in

Program Istimewa Tahun Baru Cina Di TV3 2013

Istimewa Tahun Baru Cina 2013 Di TV3

Kurang dari seminggu lagi, kaum Tiong Hua bakal menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2013 (Ahad). Sambutan Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan baru dalam nasib dan kehidupan kaum Tiong Hua mengikut kalendar qamari Cina. Sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, sanak saudara yang belajar atau bekerja berjauhan dari kampung akan pulang ke rumah untuk berkumpul dan meraikannya bersama.

Dalam kemeriahan meraikan Tahun Baru Cina, TV3 juga tidak ketinggalan untuk menyediakan 2 filem Hong Kong penuh dengan aksi kung fu yang mendebarkan lakonan Donnie Yen menerusi filem “Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen” dan “14 Blades”. Selain itu, saksikan juga program majalah dan bual bicara terbitan TV3 seperti Nona, Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini yang bakal menyingkap keistimewaan dan signifikasi sambutan Tahun Baru Cina.

Malaysia Hari Ini
Ahad, 10 Februari 2013, 8.00 pagi – 10.00 pagi
Program bual bicara TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) yang menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 pagi – 9.00pagi turut bersiaran pada hujung minggu dari jam 8.00 pagi – 10.00 pagi bermula 26 Januari 2013. MHI yang memaparkan bahan-bahan berita terbaru di dalam dan luar negara juga bertujuan memberikan pengisian segenap aspek kehidupan yang merangkumi isu semasa, kekeluargaan, aktiviti masyarakat, agama dan juga hiburan. Tidak terhad dengan isu semasa sahaja, MHI juga berkongsi aktiviti-aktiviti masyarakat setempat, acara kebudayaan dan hiburan.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, MHI akan menampilkan tetamu istimewa seperti Datuk Jimmy Choo, Lisa Wong, Debbie Goh dan Master Feng Shui, Master David Koh untuk mengetahui apakah persiapan mereka untuk Tahun Baru Cina serta ramalan nasib untuk Tahun Ular. Bersama barisan hos, Ally Iskandar, Za’im Helmi, Ahmad Fedtri Yahya, Nurul Fariha On dan Nadia Anuar, MHI turut dimeriahkan dengan tarian singa yang sememangnya sinonim dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Selain itu, MHI juga memaparkan kemeriahan sambutan Rumah Terbuka MCA di Cheras.

Nona
Ahad, 10 Februari 2013, 2.00 petang
Program majalah wanita yang memaparkan isu-isu semasa, keluarga dan gaya hidup wanita hari ini akan bersiaran dari kediaman Amber Chia, model Malaysia yang terkenal di arena fesyen antarabangsa untuk edisi Tahun Baru Cina ini. Bersama hos program, Fara Fauzana dan Neelofa, Amber Chia akan berkongsi tentang kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina kali ini serta keistimewaan Tahun Ular kepada kaum Cina.

Legend_the_Fist_The_Return_Chen_Zhen_(5)

Legend of the Fist: The Return of Chen Zhen
Ahad, 10 Februari 2013, 10.00 malam
Selepas membalas dendam untuk gurunya, Hua Yuanjia, Chen Zhen telah hilang dan sepatutnya ‘mati’ untuk pengetahuan orang ramai. Hakikatnya, Chen Zhen telah meninggalkan China dan menyertai sekumpulan lelaki Cina yang menentang bangsa Jerman di Perancis ketika Perang Dunia Kedua. Tujuh tahun kemudian, Chen kembali ke China dengan menggunakan identiti Qi Tianyuan, salah seorang rakannya yang terkorban di Perancis. Di Shanghai, Chen Zhen dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya untuk mendampingi bos Kelab Casablanca, Tycoon Liu yang disyaki mempunyai pakatan dengan tentera Jepun. Chen Zhen terpikat dengan Kiki, penyanyi kelab yang bekerja dengan Tycoon Liu. Sementara itu, Jeneral Jepun, Chikaraishi telah datang ke Shanghai bersama skuad pembunuh rahsia yang menghapuskan golongan yang menentang Tentera Jepun. Dengan menggunakan topeng hitam bagi merahsiakan identitinya, Chen Zhen telah bekerjasama dengan kapten polis Huang untuk melindungi para pejuang daripada pembunuh Jepun. Apakah yang bakal dilakukan oleh Chen Zhen untuk menyelamatkan keadaan?
Pelakon: Donnie Yen, Shu Qi, Anthony Wong, Huang Bo.

Wanita Hari Ini (WHI)
Isnin & Selasa, 11 & 12 Februari 2013, 12.00 tengahari
Sebuah program khusus untuk kaum wanita dan seisi keluarga. Program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI)fokus kepada isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik, antaranya isu hari ini, fesyen terkini, soal kesihatan, personaliti berjaya, dekorasi rumah dan kisah rumahtangga yang mendapat perhatian ramai.
Istimewa untuk Tahun Baru Cina, WHI akan bersiaran dari Hotel Istana Kuala Lumpur pada hari Isnin dan Selasa (11 Feb & 12 Feb). Antara topik-topik yang akan dipaparkan ialah signifikasi Tahun Ular (11 Feb) dan khasiat daging itik (12 Feb).

14 Blades
Isnin, 11 Februari 2013, 10.00 malam
Sekitar 600 tahun yang lalu, negeri China diperintah oleh Dinasti Ming, yang membentuk pasukan elit pengawal Kaisar diberi gelaran ‘Jin Yi Wei’ (Pengawal Kerajaan Berjubah). Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak yatim piatu yang dilatih sejak kanak-kanak hingga dewasa. Setiap Jin Yi Wei diberi senjata sakti iaitu 14 pisau (14 Blades) yang mempunyi fungsi berbeza-beza, di mana 8 pisau digunakan untuk menyeksa lawan, 5 pisau untuk membunuh lawan dan 1 pisau dari emas digunakan untuk membunuh diri jika misi gagal. Masalah bermula ketika Qing Long, seorang komander Jin Yi Wei memberontak terhadap maharaja dan menjalinkan kerjasama dengan Jia Jingzhong, ‘orang dalam’ Istana. Dia berhasrat untuk membunuh Zhao Shenyan dan merampas ‘kotak’ yang kononnya mengandungi senarai nama pengkhianat kerajaan seterusnya menjadi pemerintah. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Pelakon: Donnie Yen, Zhao Wei, Wu Zun, Kate Tsui, Qi Yuwu.

14 Blades (4)

Legend_the_Fist_The_Return_Chen_Zhen_(4)

Legend_the_Fist_The_Return_Chen_Zhen_(9)

Legend_the_Fist_The_Return_Chen_Zhen_(3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyingkiran Pertama Program Da’i

Sarah Brightman Dreamchaser Album