in

Program Makeweekend Robotik Ilham Kejadian MH370

Seramai 100 belia berkumpul pada hujung minggu lalu dalam misi mencipta teknologi yang dapat membantu dalam operasi pencarian pada masa akan datang. Dalam program Makeweekend Robotik, para belia telah membina 16 buah robot autonomi yang berbeza untuk tujuan mencari dan menyelamat.

“Ini adalah salah satu teknologi yang akan digunakan dalam misi pencarian pada masa akan datang. Kebanyakan operasi pencarian memerlukan kita memerhati ke luar tingkap kapal terbang dan mencari di kawasan yang luas dan jauh. Robot tanpa pemandu yang berfungsi secara autonomi ini mampu meningkatkan usaha pencarian dalam kawasan yang lebih luas dengan lebih pantas.” – Kal Joffres, Pengasas bersama Makeweekend.

Dengan penggunaan proses Makeweekend yang digelar ‘rapid product development’, kesemua pasukan berjaya membina robot dalam masa hanya dua hari. Selama dua hari, para peserta menjalani kursus intensif dalam pembinaan robot dan menggunakan bantuan pencetak 3D dalam membentuk bahagian-bahagian robot mereka. Setiap robot mempunyai komputer induk yang telah diprogramkan dengan menggunakan pendekatan berbeza untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Belia Bangunkan Teknologi, Ilham Kejadian MH370

Makeweekend adalah program intensif yang melibatkan penyertaan awam secara bersama dalam menyelesaikan cabaran besar selama dua hari. Cabaran-cabaran ini merangkumi peningkatan pendidikan dan peningkatan bantuan bencana.

“Kebiasaannya, cabaran-cabaran ini memerlukan masa beberapa bulan untuk diselesaikan. Kami mahu mereka lihat apa yang dapat dicapai dalam mencipta sesuatu inovasi baharu hanya dalam masa hanya dua hari.” –  Joffres.

Pasukan yang memenangi cabaran misi mencari dan menyelamat ini terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia dan Kolej Taylor. Mereka membina sebuah robot menyerupai Wall-E yang mempunyai kepala boleh berputar dan dilengkapi dengan sensor untuk mengesan halangan di sekelilingnya. Manakala, lima orang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan dari Kolej Inti mendapat ilham daripada konsep “kotak hitam”; memutuskan untuk membina sebuah kotak hitam kos rendah bagi kereta yang boleh mengesan kemalangan serta kerosakan pada kereta serta terus memberi maklumat lokasi secara automatik kepada ahli keluarga.

Kesemua peserta menerima kit asas yang mengandungi komponen asas untuk membina robot autonomi termasuklah komputer ‘Raspberry Pi’ atau “otak” untuk robot yang boleh diprogramkan, motor, bateri dan banyak lagi. Robot dikehendaki melengkapkan cabaran dalam had masa tertentu untuk mencari petunjuk yang sukar, secara autonomi.

Pasukan yang menang akan menerima sokongan tambahan dari segi perkhidmatan pencetakan 3D dan bahagian-bahagian elektronik. Projek-projek ini akan dipamerkan di Majlis Pelancaran Inovasi Global Malaysia dan Pusat Kreativiti (MaGic) pada bulan April kelak.

Bagi kebanyakan peserta, program ini merupakan satu peluang yang unik untuk mempelajari tentang pembinaan teknologi baharu.

“Saya teruja apabila berada di sini. Kali pertama saya mendengar mengenai Raspberry Pi [komputer] adalah di BBC dan saya tidak percaya bahawa perkara seperti ini wujud. Kini saya benar-benar membina sesuatu dengan menggunakannya. Ini adalah robot pertama saya,” kata Vinothini Rasalingam, salah seorang peserta dari Universiti Tenaga Nasional.

Acara ini telah dihoskan oleh Wakalab, selaku cawangan belia & komuniti Media Prima Digital di Bangsar serta rakan kongsi utama termasuklah MaGIC, Makerzone, dan Makespace, yang juga menyokong acara ini dan menyediakan perkhidmatan percetakan 3D

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Tunda Persembahan TERINDAH Demi Prihatin MH370

Dua Kali Maya Karin Tunda Pelancaran & Showcase Teka-Teki