Dalam 30 episod program realiti TV berbahasa Inggeris ini, penonton berkongsi keterujaan empat orang kanak-kanak bermula iaitu, Kiah, Alyth, Harrison dan Matthew, menyertai pertandingan masakan pencuci mulut ini. Mereka perlu memasak dua jenis pencuci mulut iaitu, Straberry Softcake dan Birthday Cake dalam dua pusingan yang berlainan. Akhirnya, siapakah antara mereka yang diberi markah tertinggi oleh Chef Graham Hornigold dan Chef Allegra McEvedy?
Menyusul empat orang peserta iaitu, Olivia, Tom, Farhaan dan Hannah, bertanding menyediakan Mini Chocolate Cake. Manakala, Hannah perlu menyediakan Heaven Chocolate Cake, Forest Fort Gateau disediakan oleh Tom, Farhaan menyediakan Raspberry Swirl Gateau dan Olivia menyediakan Summer Berry Blast dalam pusingan kedua. siapakah yang berjaya masuk ke pusingan terakhir?
Dalam episod ini, Will, Isaac, Matilda dan Grainne perlu memasak pencuci mulut Chocolate and Butter Cookies dalam pusingan pertama. Dalam pusingan kedua, Grainne perlu menyediakan Courgette and Lime Cake, Will menyediakan Parsnip and Rhubarb Bonfire Cake, Matilda menyediakan Crunchy Beetroot and Chocolate Cake Garden dan Isaac menyediakan Beetroot Cake.
Peserta iaitu Lucy, Peter, Euan dan Sienna pula perlu menyediakan Pancake with Strawberry Jam dalam pusingan pertama. Manakala, dalam pusingan kedua, Lucy menyediakan Sweet Snakes and Lemon Ladders Cupcakes, Peter memasak Great British Cupcakes, Sienna menyediakan Chocolate, Lime and Lemon Cupcakes dan Euan menyiapkan Mango, Coffee and Chocolate Cupcakes.
Peserta yang melibatkan diri dalam pertandingan ini seterusnya Corey, Alice, Finlay dan Sufia. Dalam pusingan pertama, mereka menyediakan Strawberry Star Biscuit. Seterusnya, setiap peserta perlu mempersembahkan sejenis pencuci mulut dalam pusingan kedua. Alice menyediakan Bee-utiful Chocolate Orange Cake, Finlay menyediakan Ceilidh Cake, Corey menyediakan Call of the Century Cake dan Sufia menyediakan Fruity Paint Palette Cake.
Ikuti perjalanan misi Abi, Tyrese, Harry dan Annabel memasak Red Velvet Whoopee Pie. Seterusnya, Harry mempersembahkan Elephant Cake, Abi menyediakan Triplets Treats, Annable memasak Bonfire Night Cake dan Tyrese menyediakan St. Lucian Bouyon Cake.
Dalam episod berikutnya saksikan aksi Rachel, Mimi, Yasmin dan Tom menyediakan Mini Chiffon Cakes. Selain itu, Rachel menyediakan Paint Palette Cake, Tom dengan menu Caribbean Beach Cake, Mimi dengan hidangan Tropical Holiday Cake dan Yasmin menyediakan Ladybird Cake.
Seterusnya dalam program ini, Jenna, Nikki, Lottie, Tyrese dan Macy, berkongsi kebolehan dalam masakan pencuci mulut dengan menyediakan Cypriot Cinnamon Buns with a Twist, Tyrese mempersembahkan Aunty Tessa’s Coconut Turnovers, Macy menyediakan Gooey American Cinnamon Burns, Jenna menyediakan Goose Fair Toffee Apple Buns dan Lottie dengan hidangan Apple and Cinnamon Twirl Buns. Akhirnya, Nikki, Tyrese dan Macy berjaya masuk ke peringkat akhir.
Persaingan di antara Nikki, Macy dan Tyrese, semakin sengit dalam pusingan yang terakhir ini. Terdapat tiga sesi dan mereka perlu menyediakan sejenis pencuci mulut dalam setiap sesi pada peringkat terakhir ini. Dalam sesi pertama, Nikki perlu menyediakan Mini Orange, Cardamon Custard Tarts and Wild Mushroom, Parmesan Vol Au Vents, Tyrese mempersembahkan Saltfish, Avocado and Chicken with Apples Canapes dan Macy menyediakan Mini Pizzas and Mini Quiches. Selain itu, mereka juga perlu memasak Chocolate Biscuits with Passion Fruits and Cream Tarts. Pertandingan ini akan diteruskan ke sesi terakhir dalam episod yang seterusnya.
Pertandingan masakan pencuci mulut ini bersambung dengan Nikki, Tyrese serta Macy dikehendaki menyediakan satu kek yang istimewa. Macy menyediakan Strawberry and Raspberry Chocolate Cream Cake, Nikki mempersembahkan Tiered Royal Garden Cake dan Tyrese memasak Quilted Rosette Cake. Siapakah yang dinobatkan juara dalam keseluruhan pertandingan ini?