PROGRAM-PROGRAM MENARIK SAJIAN RTM SEPANJANG TAHUN BAHARU CINA 2011
Bahang kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pada 3 dan 4 Februari ini mula dirasai dimana sahaja. Semua stesen televisyen seluruh negara rancak mengaturkan program-program khas yang diyakini mampu untuk menghiburkan penonton setia mereka sepanjang perayaan ini.
Sebagai memenuhi citarasa penonton dua stesen salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 bakal menyiarkan variasi program menarik sepanjang minggu ini mulai 3 hingga 6 Februari 2011 yang sesuai ditonton bersama seisi keluarga. Daripada program berbentuk hiburan kepada telemovie, bual bicara dan dokumentari profil menarik artis terkenal Hong Kong untuk dikongsi sama dengan semua tanpa mengira bangsa.
TV1 menghidangkan lapan program khas iaitu lima telemovie, sebuah dokumentari, bual bicara dan sebuah filem menarik tontonan seisi keluarga sepanjang perayaan ini. Bermula dengan drama Semerah Angpau Seputih Arnab (3 Februari 2011, jam 3.00 petang), Atan Bertemu Mei Lin (4 Februari 2011, jam 10.30 pagi), Kekasihku Valentine (5 Februari 2011, jam 3.00 petang), Sos Cili Sos Tiram (6 Februari 2011, jam 10.00 pagi) dan Angpow Untuk Mama (6 Februari 2011, jam 3.00 petang). Kemudiannya menyusul program dokumentari profil yang memaparkan kehidupan bintang Kung Fu terkenal, Jacky Chan, Hong Kong pada 3 Februari, jam 2.00 petang, Apa Kata Wanita khas Tahun Baharu Cina (5 Februari 2011, jam 12.00 tengah hari) selain sebuah filem hebat Selamat Pagi Cinta yang menemui penoton pada 4 Februari 2011, jam 3.00 petang.
Kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baharu Cinta tahun ini turut sana diraikan bersama penonton setia TV2 yang turut menjanjikan variasi 21 program khas siarannya. 9 buah filem hebat yang mengusai layar TV penonton termasuklah Storm Rider (2 Februari 2011, jam 9.00 malam), Shrek The Third (2 Februari 2011, jam 11.00 malam), Rob – B – Hood (3 Februari 2011, jam 9.00 malam), Toy Story (3 Februari 2011, jam 11.00 malam), Mulan 2 (4 Februari 2011, jam 9.00 pagi), RV (4 Februari 2011, jam 12.00 malam), The Emperor’s New Groove (5 Februari 2011, jam 10.00 pagi), Go Home (5 Februari 2011, jam 4.00 petang) dan National Treasure : Book Of Secret (5 Februari 2011, jam 11.00 malam).
Penonton turut diajak berhibur dengan rangkaian 10 program Muzikal dan Hiburan termasuklah program Rabbit of Prosperity and Joy (2 Februari 2011, jam 5.00 petang), Pesta Ang Pau (3 Februari 2011, jam 10.30 pagi), Rabbit Year Cooking Game Show (4 Februari 2011, jam 11.00 pagi), Jade Solid Gold 2009 (3 Februari 2011, jam 2.30 petang), Pak Oi Charity 2009 (4 Febaruari 2011, jam 12.30 tengah hari), Siaran Langsung Gong Xi Fa Cai (4 Februari 2011, jam 4.30 petang), Pilih Kasih Khas Tahun Baharu Cina (5 Februari 2011, jam 9.00 malam), Muzikal Khas Dari Sarawak : Home For New Year (6 Februari 2011, jam 5.00 petang), Muzikal Kanak-Kanak : Tong Sheng Tong Qi Hee Xin Sai (3-4 Februari 2011, jam 8.30 pagi) dan Khas Kanak-Kanak Tahun Baharu Cina : Baba Nyonya Guo Xin Nian (3 Februari 2011, jam 9.00 pagi).
Kepada peminat setia program Gerak Khas usah ketinggalan menyaksikan episod khas program ini yang memaparkan sambutan Tahun Baharu Cina pada 4 Februari 2011, jam 9.00 malam sebelum kemudiannya siaran TV2 diteruskan dengan tayangan telemovie mengisi slot Citra bertajuk Cheongsam Untuk Ibu pula disiarkan pada 4 Februari 2011, jam 10.00 malam.
Drama ini membawa anda mengenali watak Leong yang baru tamat SPM dan berhijrah ke Kuala Lumpur meskipun tanpa restu ibunya. Di sana dia gagal mendapatkan sebarang pekerjaan yang baik lalu dia memutuskan untuk bekerja sebagai pelayan kelab malam. Pada malam menjelang Tahun Baharu Cina dengan bantuan temannya bernama Aziah, dia pulang ke kampung. Namun bagaimanakah penerimaan ibunya? Drama ini dibintangi oleh Ng Hung Shen, Mandy Chong, Siti Fazurina, Rowena Lee dan Erry Putra.
Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan rangkaian program-program menarik sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina ini hanya menerusi saluran TV1 dan TV2, RTM.