in

Program Khas Radio RTM Sempena Ramadan

”PROGRAM-PROGRAM KHAS RADIO RTM SEMPENA RAMADAN”

Bulan penuh rahmat, Ramadan Al Mubarak semakin hampir. Ramadan yang dinanti jutaan umat Islam seluruh Negara ini, di semarakan lagi dengan pelbagai program menarik menerusi rangkaian Radio RTM. Kehadiran Ramadan Dinanti Bersama Stesen Radio RTM dengan disemarakkan lagi dengan pelbagai program menarik menerusi rangkaian Radio RTM.

Radio Klasik Nasional yang terkenal dengan dendangan lagu-lagu melayu klasik menerusi siaranya akan membawakan Resipi Warisan Ramadan sepanjang Ramadan ini bermula 10.15 pagi. KLfm yang menemani warga kota setiap hari dengan laporan trafik dari siang hingga ke malam menyediakan Menu Ramadan@KLfm, sepanjang Ramadan pada pukul 11.45 pagi dan 4.15 petang. Disamping itu, KLfm turut menyediakan rancangan Prebiu Buku Khas Ramadan yang mengetengahkan buku-buku panduan Ramadan khusus kepada pendengar untuk mendapatkan bahan ilmiah terbaik bagi menghayati ibadah puasa. Program ini keudara sepanjang Ramadan, pukul 7.15 pagi.

Turut mengimarahkan bulan Ramadan, saluran radio untuk masyarakat orang asli, ASYIKfm menyediakan sebuah rancangan bertajuk Suci Henem, keudara setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6.45 petang. Suci Henem mengetengahkan pelbagai amalan mulia juga kebaikan bulan Ramadan. Bagi meraikan mereka yang tidak bernasib baik, TRAXXfm, saluran radio berbahasa ingggeris, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak dari Rumah Perlindungan Solehah pada 31 Ogos 2009. Program ini turut disertai Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Asing di Malaysia yang juga bertujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan Negara.

Disamping rangkaian radio Nasional, stesen radio negeri turut menyemarakan Ramadan tahun ini dengan pelbagai program menarik. Bermula dengan SELANGORfm yang menyediakan Drama Khas Ramadan bertajuk “Syurga Di Wajahmu” bersiaran sepanjang Ramadan, bermula 12.30 tengah hari. Disamping itu, SELANGORfm turut menyediakan rancangan lain seperti Puasa Anak Kita dan Dari Dapur DJ SELANGORfm yang keudara sepanjang Ramadan, pukul 2.15 petang dan 3.05 petang.

Istimewa Ramadan ini untuk orang Negeri Sembilan, NEGERIfm menyediakan rancangan-rancangan terbaik untuk anda. Setiap hari sepanjang Ramadan, dapatkan info berkaitan amalan-amalan yang wajib dilaksanakan sepanjang bulan mulia ini serta Fadhilat Ramadan dalam rancangan Nurani Tazkirah pada pukul 6.30 pagi dan 1.45 tengah hari. Juga hayati bacaan Al Quran sebanyak satu juzuk setiap hari dalam Tadarus, sepanjang Ramadan, bermula pukul 9.45 malam.

Tidak ketinggalan kepada anda di Melaka, MELAKAfm turut menyediakan program terbaik bagi menikmati rahmat Ramadan. Bermula dengan sketsa kehidupan masyarakat dalam menjalani ibadah puasa yang dipenuhi pengajaran, sindiran dan gelagat pelbagai peringkat usia dalam Taman Ramadan, bersiaran sepanjang Ramadan, pukul 4.45 petang. Selepas itu, dengarkan koleksi terbaik kuliah Ramadan dalam Takarrub Ramadan, setiap hari pada pukul 5.25 petang. Sebelah malam pula, dengarkan bacaan ayat suci Al Quran secara langsung yang disampaikan oleh 10 orang Qari dari masjid Al-Azim Melaka.
 
Ibadah Ramadan di selatan tanahair, Johor Darul Takzim pastinya lebih bermakna dengan mengikuti program khas Ramadan yang disediakan oleh JOHORfm. Setiap hari sepanjang Ramadan, ikuti Syiar Ramadan yang memperdengarkan ceramah berkaitan ibadah puasa daripada penceramah-penceramah terbaik negeri Johor yang keudara bermula 6.15 petang. Kemudian, sementara menunggu waktu berbuka puasa, hayati bacaan ayat suci Al Quran yang disampaikan oleh para Hafiz pada setiap hari, pukul 6.30 petang.

Dari pantai timur tanahair, KELANTANfm mengajak warga Kelantan untuk bersama-sama menghayati Ramadan menerusi rancangan Fadhilat Ramadan yang keudara setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 6.10 petang. Disamping itu, KELANTANfm turut menyediakan Drama Khas Ramadan “Setanggi Piatu” yang bersiaran pada hari Rabu hingga Sabtu, pukul 4.30 petang. Juga dapatkan kata-kata hikmah dan mutiara kata dalam rancangan Cetusan Hikmah, setiap hari Ahad hingga Selasa, pukul 5.30 petang. TERENGGANUfm turut mengimarahkan Ramadan dengan barisan program terbaik untuk pendengar setia stesen radio “Mesra Ceria” itu. Bermula dengan Nur Ramadan yang memaparkan Hadis dan Terjemahan berkaitan Ramadan, bersiaran setiap hari, pukul 6.10 petang. Selepas itu, ikuti Syiar Ramadan yang menghimpunkan koleksi terbaik ceramah khas Ramadan, bersiaran setiap hari, pukul 6.30 petang. Sebelah malam pula, selepas solat tarawih, hayati bacaan ayat suci Al Quran dalam Tadarus Al Quran, setiap hari sepanjang Ramadan, pukul 9.45 malam.

Istimewa untuk anda yang menjalani ibadah Ramadan di Pulau Lagenda Langkawi, pastikan anda setia mendengar LANGKAWIfm yang menyediakan program istimewa Ramadan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Dalam segmen Bahasa Malaysia, hayati keindahan dan kesucian Ramadan dalam Hidayah Ramadan, keudara setiap hari, pukul 10.00 pagi dan 8.00 malam. Kepada kaum wanita, pastikan Dapur LANGKAWIfm menjadi panduan menu berbuka puasa dan bersahur seisi keluarga yang bersiaran setiap hari, pukul 10.00 pagi dan 5.30 petang. Dalam segmen Bahasa Inggeris, dapatkan kisah-kisah teladan mengenai kesucian Ramadan dalam “Reaping The Benefit of Ramadan” yang bersiaran setiap hari selepas berkumandangnya Azan Zuhur dan Asar. Tambahkan selera anda seisi keluarga ketika berbuka dan bersahur dengan resepi-resepi istimewa dalam “Ramadan Delights”, keudara setiap hari, pukul 4.00 petang.

Salam Ramadan istimewa buat saudara-saudara seislam di Sarawak. Bagi menyemarakan lagi bulan mulia ini, SARAWAKfm membawakan kepada anda rancangan istimewa, Suasana Bazaar Ramadan yang memaparkan barisan Bazaar Ramadan dengan pelbagai resepi dan juadah istimewa untuk berbuka puasa. Rancangan yang pasti membuka selera ini akan keudara sepanjang Ramadan, pukul 4.30 dan 5.30 petang. Pada sebelah malam pula, ayuh kita hayati bacaan Al Quran dari Qari dan Qariah sekitar Sarawak yang akan berkumandang setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 10.15 malam. Istimewa dari Sibu, stesen radio SIBUfm mengajak anda menghayati nikmat Ramadan dalam rancangan Bicara Ramadan yang keudara setiap hari sepanjang Ramadan bermula pukul 10.05 pagi. Disamping itu, SIBUfm turut menyediakan rancangan istimewa, Kuali Ramadan Kuali Syawal yang memaparkan resepi istimewa hasil daripada perkongsian bersama pendengar setia SIBUfm. Rancangan ini keudara setiap hari bermula pukul 10.30 pagi.

Bulan Ramadan turut meriah di Sabah, negeri di bawah bayu. Stesen radio SABAHfm menyediakan pelbagai program ilmiah sempena bulan mulia ini, antaranya, Bicara Zakat yang keudara setiap hari sepanjang Ramadan pada pukul 11.55 pagi. Diikuti pula dengan rancangan Bicara Solat, bersiaran sepanjang Ramadan pada pukul 6.00 petang. Tidak ketinggalan stesen radio SABAHVfm turut menyediakan program menarik dalam pelbagai bahasa. Untuk siaran Bahasa Bajau, ikuti Hidayah Ramadan pada 4, 11, 18, 21 dan 28 Ogos 2009, pukul 5.45 petang yang memaparkan pelbagai amalan mulia sepanjang menjalani ibadah puasa. Dalam siaran Bahasa Dusun pula, ikuti Ceramah Ramadan yang bersiaran sepanjang Ramadan, pukul 8.15 pagi. Untuk siaran Bahasa Kadazan, SABAHVfm menyediakan rancangan Hidayah Ramadan yang keudara sepanjang Ramadan pada pukul 6.30 pagi. SABAHVfm turut menyediakan program khas Ramadan dalam Bahasa Murut iaitu Renungan Ramadan yang boleh didengar sepanjang Ramadan pada pukul 7.30 malam.

Justeru, bersama-samalah kita mengimarahkan Ramadan ini dengan amalan-amalan mulia disamping terus setia mendengarkan rangkaian radio RTM untuk mendapatkan pelbagai maklumat berguna berkaitan ibadah puasa sepanjang Ramadan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Kempen Lagu Berduit Suria FM

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1430H / 2009M