in

Program Menarik di TV9 Sempena Awal Muharram

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM BERSAMA TV9

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari paling penting bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad ke Kota Mekah. Begitu juga dengan TV9 yang menyambut hari tersebut menerusi program-program yang dapat memberikan pengajaran kepada kita semua.

Bermula dengan Insyaallah Maher Zain pada hari pertama Maal Hijrah jam 9.00 pagi. Kenali dengan lebih dekat lagi Maher Zain, yang mendakwah menerusi lagu-lagi indahnya. Penyanyi kacak yang berasal dari Lubnan dan kini menetap di Sweden ini telah membawa fenomena industri muzik berunsur agama di Asia Tenggara dan Eropah.

Terdahulu, beliau merupakan seorang penyanyi rap dan kini beliau telah berhijrah pula ke lagu-lagu dakwah. Penghijrahan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada diri beliau dan juga peminat-peminat beliau. Ketahui bagaimana dunia hiburan New York menukarkan beliau dari penyanyi rap kepada penyanyi dakwah. Dan jika diamati, setiap lagu-lagu beliau mempunyai pengertian dan makna yang begitu mendalam kepada setiap pendengar.

Selepas mendengar dari hati ke hati bersama Maher Zain, penonton akan terus dibawa menyaksikan tele-filem Awal Muharram berjudul Cinta Akhbar pada jam 10.30pagi. Cinta Akhbar yang disiarkan selama satu setengah jam ini mengisahkan tentang Ashraf yang kini mencari cinta agung dalam hidupnya. Ashraf dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya namun ibu bapanya tidak pernah membimbing Ashraf dan mengajarnya tentang agama. Hidup Ashraf kosong sehinggalah Daud, pemandu ayahnya membimbing beliau mendekatkan diri kepada Allah. Baru hendak mendalami agama, Daud pula diberhentikan kerja. Ashraf terus mencari Daud di kampung dan kerana kasihan dengan nasib Ashraf, Daud telah memperkenalkannya kepada Tok Majid. Dari situ, Ashraf telah mendalami agama Islam dan bertemu pula dengan Nuraini, anak kepada Tok Majid. Akhirnya mereka berdua telah bernikah, tetapi ianya tidak direstui oleh ibu bapa Ashraf. Berjayakah Ashraf menghijrahkan ibu dan bapanya ke jalan yang benar dan seterusnya merestui perkahwinan mereka? Cinta Akhbar lakonan Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Ijam (Medicine), Dato’ Jalaluddin Hassan dan Hamidah Wahab amat menyayat hati dan memberi iktibar kepada kita semua.

Tele-filem seterusnya, Khilaf pada jam 12.30 tengahari, membawa penonton melihat betapa agungnya pengorbanan seorang mualaf bernama Jeffry demi menyelamatkan nyawa seorang budak berusia 6 tahun yang mengalami masalah jantung. Ceritanya bermula apabila Jeffry yang menjadi suspek buruan polis telah melarikan diri ke sebuah perkampungan seperti yang dicadangkan oleh Ijas, sahabatnya. Jeffry tertidur di dalam kereta sehingga dikejutkan oleh Wak Aji ketika azan subuh berkumandang. Jeffry menjelaskan kepada Wak Aji yang dia berbangsa Cina dan beragama Kristian. Jefrry ternampak Zulaiqah membonceng anaknya Aisyah berusia 6 tahun yang kelihatan tidak sihat dan memberitahu tujuannya ke kampung itu. Akhirnya Zulaiqah membantu Jeffry ke rumah orang yang dicari. Alangkah terkejutnya orang Jeffry orang itu adalah Wak Aji yang juga merupakan bapa Zulaiqah. Setelah tujuh bulan tinggal di kampung yang dikelilingin oleh masyarakat Melayu dan beragam Islam, Jeffry tiba-tiba terdetik untuk memeluk Islam. Bukan kerana terpikat dengan Zulaiqah tetapi melihat keadaan sekeliling, wajah-wajah ketenangan mereka serta kelunakan mereka membawa ayat-ayat suci Al-Quran. Kehadiran Jeffry di masjid tidak disenangi oleh orang-orang masjid terutamanya Tamrin dan Badrul. Sebagai seorang mualaf, Jeffry banyak mendapat sokongan dan bimbingan daripada Wak Aji dan Jamiran. Suatu hari Aisyah telah dimasuki hospital dan memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Sebelum bergegas ke hospital, Jefrry telah mewasiatkan kepada Jamiran sekiranya dia meninggal untuk mengagihkan hartanya kepada fakir miskin, keluarga Wak Aji, masjid dan anak-anak yatim. Ketika di hospital, doktor pula mengesahkan bahawa jantung Jeffry sahaja yang sesuai untuk Aisyah.Jeffry memberikan diari peribadinya kepada Zulaiqah. Pembedahan jantung Aisyah berjaya namun nyawa Jeffry tidak dapat diselamatkan. Setelah pemergian Jeffry barulah orang-orang kampung berasa menyesal dengan tindakan mereka memulaukan Jeffry. Pastikan anda saksikan Khilaf lakonan Fasha Sandha, Zed Zaidi, Ezany Nizariff dan Hisham Ahmad Tajuddin ini.

Seterusnya menyusul pula Demi Takwa yang keudara pada jam 6.30 petang. Menceritakan tentang kisah pengorbanan tiga insan dalam mengharungi kehidupan mereka seperti Hajah Faiza Bayumi Sayed Ahmad yang berkorban tenaga dan usaha untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Setelah mengecapi kejayaan, beliau tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik dan sentiasa membantu mereka. Kisah kedua menceritakan tentang Ustaz Jazlan yang merupakan seorang penceramah yang sanggup mendekati anak-anak muda yang sering terlibat dengan kumpulan mat-mat motor semata-mata mahu memahami diri mereka dan setelah itu berusaha memberi dorongan serta menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri mereka. Sementara kisah ketiga pula menceritakan tentang pengasas Raudhatus Sakinah iaitu Dr. Harlina Hauzah Sirat yang bekerja keras membina tempat perlindungan kepada para remaja yang pernah terjerumus kepada perkara yang tidak bermoral. Dr. Halina cuba membimbing mereka untuk ke jalan yang diredhai dan memberi didikan agama serta kasih sayang kepada mereka.

Sanggar Harapan yang disiarkan pada jam 7.30 malam pula menceritakan tentang semangat primadona tanahair, Azean Irdawaty dalam mengharungi cabaran penyakit barah beliau, serta krisis kehidupan yang dilaluinya. Ketabahan dan kekuatan Azean Irdawaty sememangnya patut dipuji kerana beliau begitu cekal dengan segala yang menimpanya. Dari dugaan penyakit barah, masalah kewangan dan penahan anak sulung kesayangan beliau. Penyakit barah yang dialaminya oleh penyanyi, pelakon dan usahawan jualan langsung ini telah membuatkan pergerakan beliau terbatas. Namun, beliau tetap cekal mengahrunginya dan kini, beliau lebih banyak menghabiskan masa dengan memberikan ceramah dan membakarkan semangat wanita-wanita yang mengalami penyakit seperti beliau. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau dalam rawatan yang diamalkan iaitu menerusi kerohanian dan juga amalan alami. Saksikan kecekalan primadona negara Azean Irdawaty dalam Sanggar Harapan pada hari pertama Maal Hijrah nanti.

Keseronokan sambutan Tahun Baru Islam ini tidak berhenti di situ sahaja. Pada sebelah malamnya iaitu jam 9.30 malam, penonton akan dihiburkan pula dengan drama dari seberang iaitu Hidayah 1 Muharram lakonan Sahrul Gunawan, Drg. Fadly dan Hanna Hasyim. Mengisahkan tentang Bayu dan Visa yang telah ditinggalkan oleh ayah mereka sejak mereka masih kecil. Ayah mereka pergi bersama wanita kaya, dengan alasan bosan dengan hidupnya yang miskin dan selalu malang bersama Ibu Bayu dan anak-anaknya. Kini Bayu terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sejak kecil Bayu bekerja sebagai pengedar berita akhbar dan usaha gigih Bayu Berjaya menjadi agen berita. Walau tidak kaya, Bayu mampu menyekolahkan Visa dan tidak membenarkan ibunya bekerja. Kehidupan ayah Bayu yang disangka senang sebenarnya tidak kerana ayah Bayu seorang yang pemalas dan dia juga telah ditinggalkan oleh isterinya yang kaya itu. Pada saat itulah baru ayah Bayu sedar tentang kekayaan yang tidak dapat memberi kebahagiaan kepadanya. Ayah Bayu berusaha untuk kembali ke pangkuan ibu Bayu namun Bayu berkeras tidak membenarkan ayahnya mendekati keluarga yang telah lama diabaikan walaupun dalam hatinya dia amat merindui kasih sayang seorang bapa.

Kegembiraan menyambut Maal Hijrah disambungkan lagi keesokan hari, 8 Disember dengan Insyaf: Petaka Nikah Siri pada jam 12.30 tengahari. Drama yang diadaptasikan menerusi kisah-kisah benar dari seberang ini menceritakan tentang Ranti yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi terkenal. Ranti sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mencapai cita-citanya itu sehinggalah menggadaikan maruahnya. Namun setelah semua dilakukan tidak Berjaya, Ranti memberanikan diri bertemu dengan seorang bomoh dan meminta bomoh itu menjampikan dirinya agar mempunayi suara yang lunak. Akhirnya Ranti berjaya mendapat suara dan impian yang diingini. Tetapi pastinya jalan mudah itu tidak dapat mengekalkan kebahagiaan Ranti. Apakah kesudahan yang menimpa Ranti?

Dan akhir sekali, penonton akan dibawa ke Jordan menerusi dokumentari terbitan TV9 iaitu Nur Hijrah, pada jam 6.30 petang. Dokumentari ini memaparkan gandingan usaha tidak mengenal jemu kumpulan Badan Bukan Kerajaan antarabangsa (NGO) membantu pelarian Palestin di Jordan dan membantu membina semula kehidupan yang musnah akibat kekejaman Israel. Berpuluh-puluh khemah pelarian dan pusat penempatan pelarian dibina di sempadan Jordan bagi menempatkan masyarakat Palestin yang terbuang dari tanah air sendiri. Kisah ini bermula dengan cerita Nur, seorang kanak-kanak yang lahir di khemah pelarian. Tempat pelarian itulah merupakan rumahnya dan negaranya tetapi keluarganya dinafikan hak kewarganegaraan oleh Negara yang ditumpanginya. Nur adalah generasi keempat pelarian Palestin. Bapa dan adik beradiknya tidak diberi hak untuk bekerja atau berniaga kerana walaupun lahir di Jordan, mereka tidak diberi pengiktirafan sebagai rakyat negara itu. Akibatnya, kehidupan mereka bergantung kepada bantuan asing dan belas ihsan dari NGO. Aman Palestine adalah satu daripada NGO yang tidak jemu-jemu menghulurkan pelbagai bentuk bantuan daripada makanan hinggalah peralatan sekolah. TV9 mengikuti perjalanan Aman Palestine dan dua lagi NGO antarabangsa lain yang terbabit membantu rakyat Palestine yang terpinggir ini dan mencorakkan masa depan mereka yang lebih baik.

Pastikan anda seisi keluarga berada di hadapan kaca tv anda dan terus menonoton bersama kami, stesen Di Hatiku TV9 sepanjang sambutan Awal Muharram ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Persembahan Pentas Party EH! 20 Yang Anggun

Karnival Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur