JULY MONTHLY HIGHTLIGHTS FOR PELANGI RETRO MOVIES
GENGSI DONG
Judul: Gengsi Dong
Tarikh: 21 July 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Warkop DKI, Camelia Malik, dan Zainal Abidin.
Sinopsis:
Gengsi Dong adalah filem drama komedi Indonesia tahun 1980. Slamet (Dono) adalah seorang anak usahawan tembakau yang kaya (M.Pandji Anom), manakala Paijo (Indro) seorang anak pengusaha minyak, dan Sanwani (Kasino) adalah seorang anak pengusaha bengkel kecil. Mereka bertiga pergi ke universiti yang sama dan ketiga-tiganya jatuh cinta pada gadis yang sama, Rita (Camelia Malik). Mereka merebutkan Rita dan akhirnya sama-sama kecewa kerana Rita bertunang dengan orang lain.
LENONG RUMPI
Judul: Lenong Rumpi
Masa: 30 July 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Harry de Fretes, Debby Sahertian, Ira Wibowo, Robby Temewu, Era Gloria, Jimmy Gideon, Ade Libertidfa
Sinopsis:
Lenong Rumpi adalah filem drama komedi Indonesia tahun 1991 dan dibintangi oleh Harry de Fretes, Ira Wibowo dan Debby Sahertian. Filem ini mengisahkan tentang seorang perantau bernama Bony ,yang menuntut ilmu di Jakarta dan terdapat seorang gadis yang ingin jadi penyanyi bernama Mungky. Bony, Mungky, dan teman-teman lain sibuk bersuka ria sehingga terlupa akan tujuan kedatangan mereka ke Jakarta. Pada suatu hari, kedua-dua orang tua mereka datang melawat. Mereka bersandiwara dan memberitahu akan pernikahan mereka, namun akhirnya terbongkar.
CATATAN SI EMON
Judul: Catatan Si Emon
Masa: 31 July 2011
Tarikh: 10 am
Pelakon: Didi Petet, Onky Alexander, Paramitha Rusady, Sophia Latjuba, Btari Karlinda, dan Fuad Alkhar.
Sinopsis:
Setelah tamat sekolah, Boy (Onky Alexander) cuba membangunkan perniagaan di San Fransisco. Pembantunya yang bernama Sheena (Sophia Latjuba) adalah seorang jelitawan yang dalam diam, sebenarnya jatuh cinta dengan Boy. Kemudian, Emon (Didi Petet) datang ke tempat Boy dan bertemu seorang gadis bernama Cyndi (Paramitha Rusady) yang mencemburui keakraban Boy dengan Sheena. Emon tahu yang gadis itu adalah hasil penculikan dan berniat mengembalikan anak itu ke orang tuanya, namun, tidak berjaya. Mereka berusaha merebut anak itu dari tangan Emon, namun gagal. Tetapi, ketika Emon menyerahkan anak itu pada orang tuanya, pihak polis menyangka bahawa Emon itulah penculik yang dicari
.
KEMBANG SEMUSIM
Judul: Kembang Semusim
Tarih: 16 July 2011
Masa: 10 am
Pelakon Marissa Haque, Dewi Irawan, Mieke Wijaya, Rachmat Hidayat, Simon Cader, Marlia Hardi, Rendra Karno, Laila Sari, Eddy Gombloh, Nasir, Rano Karno.
Sinopsis:
Filem ini menceritakan kejadian yang berlaku dalam satu hari satu malam. Lima belas tahun lalu Farida (Mieke Wijaya) bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak bernama Mirna (Marissa Haque). Farida kemudian mengawini Wijaya (Rachmat Hidayat), seorang duda yang mempunyai dua anak, Macan (Simon Cader) dan Lidia (Dewi Irawan). Mirna yang selama ini tinggal bersama neneknya di Sambas, Kalimantan, ingin menemui ibunya, yang selalu dirinduinya dan diimpikannya. Kenyataannya lain. Ibunya terlambat menjemputnya di bandar kerana telegram yang dikirimkan oleh nenek Mirna, terlambat datang. Ibunya menyesal kerana Mirna datang. Ketika sampai di rumah, maka tahulah Mirna keadaan keluarga ibunya. Ayah belum pulang. Macan pula mempunyai kaki yang cacat manakala Lidia keluar untuk berpesta ria dengan kawan-kawannya. Cintanya ditolak oleh Rusdi (Rano Karno), teman lelakinya Mirna sejak berada di kampung, yang menumpang di rumah itu, tetapi diusir kerana Lidia. Ayah tirinya, Wijaya, juga sedang mengalami masalah dalam perniagaannya. Sementara isterinya, Farida yang bekerja untuk menaggung keluarga itu dipersalahkan dan sudah lama menahan beban keluarga yang porak-peranda itu. Dia meminta cerai dan pada malam pertama, Mirna menyelesaikan masalah keluarga Wijaya. Rusdi pun datang dan diterima kembali dalam keluarga Wijaya.
PESTA
Judul: Pesta
Tarikh: 23 July 2011
Masa: 10 am
Pelakon: Deasy ratnasari, Ari Wibowo, Grantino Laloan, Chriss salam, Paramitha Rusady, Remy Sylado, Jeffry Waworuntu, Minati Atmanagera.
Sinopsis:
Sekumpulan remaja bertemu di pesta ulang tahun Wendy (Paramitha Rusady), anak emas seorang hartawan. Selepas pesta itu, Wendy rapat dengan Jefry (Ari Wibowo) yang baru pindah ke Jakarta dari Sukabumi bersama adiknya, Nia (Deasy Ratnasari). Nia juga mempunyai pasangan baru, seorang ahli korporat muda. Jeffry dan Nia bermesra dan kedua-duanya tidak mahu melakukan perhubungan intim.
SLOT HORROR
Judul: Datang Tak Di Jempu, Pulang Tak Di Antar
Tarikh: 21 July 2011
Masa: 10 pm
Pelakon: Fauzi Baadilla, Zaky Zima, Gita Sinaga, Ferdivan, Malisa Faturrahman, Christie Julia, Sri Soebariah, Rinaldi
Sinopsis
Sebuah cerita seram tentang empat sekawan yang ingin tahu tentang makhluk halus. Mereka memutuskan untuk membuat kajian tentang tempat-tempat ‘keras’ untuk menemui roh. Mereka pergi ke rumah terbiar dan memanggil roh. Sejak kejadian itu, hidup mereka tidak tenteram. Masing-masing dikacau oleh roh yang dipanggil oleh mereka. Rupa-rupanya, mereka terjumpa dengan pustakawan kampus di rumah terbiar itu dan mendapat tahu dia telah membunuh seorang mahasiswi dan roh gadis itulah yang mengacau mereka.
Judul: Misteri Pondok Lano
Tarikh: 28 July 2011
Masa: 10 pm
Sinopsis:
Sebuah cerita misteri tentang kehilangan seorang anak kecil yang sangat disayangi oleh abangnya. Pada suatu hari, seorang gadis bernama Hana terserempak dengan seorang lelaki ketika berada di hutan. Dia sering ke rumah Pak Lano dan mula curiga dengan suara tangisan seorang anak kecil yang selalu didengarinya pada waktu malam yang kemungkinan besar, datang dari ruangan bawah rumah Pak Lano. Oleh sebab ketakutan, dia memutuskan untuk pulang ke Jakarta kerana berasa tidak selamat. Ketika dia berangkat pulang, dia diculik dan dimasukkan ke dalam guni. Rupa-rupanya itu semua perbuatan Pak Lano dan akhirnya, lelaki itu mendapat tahu bahawa Pak Lano yang membunuh adiknya.
CINEMA PREMIERE
Judul: Jomblo
Tarikh: 22 July 2011
Masa: 10 pm
Pelakon: Dennis Adhiswara, Rianti Cartwright, Rizky Hanggono, Karenina Maria, Richa Novisha, Tike Priatnakusumah, Ringgo Agus Rahman, Nadya Saphira, Christian Sugiono
Sinopsis:
Empat sekawan Agus-Doni-Olip-Bimo merupakan pelajar di sebuah university di Bandung dan mereka mempunyai karekter yang berbeza. Agus adalah jejaka idaman dan impiannya adalah untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni, dan ingin memiliki gadis yang memiliki sifat keibuan.
Berbeza pula dengan Doni, baginya urusan cinta adalah untuk mendapatkan seks. Dengan reputasi sebagai lelaki buaya darat, tentu saja tidak sukar baginya untuk mendapatkan wanita yang diinginkan. Doni mengajar sahabatnya,Olip cara untuk menundukkan kaum wanita, kerana Olip adalah seorang lelaki yang sangat pemalu dan hampir tiga tahun memendam perasaan cinta terhadap gadis bernama Asri.
Bimo pula selalu gagal dalam percintaan kerana sifat fizikalnya dan tidak boleh menerima kenyataan. Malang sungguh, apabila Bimo ingin bertemu dengan Febi, gadis itu berpura-pura dan tidak mengenalinya kerana rupa parasnya.
Judul: Saus Kacang
Tarikh: 29 July 2011
Masa: 10 pm
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair
Sinopsis:
SAUS KACANG menceritakan kisah perjalanan Dewi (Bunga Citra Lestari) yang berkerja sebagai Chef de Cuisine di sebuah hotel. Dewi pernah ditinggalkan oleh kekasihnya dan oleh kerana itu, Dewi memberi tumpuan dan komitmen terhadap kerjayanya. Setelah 5 tahun berlalu, Dewi kini mempunyai sikap yang lebih optimis menghadapi hidup tetapi masih berhati-hati dalam soal percintaan. Sehingga satu hari, di hotel tempat Dewi berkerja muncul seorang tetamu dan pelancong dari Malaysia yang memiliki sikap resah, panas baran, kuat mengadu dan tidak mempedulikan hal ehwal orang sekelilingnya. Jejaka tersebut ialah Fredo (Ashraf Sinclair). Pertemuan pertama dengan Fredo menjadi igauan dan mimpi buruk bagi Dewi. Setiap pekerja hotel yang pernah menjadi mangsa sikap panas baran Fredo berkonspirasi memberi pengajaran yang tidak dapat dilupakan kepadanya. Apabila dilaksanakan rancangannya; ianya menjadi di luar kawalan selepas Fredo di biarkan berkeliaran seorang diri sewaktu sambutan malam Hari Raya Nyepi kaum masyarakat Bali. Dihantui perasaan bersalah maka Dewi mencari Fredo. Ketika keduanya bertemu, mereka ditahan kerana berada di luar rumah di hari raya Nyepi. Maka kedua-duanya terpaksa menjalani hukuman untuk membersihkan perkarangan kawasan bandar Bali selama beberapa hari. Percaturan kedua pasangan ini ;yang diibaratkan seperti air dan minyak; bermula..Hubungan yang pada mulanya diselubungi perasaan saling membenci dengan secara perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah percintaan. Dari seorang jejaka yang panas baran juga tidak mempedulikan perasaan orang disekelilingnya, Fredo kini berubah kepada seorang yang sabar dan tenang. Dalam kehebatan dan keasyikan percintaan yang bersemi diantara Fredo dan Dewi; tiba-tiba muncul bekas tunang Fredo yang pernah meninggalkannya yang berazam untuk memiliki semula hati Fredo.
KISSING A FOOL
Ahad – 31 Julai 2011 jam 10 malam
Pelakon: Irwansyah, Ayushita, Wishnu Wijaya, Lia Amalia
“Jodoh, semuanya di tangan Tuhan. Ada yang dikejar
tetapi tidak tercapai, ada yang datang pula bukan cita rasa kita.”
Noval adalah seorang lelaki yang bertuah. Dianya kacak, kaya dan juga pandai. Namun, dia tidaklah bahagia seperti yang disangkakan. Dia tahu bahawa gadis materialistik ini hanya mengejar hartanya. Seperti orang lain, dia ingin mencari pasangan sejati. Dia memilih untuk menetap di asrama dan bekerja yang hanya menyamar. Di tempat kerja, dia berjumpa dengan seorang gadis bernama Mimi yang akrab dengannya. Selepas hidup dalam suasana mewah sepanjang hidupnya, Noval mulai sedar akan perbezaan berbanding dengan keadaan di rumahnya. Pada suatu hari, Noval jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Nayla, iaitu seorang pelanggan tetap yang sering ke cafénya. Noval selalu mengadu kepada Mimi tentang perasaannya terhadap Nayla. Hari demi hari, Noval semakin rapat dengan Nayla, namun tanpa disedari, sebenarnya Mimi juga jatuh cinta pada Noval. Lama-kelamaan, Nayla mendapat tahu bahawa Noval ini hanyalah menyamar. Mimi memberitahu Noval kemungkinan yang Nayla tidak jujur cinta kepada Noval. Akankah Mimi Berjaya? Dan akankah Mimi dapat membuktikan bahawa Nayla tidak jujur dengannya?
CINTA ROCK & ROLL
Ahad , 24 Julai jam10PM
Sinopsis:
Freya baru merayakan ulang tahun ke-17 tiba-tiba mendapat kejutan bahawa dirinya sudah dijodohkan sejak kecil. Freya yang rock ‘n roll ternyata dijodohkan dengan Nino yang sangat jauh berbeza dengan Freya. Nino, jejaka lulusan Jerman yang kini bekerja di bidang cari gali memiliki minat terhadap muzik jazz dan klasik. Freya pun selalu mengejek Nino dengan selera musik yang menurutnya kuno dan ketinggalan zaman. Namun, pada suatu hari, Freya yang jatuh hati pada jejaka rock and roll bernama Leo, sedar akan kekeliruannya untuk mencari jodohnya sendiri kerana Leo berusaha menjebaknya terjerumus kedalam penggunaan dadah. Akhirnya, dia pun meminta maaf pada Nino kerana selalu menyakiti perasaannya dengan sikapnya yang kasar dan mengungkapkan isi hatinya yang mencintai Nino.
VICTORY
Ahad , 31 Julai jam10PM
Sinopsis:
Raka, seorang penyiar radio jatuh cinta dengan adik tirinya bernama Victory (Oty). Tentu saja orangtua mereka menentang habis-habisan. Kerana menghadapi konflik percintaan dengan Raka, Oty jatuh pengsan dan terpaksa dirawat di ruang ICU di sebuah rumah sakit. Orang tua mereka pun menyedari begitu besarnya cinta Raka pada Oty yang sangat setia menjaganya selama di rumah sakit. Dari hasil ujian DNA terbukti bahawa mereka boleh melanjutkan hubungan asmaranya