in ,

Program Khas RTM Sempena Pembentangan Belanjawan 2022

Pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober depan pastinya hari yang dinanti-nanti seluruh rakyat Malaysia. Baik yang merancang mahu melihat di kaca TV, yang mendengar di radio, atau yang menelaah di media baharu, tidak kira walau di mana berada, masing-masing menanti dengan penuh debaran.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV dan radio terbitannya turut sama mengaturkan pelbagai program khas bersempena acara penting itu. Ia melibatkan program Pra Bajet 2022 (mulai 25 hingga 28 Oktober), Lintas Langsung Pembentangan Bajet 2022 oleh YAB Menteri Kewangan pada 29 Oktober dan Post Bajet 2022 mulai 29 Oktober dan berterusan sepanjang November pula yang lebih berkonsepkan imbasan terhadap pembentangan belanjawan itu. 

Menerusi saluran TV1 melibatkan pengisian program “Biz Malaysia”, 2.00 petang dengan perkongsian empat tajuk berbeza bermula dengan “Bajet 2022 dan Kesinambungan Pemulihan” (25 Oktober) iaitu perbincangan bersama Menteri Kewangan mengenai aspirasi kerajaan dan harapan rakyat dalam Bajet 2022 serta bagaimana ia dizahirkan dalam inisiatif yang bakal dirangka untuk kesinambungan pemulihan negara dan Keluarga Malaysia. Seterusnya topik “Bajet 2022: Pengukuhan Ekonomi Malaysia” (26 Oktober), “Bajet Anak Muda” (27 Oktober) dan “Bajet Keluarga Malaysia” (28 Oktober).

Menyusul program “Bicara Khas Naratif”, 9.00 malam dengan memberikan keutamaan dalam tajuk Pra Bajet: Harapan Belanjawan Pasca Akademik” (27 Oktober), fokus kepada harapan rakyat terhadap pembentangan bajet 2022 dan inisiatif kerajaan menerbitkan Kenyataan Pra Bajet 2022 dan Analisis Belanjawan 2022 (29 Oktober), memberi fokus kepada analisis belanjawan 2022 berdasarkan inisiatif percepat pemulihan, pengukuhan daya tahan ekonomi dan memangkin pembaharuan.

Dua lagi melibatkan tajuk “Bajet 2022 & Wawasan Kemakmuran 2030 (WKB2030)” (30 Oktober) dan “Bajet 2022 & Transformasi Digital” (31 Oktober), fokus kepada analisis Belanjawan 2022 dalam mempercepatkan peralihan kepada teknologi Revolusi Perindustrian 4.0 dan transformasi Digital.

Kemuncak pada 29 Oktober ini dibawakan Lintas Langsung Pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Grandstand pembentangan melibatkan perbincangan dan ulasan berkaitan Bajet 2022 dikendalikan dua pengacara Hazel Dasmond dan Terrence Dass. Ia akan disiarkan tepat jam 3.00 petang.

Jenama radio RTM, NASIONALfm tampil dengan program khas Pra-Bajet 2022, “Alfa 102”, temu bual bersama tetamu mulai 25 hingga 28 Oktober ini, 10.30 pagi. Menyusul program analisa dan harapan Bajet 2022 (29 Oktober, 3.00 petang) dan temu bual Post Bajet 2022 (1 hingga 3 November, 10.30 pagi). 

TRAXXfm, radio berbahasa Inggeris RTM menyiarkan bual bicara, “What Matters Towards Budget 2022” (29 Oktober, 3.00 petang), Post Budget 2022 – Reaction (29 Oktober, 6.00 petang) dan Post Budget 2022 – Analysis (1November, 6.00 petang).

Antara program yang bakal menemani pendengar radio Orang Asli, ASYIKfm pula “Gah Ju Asyik” (26 Oktober, 10.15 pagi), “My Hik ASYIK” (28 Oktober, 11.30 pagi), dan “Gah Ju Asyik” edisi Post Bajet 2022 (2 November, 10.15 pagi).

Sementara itu, AiFM berkongsi program wawancara harapan rakyat terhadap Belanjawan 2022 dalam tajuk “Ai Topik” (28 Oktober, 9.15 pagi), diikuti “Ai Sembang”, kupasan berkenaan Belanjawan 2022 (29 Oktober, 5.20 petang),dan “Ai Topik”, fokus Belanjawan 2022 ke udara pada 1 dan 4 November, 9.20 pagi.

MINNALfm memenuhi keperluan pendengar setianya dengan siaran khas segmen Pra Bajet 2022 “Kaalai Kathir”, temu bual telefon bersama tetamu (25 hingga 29 Oktober, 9.15 pagi), segmen “Aanantha Thenkaatru” (29 Oktober, 4.00 petang) dan diakhiri kupas keseluruhan dalam segmen  “Kaalai Kathir” (1 dan 2 November, 9.15 pagi).

Radio KLfm pula secara santaimengajak pesndengar berkongsi pandangan serta kupasan pakar motivasi dalam Topik Pagi RPKL ‘Bajet 2022” (25 hingga 29 Oktober, 8.00 pagi), bicarawara “Sembang KL: Bajet 2022” (28 Oktober, 2.30 petang), dan program mengisi Post Bajet 2022 iaitu “Sembang KL: Bajet 2022” disiarkan dua hari berturut-turut pada 1 dan 2 November, 2.30 petang).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Sajat Belanja Gambar Rumah Baru, Kerajaan Australia Bantu Beli Banglo

“Pakai Otak Sikit, Baik Korang Berhenti Kerja Sajalah,” – Joe Flizzow