Program Kids TV9 Sempena Aidilfitri 2011
Upin & Ipin : Rindu Opah – 29 Ogos 2011, 7.00malam
Upin & Ipin begitu bersemangat untuk menyambut kedatangan Syawal. Akan tetapi, tahun ini mereka akan beraya tanpa insan yang amat mereka sayangi. Apa yang akan berlaku pada Upin & Ipin? Bagaimana mereka menyambut Syawal pada tahun ini?
Chalkzone: The Big Blowout – 30 Ogos, 4.00 petang
Chalkzone: The Big Blowout akan menemui adik-adik pada Raya Pertama ini jam 4 petang di mana adik-adik dapat mengenali Ruby Tabotie, seorang kanak-kanak biasa namun dengan sebatang kapur ajaib, dia boleh memasuki ke dunia fantasi Chalkzone. Dalam dunia tersebut segala benda yang terconteng dan terpadam akan muncul sebagai benda hidup. Apakah benda atau makhluk yang akan muncul dalam Chalkzone bersama Ruby?
My Life as a Teenage Robot – 31 Ogos, 4.00 petang
Apabila anda adalah robot pada luaran tetapi seorang remaja biasa di jiwa, hidup seringkali menjadi tidak adil. Jenny atau XJ9 sudah letih dan penat untuk mengawasi Bumi. Dia lebih rela membuat aktiviti menarik seperti mengikuti perkembangan artis pop, membaca majalah remaja dan meluangkan masa bersama rakan-rakannya, Brad dan Tuck. Jika anda rasa hidup sebagai remaja adalah susah, cuba jadi 6 kaki dan diperbuat dari besi. Adakah Jenny akan dapat membahagikan masa untuk menyelamatkan dunia dan menghadiri prom?
iCarly: iGo to Japan – 1 September, 4.00 petang
Carly, Sam dan Freddie menerima satu jemputan ke majlis anugerah iWeb di Jepun apabila laman web iCarly dinominasikan untuk kategori komedi terbaik. Walaubagaimanapun, Puan Bendson tidak membenarkan anaknya, Freddie, untuk pergi sendirian, lalu dia dah Spencer ikut serta. Bayaran penerbangan hanya diberikan kepada krew iCarly, jadi Spencer dan Puan Benson telah mencari tranportasi yang lain iaitu satu kapal terbang yang akan dibawa oleg Freightdog dan diisi dengan opossi. Apabila kapal terbang itu tiba-tiba hendak mendarat di Korea, mereka telah terjun keluar dengan payung terjun.
Go, Diego, Go!: Tuga Helps the Moon – 2 September, 4.00 petang
Rancangan kartun ini akan menyaksikan hero dan penyu, Luna, mencari sebahagian dari bulan untuk memastikan dia dapat pulang ke rumahnya.
Spongebob Squarepants: Truth or Square – 3 September, 4.00 petang
Krusty Krab menyambut ulangtahunnya yang ke-117! Spongebob, Patrick, Squidward dan Mr. Krabs telah terkunci di dalam peti ais sebelum mempunyai peluang untuk menyambut ulangtahun itu. Semasa mencuba untuk cari jalan keluar dari peti ais itu, mereka telah mengingati kembali peristiwa-peristiwa manis yang pernah mereka lalui bersama. Sementara itu, Plankton mencari peluang untuk mencuri formula dan resepi rahsia Krabby Patty. Kita akan dapat melihat Spongebob ketika bayi, iklan pertama Krusty Krab, bagaimana Spongebob pertama kali menemui rumah nenasnya, Spongebob dan Sandy berkahwin dan Krabby Patty pertama Spongebob ketika ibunya masih mengandung.
Spongebob Squarepants: WhoBob WhatPants – 4 September, 4.00 petang
SpongeBob WhoBob WhatPants dan bergelak tawa dengan aksi dan keletah Spongebob pada jam 4.00 petang. Spongebob ingin menghabiskan masa bersama teman-temannya. Malangnya apabila semua orang mula melihatnya sebagai seseorang yang berperangai pelik, dia berkemas dan merancang untuk meninggalkan Bikini Bottom selamanya. Apakah yang mengganggu Spongebob sehingga terpaksa meninggalkan tempat asalnya itu?
Sambil berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai dalam mengeratkan lagi silaturahim pada Hari Raya ini, jangan lupa untuk menonton program-program hebat yang disajikan oleh TV3 dan TV9. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selamat menonton!