in

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul 2010

RANCANGAN-RANCANGAN MENARIK MAULIDUR RASUL DI TV9

Petaling Jaya – Maulidur Rasul merupakan hari bersejarah bagi umat Islam kerana ia merupakan merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan mengikut bulan Islam ianya jatuh pada 12 Rabiul Awal. Sempena dengan sambutan hari bersejarah ini juga TV9 telah menyediakan beberapa rancangan menarik khusus buat penonton setianya termasuklah menerusi rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O.

NASI LEMAK KOPI O – ISTIMEWA MAULIDUR RASUL

Jumaat, 26 Februari, 8.00 pagi-10.00 pagi

Rancangan bual bicara hujung minggu anda iaitu Nasi Lemak Kopi O akan dihiburkan dengan kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan dengan lagu-lagu munajat seperti “Ya Nabi Salam Alaika, Rasulullah, Munajat seorang Hamba dan banyak lagi. Di samping itu, seorang penceramah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham. Beliau akan menceritakan tentang sifat-sifat Rasulullah yang perlu dicontohi oleh semua terutamanya generasi muda kini. Rancangan Nasi Lemak Kopi O istimewa Maulidur Rasul ini dihoskan oleh pengacara berpengalaman Aziz Desa dan Farah Diana Anuar.

KHAZANAH PADANG PASIR

Jumaat , 26 Februari, 6.30 petang – 7.00 petang

Kelahiran Rasulullah S.A.W. membawa rahmat kepada umat manusia. Islam yang dibawa oleh Baginda Rasullullah memperakui ketamaddunan dan kesenian Islam yang dibuktikan melalui tinggalan sejarah samada secara bertulis mahupun tinggalan artifak. Tinggalan artifak seperti Pedang Rasulullah, quran yang ditulis atas kulit kambing, artifak2 pada zaman kegemilangan Kerajaan Ottomaniyyah adalah antara yang masih disimpan dan dijaga dengan baik oleh pihak muzium. Dokumentari sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW ini meninjau kerja-kerja membaikpulih dan memulihara khazanah-khazanah Islam seluruh dunia oleh Jabatan Konservasi, Muzium Kesenian Islam Malaysia bagi tatapan generasi masa depan

SKRIN DI 9 – KHALIFAH

Jumaat, 26 Februari, 9.30 malam – 11.30 malam

Halim anak jati Kuala Lumpur di besarkan di tengah tengah kota raya dan tinggal di flat, anak sulung kepada Mak Som dan juga abang kepada tiga orang adik. Dia melihat keruntuhan akhlak rakan sebayanya yang terjebak dengan gejala tidak sihat. Dengan dorongan ibu dan gurunya Cikgu Rahmat, Halim berjaya ke menara gading. Setelah habis belajar, Halim bekerja di sebuah syarikat pembinaan Panca Konkrit Sdn Bhd. Halim tidak suka amalan syarikat memberi rasuah. Pihak atasan syarikat dia bekerja suka mencuri hasil jualan orang bawahannya. Syarikat pula menolak cadangan potongan zakat melalui potongan gaji. Bonus pula hanya dibayar setengah bulan. Halim tidak berpuashati apabila ditukar ke bahagian lain Halim dituduh cuba menghasut pekerja lain. Akibatnya Halim digantung kerja dua minggu tanpa gaji.

Halim baca berita di akbar tentang kematian dua pekerja di tapak pembinaan di hempap dinding konkrit. Halim pergi jumpa Datuk Hamdan dan tunjukkan berita yang keluar di akhbar. Menurut Halim kejadian itu berlaku adalah disebabkan Syarikat Panca Konkrit telah membekalkan bahan yang tidak berkualiti dan mengeluarkan produk yang tidak mengikut piawaian. Halim tidak dapat membendung kesabarannya dan telah bersuara di hadapan barisan pengarah syarikat. Akibatnya Halim telah dihina dengan begitu teruk dan ditampar oleh Datuk Hamdan dan dibuang kerja.

Halim berusaha mencari kerja di tempat lain. Akhirnya Halim berjaya mendapat kerja di syarikat pemaju Bina Jaya Sdn Bhd yang mempunyai etika yang telus. Halim semakin tinggi keyakinannya bahawa Allah s.w.t. maha adil lagi maha besar.

Pelakon : Azizan Nin, Fiza Abd Halim, Annahita Bakavoli, Abu Bakar Juah, Maimon Talib

HALAQAH

ISTIMEWA MAULIDUR RASUL – AIRMATA JUNJUNGAN

Ahad, 28 Februari, 9.30 malam – 10.30 malam

Tanyakan kepada diri kita : Kenapa sebahagian besar umat Islam terasa ‘jauh’ dan ‘kosong’ dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Di bawah sinar hidup serba mudah dan moden, jarang-jarang lagi insan agung ini ‘bertakhta’ di hati umat baginda. Rasulullah SAW seperti ditinggalkan dari peta kehidupan umat Islam. Begitulah realitinya dan sebenarnya apa yang tidak kena? Kisah kasih sayang Rasulullah SAW kepada umat baginda memang tiada tandingnya.

Di saat wafat, baginda masih menyebut dan memikirkan umatnya. “AIRMATA JUNJUNGAN“ sebuah topik yang dirancang untuk mengajak penonton berfikir iaitu : Seandainya Rasulullah SAW masih hidup dan melihat umat baginda pada hari, airmata apakah yang akan mengalir dari kelopak mata baginda yang mulia itu, KEGEMBIRAAN? atau KESEDIHAN? Kenapa? Bahaskan dengan sejujur-jujurnya.

Penonton akan diasak dan diajak berfikir apakah mereka telah membalas kasih sayang Rasulullah SAW?. Sudah dan jujurkah mereka mengamalkan sunnah dan ajaran Rasul terakhir…kekasih Allah ini? Sejauhmana kenal mereka terhadap pemberi syafaat ini?. Topik ini mengajak penonton dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW agar sentiasa teguh, setia, kasih dan cinta kepada baginda, bagai cermin hidup… akar penyubur jiwa.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan halaqah istimewa yang menonjolkan gandingan mantap hos bersama Ustaz Shukri Yusoff dan Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman bersama panelis yang juga merupakan tokoh agama iaitu YBhg Dato’ Nooh Gadot (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor) dan Dato’ Zainal Abidin Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan).

Jangan lupa menyaksikan rancangan-rancangan menarik yang disediakan sempena Maulidur Rasul ini yang mana pastinya dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.

Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Prebiu Filem V3 Samseng Jalanan

Zizan Nin Akan Kahwin Fazilah Hani Harun 19 Mac Ini