Penonton dijanjikan dengan seleksi kandungan hebat merangkumi program-program kerohanian, telefilem, drama bersiri, hiburan, sketsa, sitkom, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang juga boleh distrim dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my) secara percuma.
Sebanyak 15 program baharu dijanjikan kepada penonton TV1 yang bermula siaran dari malam raya, seperti Gema Takbir, Siaran Gema Raya & Solat Sunat Aidilfitri, Borak Dulu Baru Buka (Khas Syawal), juga drama-drama terbaik menyentuh emosi mengisi slot Panggung RTM iaitu Raya Tak Nampak (13 April, 9.00 malam) dan Abyad Sofi (20 April, 9.00 malam).
Telefilem Raya Tak Nampak terbitan Unit Drama TV RTM ini mengisahkan misi tiga bujang cuba menyelamatkan seorang gadis buta yang sehelai sepinggang untuk pulang beraya menjadi huru hara apabila lakonan si buta pecah tembelang dan mereka dikejar gangster sebenar.Membariskan pelakonWani Kayrie, Danial Zaini, Imran Aqil dan Mamak Puteh. Manakala Abyad Sofi pula kisah Abyad Sofi yang menghidap penyakit sindrom OCD berdepan dengan orang sekelilingnya. Lakonan Mimi Ernida, Fikry Ibrahim dan Kazar Saisi.
Program-program hiburan menarik seperti Temasya Aidilfitri (1 Syawal, 9.00 malam), Bedayang Ta’ Aidilfitri terbitan RTM Sabah (1 Syawal, 1.30 petang) dan Berambeh Raya terbitan RTM Sarawak (2 Syawal, 1.30 petang) dan juga bual bicara Cuit Sikit Jangan Sentap, Iris Wanita, Panorama, dan Planet Sukan.
Terdapat juga 10 program istimewa dari TV2 merangkumi filem-filem terbaik seperti, Paskal (1 Syawal, 9.00 malam), Spider-man: No Way Home (3 Syawal, 9.00 malam), dan Toolsidas Junior (5 Syawal, 9.00 malam). Turut disiarkan telemovie bertajuk Ustazah Ekspress (2 Syawal, 9.00 malam).
Kemeriahan Syawal turut diriuhkan lagi dengan rancangan hiburan Riang Riuh Raya (4 Syawal, 9.00 malam) dan Radar Skrin (5 Syawal, 11.00 pagi) iaitu program terbaharu RTM yang menampilkan hos Tyzo Xander.
TV2 turut menghadiahkan tayangan Havoc Raya Bintang RTM (2 Syawal, 9.00 malam) yang menampilkan peserta-peserta Bintang RTM 2024 juga barisan artis Datuk Syafinaz Selamat, Liza Hanim, dan Haqiem Rusli.
Saluran Okey pula akan menyajikan rancangan Masak Sana Sini New York Khas Raya (1 Syawal, 12.00 tengahari) dimana Nabila Huda akan membawa penonton ke kota nombor 1 dunia iaitu New York untuk memasak juadah Raya yang mudah, ringkas dan meraikan hari Raya bersama anak-anak Malaysia yang merantau di kota New York.
Saksikan juga dua telemovie terbaik iaitu Serambi Syurgamu (3 Syawal, 10.00 malam) dan Biniku Ratu Joran (4 Syawal, 10.00 malam). Serambil Syurgamu menampilkan pelakon Shasha Abedul, Qi Razali dan Normah Damanhuri manakala Biniku Ratu Joran menggandingkan pelakon utama Arief Yong dan Dayana Roza. Khas edisi Raya turut disiarkan program seperti Versus, Steadey, dan Fresh Brew.