aktiviti bermanfaat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Akhir Pencarian Wajah Ched Beauty

Misi Salam Dalam Ronda Impian Ceria Pagi Ke Sabah Berjaya