in , ,

Program Masakan MICHAEL ANG’S HALAL KITCHEN Kembali Untuk Musim Ke-2

Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi antara artis jemputan

NAURA dengan berbesar hati melancarkan musim ke-2 program masakan ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ setiap Rabu, mulai 1 Julai 2020 ini, jam 9 malam di saluran NAURA (CH109). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand. Program berdurasi 30 minit itu akan bersiaran selama 26 episod bagi musim terbaharu ini. 

MAHK Poster 2

Pada musim pertama, ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ menyaksikan sutradara terkenal, Michael Ang mengubah cara masakan makanan kegemaran warga Cina tempatan dengan menggunakan bahan masakan yang halal dan sesuai untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia.

Bagi musim kedua ini pula, pengarah drama Setelah Terlafaznya Akad dan Sweet Dreams itu ‘kembali ke dapur’ dengan memfokuskan kepada hidangan dan sajian antarabangsa dari negara Filipina, Scotland, England, Thailand, Perancis, Uzbekistan dan banyak lagi, menggunakan bahan-bahan masakan yang halal.

MAHK Poster 3

Ditemani artis-artis jemputan seperti Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi, Michael juga berborak secara santai tentang selok belok kehidupan peribadi serta perkembangan terbaharu mereka dalam kerjaya.

MICHAEL ANG'S HALAL KITCHEN Kembali Untuk Musim Ke-2

Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro berkata:

Selaku peneraju kandungan gaya hidup Muslim moden, NAURA amat teruja untuk bekerjasama semula dengan Michael Ang bagi menjayakan musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ ini. Di NAURA, kami sentiasa berusaha untuk membawakan program-program yang bermanfaat bagi audiens kami. Program ini bukan sahaja boleh mencetuskan inspirasi untuk mencuba makanan negara lain, ianya juga dapat mencungkil bakat memasak penonton yang mungkin terpendam.

“Hadirnya artis-artis jemputan seperti Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi semestinya akan memeriahkan program ini, dengan gelak tawa dan menampilkan sisi lain artis tempatan ketika ‘beraksi’ di dapur. 

Sejak pelancaran saluran NAURA pada tahun 2018, kami tetap dengan pendirian kami untuk menghasilkan program-program yang mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia dan komuniti Muslim seluruh dunia. Berlandaskan prinsip itu, matlamat kami dengan adanya musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ adalah untuk mengetengahkan konsep ‘global kitchen’ di mana setiap hidangan boleh dinikmati oleh umat Islam. Kami yakin mesej yang cuba kami sampaikan dengan sentuhan istimewa Michael kepada audiens dapat dimanfaatkan semua.”

Azlin Reza Azmi
MICHAEL ANG'S HALAL KITCHEN Kembali Untuk Musim Ke-2

Mulai 1 Julai 2020 ini, saksikan ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ setiap Rabu, jam 9 malam di saluran NAURA (CH109). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand.

MICHAEL ANG'S HALAL KITCHEN Kembali Untuk Musim Ke-2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

7 Langkah Pertama Buat Duit Menjadi Personal Shopper

Fizo Omar Tak Tuntut Hak Penjagaan Anak Kekal