Memaparkan kisah penyiasatan kejadian jenayah sebenar di Malaysia yang diolah dalam sebuah doku drama, ia antara kelainan yang ditampilkan oleh produksi A. Aida Production.
Penerbitnya, Datuk A. Aida berkata, program Police File ini merungkaikan kejadian jenayah sebenar yang diambil daripada fail-fail Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, A. Aida tidak menafikan terdapat beberapa cabaran untuk menghasilkan doku drama Police File ini.
Program Police File akan disiarkan di saluran TV Unifi Salam HD 113 setiap hari Isnin pada pukul 8.30 malam mulai 7 Ogos 2023.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.