in ,

Program MONEY MATTERS Merungkai Situasi Ekonomi Negara

Adakah kadar inflasi negara patut menjadi kebimbangan rakyat Malaysia masa ini? Adakah negara kita bakal mengalami kegawatan ekonomi yang lebih dahsyat berbanding 1997?

TV3 memperkenalkan kembali Money Matters bagi merungkai persoalan-persoalan tersebut. Money Matters merupakan sebuah program bual bicara ekonomi yang bersiaran setiap hari Sabtu bermula 4 Julai, pada pukul 6 petang selama 30 minit. Program ini akan membentangkan bersama tetamu jemputan topik-topik berkaitan dengan ekonomi, kewangan, pelaburan, pengurusan, inovasi, dan industri.

Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya (2)

Dihoskan oleh Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya, mereka akan menemuramah Menteri Kewangan Malaysia, YB Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai cabaran pemulihan ekonomi Malaysia dalam episod pertama, esok (4 Julai 2020).

Dapatkan informasi terkini mengenai situasi ekonomi negara bersama Money Matters di TV3 pada setiap hari Sabtu, bermula esok 4 Julai 2020, pada pukul 6 petang. Dapatkan juga maklumat lanjut tentang program-program menarik TV3 di xtra.com.my dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia di Instagram, Facebook, dan Twitter.

Zahir Kelvin Ong Abdullah dan Azaria Tagaya (1)
Money Matters Logo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa Ada Sebab Pilih Hans Jadi Tetamu NEXT TO NEELOFA

Cik B Muncul Dalam Video Muzik Single MUDAH BAGIMU Kucaimars