BARISAN PROGRAM MENARIK SEMPENA SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008 DI RTM.
Bermula 8 Ogos ini, sukan yang paling berprestij di dunia Sukan Olimpik bakal membuka tirainya. Edisi kali ini bakal berlangsung di Beijing, China mulai 8 Ogos hingga 24 Ogos menyaksikan 28 jenis sukan dipertandingkan. Antaranya, acara akuatik, olahraga, gimnastik, bola sepak, hoki, badminton, lumba basikal dan banyak lagi acara.
Pastinya semua peminat sukan tanah air tidak sabar menantikan saat-saat kejohanan Sukan Olimpik yang dianggap kejohanan sukan terunggul di dunia. Apatahlagi ia bakal membariskan bintang-bintang sukan terbaik dunia yang akan bersaing atas semangat kesukanan yang jitu bagi meraih pingat seterusnya memecahkan rekod dunia. Hal ini membuatkan para peminat arena sukan di serata dunia tentunya ternanti-nanti bagi menyaksikan aksi sukan terhebat ini.
Bersempena Sukan Olimpik kali ini pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar rasmi berlesen Sukan Olimpik Beijing 2008 tidak mahu ketinggalan dengan mengajak semua penonton setia RTM bersama-sama menyaksikan kehangatan Sukan Olimpik Beijing 2008 dalam misi pencarian jaguh dunia. Pelbagai program menarik telah diatur khas buat peminat setia sukan tanah air.
Membuka tirai adalah siaran langsung majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008 pada 8 Ogos (Jumaat) pada jam 8.30 malam menerusi RTM1. Siaran langsung selama empat jam in akan dipancarkan terus-menerus dari Stadium Nasional Beijing, China.
Menyusul kemudian setiap hari bermula 9 Ogos hingga 23 Ogos adalah laporan harian Sukan Olimpik Beijing 2008. Laporan harian akan dibahagikan kepada dua slot, iaitu Laporan Pagi dan juga Laporan Petang. Laporan Pagi bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 11.05 pagi hingga 1.00 tengah hari. Manakala, setiap Jumaat hingga Ahad menemui penonton pada jam 10.05 pagi hingga 12.00 tengah hari di saluran RTM1.
Laporan Petang pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Bagi mereka yang tidak berpeluang menyaksikan laporan harian di sebelah siang boleh menonton Highlights Sukan Olimpik Beijing 2008 di RTM1 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.00 tengah malam hingga 1.00 pagi. Manakala, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 11.30 malam hingga 12.30 tengah malam.
Penonton juga boleh menyaksikan Laporan Pagi di RTM2 yang bersiaran setiap Isnin hingga Ahad, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Laporan Petang pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Ahad, jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.
Sementara itu, pada 24 Ogos (Ahad), jam 3.05 petang peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan rangkuman aksi menarik sepanjang Sukan Olimpik Beijing 2008 berlangsung menerusi RTM1. Melabuhkan tirai pada 24 Ogos (Ahad) ialah siaran langsung majlis penutupan rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008. Siaran langsung tersebut bakal bersiaran pada jam 8.30 malam menerusi saluran RTM2.
Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Sukan Olimpik di Beijing menerusi RTM, Penyiar Rasmi Berlesen Sukan Olimpik Beijing 2008.
[tags]beijing, sukan olimpik, jaguh, sports, laporan, news, hariati jamaludin, how to get maid in malaysia, how to get rich online, how to outwit, irfan khairi, jay abraham, cheer 2007, cheer 2008, cheer 2009[/tags]