Pada bulan November dan Disember ini, jangan lepaskan peluang menonton rangkaian program yang menarik di saluran kegemaran anda. Sertai Robert Downey Jr dalam Downey’s Dream Car ketika beliau membaik pulih kereta klasik yang memukau. Ikuti Zooey Deschanel dalam pengembaraan kuliner dalam What Am I Eating? with Zooey Deschanel. Saksikan Lil Jon menerima cabaran unik dalam mengubah rumah dalam Lil Jon Wants to do What?
Ikuti perjalanan yang menyeronokkan dalam menemui semula resipi Asia tradisional dalam Vanishing Foods. Akhir sekali, terokai keajaiban dunia semula jadi dalam Jewels Of The Natural World. Jangan lupa saksikan program-program menarik ini sempena musim perayaan ini!
Downey’s Dream Cars
Tayangan perdana pada hari Khamis, 9 November pukul 9 malam di Discovery Channel (Astro Ch 572 SD / Astro Ch 552 HD)
Robert Downey Jr. sangat gemar membaiki kereta klasik, tetapi dia juga bersungguh-sungguh dalam usaha mengelakkan perubahan iklim. Oleh itu, beliau mengubahsuai kereta lama yang disayanginya menjadi lebih mesra alam, menjadikan ia lebih pantas, lebih bertenaga, dan semestinya lebih jimat minyak — di samping mengekalkan sifat asal kereta tersebut.
What Am I Eating? With Zooey Deschanel
Tayangan perdana pada hari Selasa, 7 November pukul 8.05 malam di TLC (Astro Ch 707)
Misi Zooey Deschanel menyelesaikan masalah makanan harian dengan mengajukan soalan-soalan penting yang sering kita fikirkan tentang apa yang kita makan. Di pasar raya dan di dalam dapur kita sendiri, Zooey merungkai misteri-misteri makanan yang biasa dan mendedahkan kebenaran mengejutkan yang syarikat-syarikat makanan besar mahu sembunyikan sambil membongkar penyelesaian mudah kepada soalan, “Apa yang saya makan?”
Lil Jon Wants To Do What?
Tayangan perdana pada hari Jumaat, 17 November pukul 10 malam di HGTV (Astro Ch 715 / Unifi TV 511)
Lupakan segala yang anda fikir anda tahu tentang Lil Jon sebagai seorang pemuzik dan producer. Beliau bekerjasama dengan pereka dalaman Anitra Mecadon untuk menggalakkan pemilik rumah keluar dari zon selesa mereka dengan transformasi bilik yang menakjubkan, yang memang tidak boleh dibayangkan.
Vanishing Foods
Tayangan perdana pada hari Rabu, 22 November pukul 9 malam di AFN (Astro Ch 709)
Apabila Asia menjadi lebih moden, masyarakatnya sentiasa mencari cara untuk menjadikan segala-galanya lebih mudah, pantas, dan cekap. Tetapi apakah nasib resipi tradisional kita yang telah wujud selama berabad lamanya? Walaupun hidangan tradisional ini memerlukan masa dan kesabaran dalam penyediaan, tetapi mereka menggamit kenangan gembira dan mempromosikan pemakanan yang sihat. Aun Koh, yang terkenal sebagai Chubby Hubby dan seorang blogger makanan terkemuka di Singapura, mencari individu yang mempunyai pengetahuan mengenai resepi-resepi yang semakin pupus ini. Beliau mengungkap kisah-kisah di sebalik perubahan budaya makanan kita dan mempelajari cara memasak hidangan-hidangan ini. Aun Koh menggunakan daya kreativitinya untuk memberikan sentuhan moden kepada hidangan tradisional ini, memastikan bahawa mereka kekal penting bukan sahaja dalam sejarah, tetapi juga dalam kehidupan kita pada masa kini.
Jewels Of The Natural World
Tayangan perdana pada hari Rabu, 20 Disember pukul 8 malam di Animal Planet (Astro Ch 556)
Nicole Gibbons memiliki kelebihan untuk menemui beberapa haiwan yang paling menarik di planet kita. Beliau mempunyai platform yang unik untuk melihat haiwan-haiwan liar ini dengan lebih dekat, sekaligus memerhati haiwan-haiwan ini di habitat semulajadi mereka.