in

Program Khas Aidiladha di RTM

RTM SAJIKAN 29 PROGRAM KHAS MERAIKAN SAMBUTAN AIDILADHA

Sambutan Aidiladha atau disebut sebagai Hari Raya Haji adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri dan disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun Hijrah. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10, 11 atau 12 serta pada siang hari 13 Zulhijjah.

Dalam menghayati sambutan perayaan istimewa bagi seluruh umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut tidak ketinggalan berkongsi variasi 29 program khas bertemakan sambutan perayaan Aidiladha bermula 26 November 2009 hingga 29 November 2009.

Sebanyak 22 program menarik dijanjikan menemui penonton setia Saluran Informasi, TV1 manakala 7 program lagi disiarkan menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

22 program khas TV1 melibatkan drama, forum dan dokumentari disiarkan pada 26 November 2009 (Khamis) bermula dengan program Fitrah Kasih (jam 3.05 petang) dan Forum Perdana bertajuk Hati Kecil (jam 10.00 malam). Keesokkan harinya pada 27 November 2009 (Jumaat), disiarkan pula program Wukuf Di Arafah (jam 12.30 tengah malam), Siaran Langsung Solat Sunat Aidil Adha (jam 7.30 pagi), Doku Khas JAKIM : The Pilgrimates of Lifes (jam 9.31 pagi), Galeri Nasional Khas Aidiladha (jam 9.30 malam), Telemovie Raya : Selagi Ada Waktu (jam 10.31 pagi), Cucu Kita (2.05 petang), Addin Khas Aidil Adha : Pengorbanan Dan Perjalanan Suci (jam 3.05 petang), Doku Khas JAKIM : Selaut Kasih Sebuah Janji (jam 6.31 petang) dan Special On 1 : National Geographic ‘Inside Mecca (jam 7.00 malam).

Menyusul pula siaran pada 28 November 2009 (Sabtu) menyiarkan program istimewa Solat Sunat Aidil Adha Dari Mekah (jam 12.30 tengah malam), Tilawah Interaktif Khas Raya (jam 5.05 petang), Panggung 1 : Kembali Senyum (jam 3.05 petang), Panggung Seri : Korban Kasih (jam 9.00 malam) dan Festival Nasyid Kebangsaan 2009 (jam 2.05 petang). Siaran khas Aidiladha di TV1 dilabuhkan tirainya pada 29 November 2009 (Ahad) dengan menyiarkan program Panggung Ahad : Kasih Tania 2 (jam 11.05 pagi), Pentas 1 : Cahaya Mimpi (jam 3.05 petang) dan Temasya Pantun RTM / RTB (jam 2.05 petang) selain Sayang Aisyah, drama bersiri disiarkan 28 dan 29 November 2009 (jam 9.31 pagi).

Saluran Dunia Ria, TV2 pula menampilkan 7 program istimewa dimana pada 27 November 2009 (Jumaat), penonton diajak menghayati dua telemovie Khas Aidiladha melibatkan Sekudus Doa Arisa (jam 12.30 tengah hari) dan Citra Khas Aidiladha : Seringgit (jam 8.30 malam). Manakala pada 28 November 2009 (Sabtu) pula disiarkan Mustika Khas Aidiladha : Cahaya Zulhijjah (jam 11.30 malam), Korban Terakhir (jam 1.00 pagi) dan satu-satunya filem Inggeris mengisi slot Saturday Nite Special On 2 : Kingdom of Heaven (jam 10.00 malam) sebelum diakhiri dengan dua telemovie pada 29 November 2009 (Ahad) – Sinema Ahad On 2 : Tetamu Allah (jam 10.00 malam) dan Atiqah (jam 1.00 pagi).

Pastikan anda menonton variasi program menerusi 2 buah saluran stesen RTM sempena Aidiladha dengan barisan pelbagai corak dan genre rancangan yang memberi lebih erti pengorbanan kepada seluruh penonton setia sepanjang hari raya ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Aidiladha di TV3

Trailer Filem Duhai Si Pari-Pari