in

Program Muhammadku Ganti Al-Kulliyyah

Masyarakat moden sekarang ramai yang hanyut, penuh dengan kesibukan yang lebih bersandarkan keakuan dan kebendaan. Banyak cerita yang kita dengar sekarang kehancuran akhlak bukan sahaja terhadap anak-anak muda tetapi juga pada setiap lapisan umur dalam kebanyakan masyarakat sekarang.

Bagaimana akhlak kita dengan anak, suami, isteri, mentua, ibubapa, jiran, saudara-mara, rakan sepejabat, haiwan dan alam sekitar? Zalimkah kita terhadap akhlak terhadap diri sendiri? Cerita akhlak sudah tidak lagi dipedulikan, bagai hilang di lubuk jiwa. Apakah makna kemajuan andainya jiwa fitrah manusia kosong dan resah yang tiada penghujungnya? Jika kita mahu berfikir semua itu dan kembali belajar, makan belajarlah dari akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Logo Muhammadku

Bermula 4 Oktober ini, setiap hari Jumaat menggantikan Al Kulliyyah yang bakal berehat sebentar, TV3 menampilkan sebuah lagi program yang penuh ilmiah, MUHAMMADKU yang bakal membawa penonton merasai dan mencontohi insan agung Rasulullah SAW junjungan mulia melalui pelbagai topik-topik akhlak menarik yang akan disampaikan setiap minggu. Antara keperibadian Rasulullah SAW yang bakal diceritakan termasuklah sifat solat Baginda, perjalanan haji mabrur dan banyak lagi kisah akhlak terpuji Rasulullah SAW meliputi setiap disiplin kehidupan yang perlu dan wajib diketahui dan diteladani oleh umat Baginda.

Program Penuh Ilmiah Bersiaran Setiap Jumaat, 5.00 Petang

[dropcap]M[/dropcap]UHAMMADKU, program terbaru yang penuh dengan teladan dan bersifat kerohanian dijangka mampu menarik minat variasi golongan penonton dan buat julung-julung kalinya menampilkan pendakwah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid sebagai pemimpin progam ini dengan pengisian ilmiah berdasarkan sirah junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Penonton akan lebih terkesan lagi melalui penyampaian Habib Ali dengan konsep penceritaan dan dibantu dengan replika set berupa sebuah madrasah berusia 1400 tahun dahulu bersama dengan tata cahaya yang sangat tenang serta mampu menyentuh ke titik hati para penonton demi mengimbas dakwah dan akhlak Nabi Muhammad SAW.

[pullquote align=”right”]Catatkan dalam diari anda, nantikan MUHAMMADKU, setiap Jumaat dari jam 5.00 hingga 6.00 petang, bermula 4 Oktober ini.[/pullquote]

Sedikit mengenai latar belakang Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Anak kedua daripada 4 adik-beradik, beliau datang daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai ulama. Beliau mengembara ke merata tempat untuk menuntut ilmu, termasuklah di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia, dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

Berlatarbelakangkan pendidikan dan pembangunan diri Habib Ali yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semula jadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasuh dan dibentuk oleh guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga kerana akhlaknya yang mulia.

Sepanjang perkongsian ilmu rancangan 13 episod ini, setiap episod MUHAMMADKU juga diserikan dengan persembahan Kumpulan Ahbabul Habib mengalunkan kegermisikan Qasidah puji-pujian kepada junjungan besar ke atas Baginda SAW yang juga selama ini alunannya semakin dilupakan.

Semoga program baru ini MUHAMMADKU bakal memberi peluang kepada penonton mengutip nilai- nilai cerita dari kisah yang disampaikan. Belajar dari insan mulia junjungan kita adalah sebaik akhlak yang selama ini hanya bersandarkan kepada kepintaran IQ manusia sahaja.

Catatkan dalam diari anda, nantikan MUHAMMADKU, setiap Jumaat dari jam 5.00 hingga 6.00 petang, bermula 4 Oktober, 13 episod diterbitkan oleh Siti Zainah Juahir bersama Penerbit Eksekutif Ahmad Noor Sulaiman, hanya di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan MUHAMMADKU boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook, Instagram & Twitter TV3malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid (a)

Muhammadku (c)

Muhammadku (a)

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Muhammadku (b)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bukan Aku Tapi Dia

Senarai Penyampai Anugerah AIM Malaysian-Indian 2013