in

Program Menarik di MinnalFM, AsyikFM & AlFM 2011

PROGRAM-PROGRAM MENARIK MINNALFM, ASYIKFM DAN AI FM MULAI JANUARI 2011

Selain daripada stesen-stesen utama berbahasa Melayu siarannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen utama lainnya termasuklah MINNALfm, ASYIKfm dan Ai FM mulai Januari 2011 ini menjanjikan variasi program-program menarik mengisi slot-slot siarannya.

Boleh diikuti sekitar Lembah Klang menerusi frekuensi 96.3 Mhz (MINNALfm), ASYIKfm (frekuensi 91.1, 102.5 dan 105.1 Mhz) dan Ai FM (89.3 Mhz), tiga stesen daripada keseluruhan 32 stesen radio RTM seluruh negara ini menghadiahkan kepada pendengar-pendengar setia salurannya program-program menarik dan terbaik sepanjang tahun 2011 dengan variasi slot yang bukan sahaja menghiburkan malah dengan informasi berguna untuk dikongsi bersama.

Stesen berbahasa Tamil, MINNAL fm menghidangkan program-program menarik termasuklah program Sinar pagi (Isnin-Ahad, 6.30 -10.00 pagi yang membincangkan isu isu semasa), Talk Show Kerjaya (Rabu, 10.15 – 11.00 pagi yang membincangkan isu mengenai peluang pekerjaan), Minnal.com (Ahad, 4.30 – 5.00 petang sebuah rancangan berkonsepkan pertandingan, hiburan dan isu semasa remaja dimana 70% rancangan ini berkaitan dunia fesyen, bajet dan 30% adalah isu terkini yang berkaitan remaja seperti masalah dadah, merokok dan lain-lain lagi).

Seterusnya Program Realiti (Sabtu, 7.30 – 8.00 malam dimana rancangan ini meliputi kisah benar kepayahan hidup dilalui sesorang yang boleh dijadikan ikhtibar alam pengajaran kepada masyarakat umum).

Selain itu turut dijanjikan program Dunia IT & Gajet (Sabtu, 12.30 tengah hari – 1.00 petang yang membicangkan perkembangan semasa dunia IT), Bollywood (Isnin – Sabtu, 10.03 – 11.00 pagi yang memainkan lagu lagu 50’an , 60’an , 70’an , 80’an 90’an dan terkini di samping perkembangan semasa dunia Bollywood), Lagu lagu Klasik (Isnin – Ahad, 11.12 pm – 11.55 pm lagu-lagu evergreen akan ke udara), Rancangan Wanita (Sabtu, 9.30 am- 10.00 am pula sebuah rancangan yang khusus kepada golongan wanita dimana kandungan rancangan ini memuatkan segmen masakan, segmen kecantikan, segmen penjagaan kesihatan diri dan sebagainya), Dunia Perubatan (Selasa, 10.15 pm – 11.00 pm dimana seorang doktor akan membincangkan punca, cara mengelakkan diri daripada sesuatu penyakit disamping memberi tips kesihatan) dan Sirukathai (Ahad, 6.30 pm – 6.45 pm Hasil nukilan penulis tempatan yang mengisahkan pelbagai subjek kehidupan dalam bentuk cerita dikalangan peminat MINNALfm dimana hasil penulisan yang terpilih akan diberi ganjaran).

ASYIK fm yang popular di kalangan Orang Asli yang juga dapat didengari di sebahagian besar Lembah Klang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Tengah, Pahang Barat, Johor Timur dan terbaru di kawasan Cameron Highlands juga tampil dengan program menarik terbitannya.

Stesen yang penyampai radionya menggunakan empat dialek bahasa Orang Asli iaitu Semai, Temiar, Jakun dan Temuan selain bahasa Melayu ini mengenengahkan program menarik mengisi slot Yehyah N’ Asyik, mulai jam 8.00 -11.00 pagi iaitu Yehyah D Asyik yang menggandingan pasangan DJ mengikut dialek yang berlainan pada setiap hari Isnin – Ahad. Turut diselitkan Info Cuaca, Info Berita Akhbar Menarik juga Tips Interaktif/Topik/lagu-lagu hiburan. Slot Kecon Kecan, jam 11.00 pagi – 2.00 petang, setiap Ahad / jam 11.00 pagi – 1.00 petang diisi dengan program Warung Asyik dan Bersamo Kita, Isnin – Jumaat, jam 11.00 pagi – 12.00 tengah hari iaitu sebuah rancangan interaktif bersama pendengar mengupas topik-topik menarik/isu semasa, Interaktif Phone-in/sms Tetamu/ khabar dari orang kampung/pembangunan/sejarah/adat resam/kebudayaan dalam bentuk secara langsung).

Mengisi slot Renyah, jam 2.00 – 6.00 petang pula dengan program HITS 91.1 (Ahad, 2.00 – 3.00 petang, program yang menyiarkan 5 Lagu Moden Orang Asli Popular setiap minggu), Rentak Genen, Isnin & Jumaat, 2.00 – 3.00 petang dan Selasa – Khami, 2.00 – 4.00 petang iaitu segmen menyiarkan 100% lagu-lagu moden “independent band” Orang Asli), Gradung Gradeng (Jumaat, 3.10-4.00 petang – Segmen mencungkil bakat baru seni muzik/suara dan Rock D’ Asyik (Rabu, 5.00 – 6.00 petang – Himpunan lagu-lagu Rock khas untuk golongan muda mudi lagu-lagu Rock moden Orang Asli, Melayu & Antarabangsa).

Slot Sambil Kakdik Sambil Berpihoi, jam 6.00 petang – 10.00 malam pula menjanjikan program Asyiknya Bollywood (Sabtu, 8.00 – 10.00 malam – siaran lagu-lagu Bollywood popular dahulu dan kini, info-info/berita dunia bollywood) dan Jok Karaoke (Ahad, 8.00 – 10.00 malam – Segmen interaktif bersama pendengar nyanyian lagu-lagu karaoke oleh pemanggil melalui talian telefon).

Satu-satunya stesen berbahasa Mandarin RTM, Ai FM pula menjanjikan program Ai Aksi (Isnin- Jumaat, 0600-1100 pagi – Rancangan ini bertujuan untuk memberikan infomasi serta berita terkini kepada para pendengar tentang tajuk berita utama dari semua surat khabar Cina, Melayu, dan Inggeris. Rancangan ini juga menjemput penganalisa politik untuk berkongsi pandangan dan pendapat mereka tentang isu semasa.

DJ berinterasi dengan para pendengar tentang isu semasa yang diperbincangkan melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Disusuli program Ai Sembang (Isnin- Ahad, 3.00 petang-7.00 malam – Rancangan berunsur informasi dan interaktif.Tetamu khas seperti perunding imej, CEO dan kaunselor akan dijemput ke rancangan ini untuk berkongsi pengalaman dalam topik yang berkaitan.

Slot ini juga menyediakan satu platform untuk pendengar untuk memberi pandangan dan pendapat tentang isu semasa yang diperbincangkan melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Di samping itu, pendengar juga berpeluang untuk menikmati lagu-lagu yang popular dalam segmen ini.

Top 20 merupakan carta lagu Mandarin gubahan tempatan dan luar Negara. Undian pendengar melalui laman web Ai FM , SMS dan Facebook menentukan keputusan terakhir carta lagu. Carta ini juga emperkenalkan album Cina/ Asia yang terbaru di pasaran.

Seterusnya slot Pujaan Kita menunjukkan sokongan penuh Ai FM terhadap penerbitan lagu dan muzik Mandarin tempatan. Lagu yang bertanding di carta ini terbuka kepada penyertaan lagu, penulis lirik dan penyanyi tempatan. Di samping itu, carta ini membolehkan penyokong dan pendengar lebih mengetahui perkembangan lagu Mandarin tempatan. Manariknya slot ini juga memperkenalkan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Malaysia dan seluruh dunia).

Justeru kepada pendengar setia radio tempatan, pastikan anda meluangkan masa untuk menjadi pendengar setia stesen radio RTM yang dipenuhi dengan program-program menarik sepanjang tahun 2011 ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Traxx FM Muncul Dengan Slot Menarik Tahun 2011

Ashraf Muslim & Eira Syazira dalam Ustaz Amirul