Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada 16 September, TV3 tidak ketinggalan untuk menyediakan beberapa program istimewa merangkumi bual bicara, majalah & dokumentari, filem dan telefilem menerusi kempen #IniMalaysiaKita. Antaranya, Malaysia Hari Ini Khas Hari Malaysia, Wanita Hari Ini Khas Hari Malaysia, Majalah 3 Khas Hari Malaysia ‘Durian Malaysia’, Nona Khas Hari Malaysia, telefilem seperti Nenek Ranggi, Jalur, Kereta Kita serta filem Bas Konductor dan Hoore! Hoore!.
Selain memberikan kandungan hebat bagi meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Media Prima Berhad juga turut melancarkan kempen Ini Malaysia Kita. Orang ramai boleh menyertai kempen istimewa ini dengan memuat naik gambar-gambar menarik seperti makanan tempatan, lokasi menarik dan gambar nostalgia dengan menggunakan hashtag #IniMalaysiaKita
Lebih menarik, setiap gambar dengan #IniMalaysiaKita akan mewakili satu cap jari yang akan digabungkan bagi membentuk bendera Malaysia yang akan dipaparkan di www.mediaprima.com.my/inimalaysiakita.
Berikut ialah sinopsis bagi program-program istimewa daripada TV3 untuk Hari Malaysia:
NONA KHAS HARI MALAYSIA
14 September 2014 (Ahad), 2.00 – 3.00 petang
Sinopsis: Bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut di Sarawak, Nona memaparkan kejayaan wanita Sarawak dalam pelbagai bidang terutama wanita Sarawak di luar bandar. Antaranya, usahawan di daerah Bario yang terkenal dengan Beras Bukit dan hasil kerjatangan manik. Nona juga menyelami bagaimana kehidupan masyarakat pelbagai etnik di sana yang dapat hidup dalam harmoni.
Synopsis: This Malaysia Day, Nona will be bringing in a special episode highlighting the success stories of women from East Malaysia covering all fields of live. Being successful women exhibits their character of being independent, strong and wise. These are the characteristics of a true leader and admired by women all over. Nona will highlight their live stories, from the beginning until recent days and showcase all their contribution to women and the society as a whole.
BAS KONDUCTOR
15 September 2014 (Isnin), 2.00 – 4.00 petang
Pelakon: Maideen, Piee, Rose Iskandar.
Sinopsis: Mengisahkan tentang sebuah syarikat bas exspress di mana pekerjanya terdiri daripada golongan lelaki dan wanita. Satu hari, Hairani ingin menuju ke destinasi yang sama seperti bas yang dipandu oleh Pie dan Maidin, maka dia diajak untuk menaiki bas mereka. Setelah sampai di destinasi tersebut, rupa-rupanya Hairani tidak mempunyai hala tuju. Akhirnya, Hairani diupah menjadi konduktor bas.
Synopsis: A story of a bus company in which the employees are of male and female staffs. One day the driver invited a lady on the bus as she is heading to the same direction as they are. Once at the destination, they find out that the lady did not have a particular place to go. They ended up hiring the lady as a bus conductor. And their adventure continues.
MAJALAH 3 KHAS HARI MALAYSIA ‘DURIAN MALAYSIA’
15 September 2014 (Isnin), 9.00 – 10.00 malam
Sinopsis: Bersempena dengan Hari Malaysia, Majalah 3 akan menampilkan sejenis buah-buahan yang sangat unik iaitu durian yang digelar sebagai raja buah. Durian juga dilihat simbolik untuk menyatukan rakyat Malaysia kerana cukup digemari oleh setiap kaum. Ikuti kupasan Majalah 3 tentang pelbagai jenis spesis durian yang memerlukan cara penjagaan yang berbeza. Selain itu, kru M3 juga menunggu durian runtuh di dusun bersama-sama pekebun.
Synopsis: In conjunction with Malaysia Day, Majalah 3 conducts a special episode highlighting the uniqueness of the kings of all fruits, durian. The special episode highlights the uniqueness of durian of Malaysia and how this king of fruits is appreciated in Malaysia. It is almost a symbol of unity, as most Malaysians love durian. We know well enough on the many types of durians, but each of these types is unique and at times demands special care. Also M3 will go into the tradition of “menunggu durian runtuhâ€, in which the crew follow durian farmers on their activity.
HOORE! HOORE!
15 September 2014 (Isnin), 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Pelakon: Akim Ahmad, Kilafairy, Nurfarah Nazirah, Harun Salim Bachik, Adibah Noor, Sahronozam Noor, Aznil hj Nawawi, Fauziah Nawi, Nur Shazwana, Afi Faris, Shahila Shariff, Syafiqah Md. Jemey, Mohamad Nabil, Mohd Faiz.
Sinopsis: Nurul Aiman ialah seorang gadis yang agak gempal, tidak berapa cantik tetapi baik hati. Aiman mempunyai 2 orang kawan baik iaitu Lana dan Azadan yagn juga rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah, Aiman berkawan dengan Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam, Johari menyukai Aiman. Lana dan Rita, seorang gadis yang lawa dan popular juga meminati Johari. Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.
Synopsis: The story revolves around Aiman participating in a beauty contest, despite the fact that she wears the tudung and is not stick-thin. Johari, the school’s Head Boy, Jock and also the teacher’s son, has a secret crush on Aiman. At the same time, Lana and the popular but mean gilr from school, Rita, both have a crush on Johari. When both girls realized Johari has eyes only for Aiman, Lana and Azadan dumps Aiman while Rita plots to kill her.
MALAYSIA HARI INI KHAS HARI MALAYSIA
16 September 2014 (Selasa), 7.00 pagi – 9.00 pagi
Sinospis: Bersama barisan hos MHI, ikuti topik-topik menarik mengenai sambutan Hari Malaysia. Ikuti lintas langsung dari Miri Sarawak yang akan meninjau kemeriahan sambutan Hari Malaysia iaitu perarakan dan persembahan yang menarik. Sesi temuramah juga akan diadakan dalam kalangan orang awam dan tetamu khas tentang sambutan Hari Malaysia.
Synopsis: For Malaysia Day Celebration, MHI will be doing live crossover from Miri, Sarawak to share what’s happening on the celebration, highlighting the parade and performances. Interviews will be done with members of public and special guests on the celebration.
NENEK RANGGI
16 September 2014 (Selasa), 9.30 pagi – 11.30 pagi
Pelakon: Maria Farida, Lufya Omar, Shukri Yahaya, Maya Ruslee
Sinopsis: Azita ialah seorang wanita yang cantik dan bergaya. Azira berkahwin muda pada usianya 19 tahun. Semasa melahirkan anak sulung, Dalina, suaminya meninggal dunia kerana sesak nafas. Azita berkerja sebagai juru solek untuk membesarkan Dalina. Selepas 20 tahun, Azita menjadi seorang perancang perkahwinan dan memiliki butik adamannya. Dalina pula membesar menjadi seorang anak dara yang seanggun ibunya. Dalina menyuarakan hasrat untuk berumah tangga kerana dia tidak cemerlang dalam pelajaran dan mahu kahwin muda seperti ibunya. Pada mulanya, Azita amat teruja dan menyokong anaknya. Keseronokan Azita untuk menerima menantu terbantut apabila dia termakan hasutan pembantu butiknya, Yam Becok bahawa dia akan menjadi nenek pada usianya 41 tahun. Pasti reputasi perniagaannya akan terjejas dengan mengendong cucu ke sana ke mari. Azita mula panik kerana dia belum bersedia menjadi nenek. Atas nasihat Yam Becok, Azita minta supaya Dalina menangguhkan perkahwinannya.
Synopsis: A comedy starring a lady named Azita, who is a successful wedding planner and a single mother of a 20 year old girl, Dalina. Azita get concerned on her reputation when Dalina decides to get married. This would mean she might end up being a grandmother at 41. Yam Bechok, Azita’s assistance is always telling Azita that this will be bad for business. Will Dalina ends up marrying her boyfriend?
WANITA HARI INI KHAS HARI MALAYSIA
16 September 2014 (Selasa), 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Sinopsis: Khas untuk Hari Malaysia, Wanita Hari Ini akan berkongsi kejayaan daripada personaliti dari pelbagai bidang yang berasal dari Sarawak dan Sabah.
Synopsis: Wanita Hari Ini will have a special Hari Malaysia topic on achievements of personalities, from various field, originated from Sarawak and Sabah.
JALUR
16 September 2014 (Selasa), 2.00 petang – 4.00 petang
Pelakon: Zamarul Hisham, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Fazlina Ahmad Daud, Zaryn Minn, James Lee, Farabie, Mandy Chong, Brian Yong, adik Darvind Nair, adik Low Jia Meng, adik Khayrisyah Kemal, adik Danish Adam
Sinopsis: Mengisahkan tentang persahabatan tiga sekawan, Budin, Wong dan Rajoo yang tinggal di kawasan kampung yang berhampiran. Ketika usia mereka dalam belasan tahun, Wong pernah menyelamatkan Budin dari satu insiden, Budin diberikan rawatan selama dua hari di rumah Wong kerana rumah mereka jauh di kawasan pedalaman. Sejak itu, mereka mulai akrab. Semangat mereka meraikan Hari Merdeka patut dicontohi oleh rakan-rakan sebaya. Budin dan Wong yang lahir pada taikh yang sama iaitu 31 Ogos 1957. Mereka menyambut hari lahir bersama dengan mengibarkan bendera di puncak bukit dekat kampung mereka. Situasi tersebut diteruskan walaupun masing-masing sudah mendirikan rumah tangga. Namun persahabatan mereka kian renggang kerana salah faham. Pada Hari Merdeka juga mereka kembali berdamai tetapi tragedi sedih menimpa salah seorang daripada mereka.
Synopsis: A story of a very strong friendship shared by Haji Budin, Taukeh Wong and Rajoo. Each being born on 31st of August 1957, they went to school together as kids. The special shared by the three of them creates drama for people surrounding them. Some people are jealous and begin to create rumors that soon give effect to their friendship. Catch how the plot moves and will their friendship ever be the same?
KERETA KITA
16 September 2014 (Selasa), 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Pelakon: Zamarul Hisham, Nadia Aqilah, Shukri Yahaya, Amyra Rosli, Dato’ Rahim Razali, Fadilah Mansor
Sinopsis: Amran sering pulang lewat sejak 6 bulan ini. Isterinya, Jas mengesyaki Amran ada hubungan sulit dengan Azizah. Rupa-rupanya, Amran sibuk dengan projek membaik pulih kereta Proton Saga yang lama di sebuah bengkel. Jas tidak faham kenapa suaminya sanggup berkerja keras dan menghabiskan duit untuk kereta buruk ini. Amran pujuk Jas dan beritahu sebabnya. Proton Saga berwarna merah itu dibelikan oleh abah Amran pada tahun pelancaran Proton Saga. Semasa abah membawa pulang kereta itu, budak-budak kampung berarak mengiringi kereta itu. Sejak hari itu, Proton Saga merah yang dinamakan sebagai Azizah menjadi kebanggaan ayah Amran sehinggalah dijualkan untuk membiayai kos pelajaran Amran ke ITM. Amran berjanji kepada abahnya dia akan belajar bersungguh-sungguh dan kembalikan kereta itu kepada abah. Bagi Amran, kereta ini ialah sejarah hidup mereka. Kereta ini juga ada kisah hidup mereka.
Synopsis: Amran has been coming home late for the past 6 months. His wife, Jas suspects he is having an affair with Azizah. However, it appears that Amran was actually busy repairing an old Proton Saga that was left in a workshop. Jas cannot understand why her husband is working hard and spending all their money on this old car. Amran coaxes Jas and tells her the reason. The red Proton Saga was bought by Amran’s father when it was first launched. When his father brought the car home, it was flanked by excited children in their village who admired the car. Since that day, the car was named Azizah and was the pride of Amran’s dad until it was sold to finance Amran’s studies at ITM. Amran promised his father that he will study hard and return the car to him. To Amran, this car always had a special place in his family’s life.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.