Program jelajah ‘Rio To Malaysia’ anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena meraikan kehadiran perlawanan Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Taman Sri Kemendor Rim, Jasin baru-baru ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.
Pelbagai aktiviti diadakan seawal pukul 9.00 pagi dengan pertandingan mewarna yang disertai oleh kanak-kanak serta pelbagai permainan dan kuiz berkonsepkan perlawanan bola Piala Dunia. Turut menerima sambutan ramai pertandingan Teka Bola, Fault Ball, Timbang Bola, Pening-Pening Bola, Jaringan Emas, Rembat Sampai Gol serta pelbagai lagi permainan dan telematch terbuka kepada semua peringkat usia.
Program Jelajah “Rio To Malaysia†Dapat Sambutan Meriah Penduduk Jasin, Melaka
Kemunculan artis popular seperti Azrul Raja Lawak dan Munir ‘turun padang’ mengendalikan permainan dengan aksi spontan nyata tidak menghampakan.
Pengunjung juga berkesempatan beramah mesra dengan dua Ikon RTM iaitu Iesya Toh (Selamat Pagi 1Malaysia) dan Fadzly Fuad (program Suara Kita Hak Kita), DJ Radio MELAKAfm dan NEGERIfm yang hadir membuat persembahan nyanyian ‘busking’. Orang ramai yang hadir nyata teruja dengan kesempatan bertemu juruhebah kesayangan mereka.
Sempena kehangatan perlawanan Piala Dunia 2014, RTM yang kini menyambut ulang tahun ke – 68 lebih peka dengan perisian program sukan dan hiburan yang lebih padat dan terus memberikan manfaat kepada para pengunjung dan peminat.
Berkonsepkan rekreasi dan riadah bersama keluarga, program jeyarawara ‘Rio To Malaysia’ menjadi platform terbaik untuk RTM mendekati penonton-penonton setia melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan di gerai ‘Rio To Malaysia’. Ia adalah sebagai salah satu aktiviti promosi dan publisiti bersama masyarakat setempat.
‘Rio To Malaysia’ diadakan sempena Sambutan Piala Dunia Rio De Janeiro Brazil 2014. Sebagai stesen penyiar berlesen dalam acara meriah ini, RTM mengambil peranan penting bagi mempromosikan FIFA 2014.
Sambutan meriah diterima kalangan orang ramai di lokasi pertama Jasin, Melaka bakal diteruskan dengan destinasi seterusnya PDK Felda Kerteh 2, Terengganu (26 April 2014), Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor (11 Mei 2014) dan Felda Wilayah Mempaga, Bentong Pahang (25 Mei 2014).