in

Program Khas Sempena Deepavali di TV2

RTM Meriahkan Deepavali Dengan Variasi 13 Program Khas sepanjang Deepavali di TV2

Sepanjang tiga hari berturut-turut mulai 25 hingga 27 Oktober ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Dunia Ria, TV2 mewarnai sambutan pesta cahaya Deepavali yang diraikan pada 26 Oktober ini dengan variasi 13 program menarik untuk dikongsi bersama seisi keluarga.

Kesemua program yang disediakan merangkumi rancangan kanak-kanak, telemovie, filem, muzikal dan konsert yang kesemuanya dipilih khas dalam memeriahkan sambutan Hari Deepavali yang diraikan semua penganut Hindu dalam menghayati perayaan yang turut dikenali sebagai Pesta Cahaya ini.

Menjelang sambutan Deepavali pada 25 Oktober 2011 (Selasa), RTM berkongsi kemeriahan bersama Konsert Khas Deepavali : Amarkala Deepavali yang disiarkan secara langsung dari Brickfield, Little India Malaysia terbitan Unit Hiburan TV mulai jam 9.00 malam sebelum kemudiannya disiarkan telemovie khas berbahasa Tamil : 12 Mani Neram Ippothu Thodanguhirathu, jam 12.30 tengah malam.

Rajnikanth dan Aishwarya Rai dalam Filem Endhiran

Tujuh program khas mewarnai sambutan sepanjang Hari Deepavali pada 26 Oktober 2011 (Rabu) ini termasuklah telemovie Innoru Naalai (jam 9.30 pagi) dan khas untuk kanak-kanak pula usah ketinggalan menyaksikan program majalah kanak-kanak, En Deepavali Kuthoogalam (jam 11.30 pagi).

Penonton kemudiannya diajak berhibur dengan program-program hiburan Ulaga Nayagan : Kamal 50 (jam 1.30 petang), Diwaarga (jam 4.00 petang), Aye Diwali Aye 2011 (jam 5.00 petang) juga sebuah konsert yang membariskan artis terkenal, Payanam terbitan Minnal fm yang disiarkan jam 2.30 petang.

Peminat filem turut diajak menyaksikan filem hebat bertajuk Endhiran yang disiarkan jam 9.00 malam, sebuah filem yang pembikinannya paling mahal di India sekitar tahun 2010 lakonan pelakon Tamil popular Rajnikanth bergandingan dengan Aishwarya Rai.

Kemeriahan Deepavali diteruskan keesokkan harinya pada 27 Oktober dengan empat buah program yang tidak kurang hebatnya bermula jam 10.00 pagi disiarkan telemovie Kaasu Irundhaa Deepavali sebelum diteruskan dengan filem Punjabi bertajuk Mitti Wajaan Maardi arahan Manmohan Singh, jam 1.00 petang.

Istimewanya RTM dalam berkongsi perayaan Deepavali ini turut menghidangkan filem Papadom versi Tamil bertajuk Appalam, jam 4.00 petang yang mengetengahkan pelakon hebat S.Gana, Jaclyn Victor, Shashi Tharan, Sharifah Amani, Sathiya dan Maimon Mutalib dalam filem arahan Afdlin Shauki bersama Shashi Tharan.

Begitu juga tayangan Khas Deepavali : IIFA Awards 2011 yang mengambil tempat menghiburkan penonton jam 9.00 malam di mana anugerah rasmi Akademi Filem Antarabangsa ke-12 India ini telah pun diadakan di Pusat Rogers dan Music & Fesyen Ekstravaganza di Coliseum Ricoh Toronto, Kanada pada 23 hingga 25 Jun lalu yang ingin dikongsi sama dengan penonton setia RTM.

Teruskan keceriaan Deepavali anda dengan menyaksikan program-program menarik hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stadium Angkasa RTM

Drama Kenduri Sakan Lakonan Tengku Frida