in

Program Istimewa 2013 Deepavali di TV3

Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali oleh seluruh penganut agama Hindu pada 2 November, TV3 tidak ketinggalan menyediakan beberapa program istimewa merangkumi bual bicara, animasi, variasi, filem, dan telefilem untuk tontonan semua dari 1 hingga 4 November 2013. Antaranya, Malaysia Hari Ini Istimewa Deepavali, Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali, Johnny Bravo Goes To Bollywood (animasi), filem-filem Bollywood dan telefilem hebat seperti Raavan, Singam, Enthiran, dan Putu Piring VS Putu Mayam.

HIMPUNAN PROGRAM ISTIMEWA TV3 MERAIKAN HARI DEEPAVALI

Jumaat, 1 November 2013
Malaysia Hari Ini Istimewa Deepavali, 7.00pagi – 9.00 pagi
Bersama-sama hos Malaysia Hari Ini untuk berkongsi kisah dan pengalaman bersempena dengan Hari Deepavali.

Telefilem: Cikgu Kamala, 1.30 tengahari – 3.30 petang
Telefilem ini mengisahkan seorang cikgu moden bernama Kamala yang terpaksa bertugas di sekolah luar bandar. Cikgu Kamala mendapat perhatian daripada pelajar kerana sikapnya yang ceria. Selain berdepan dengan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru, Cikgu Kamala juga dicemburui oleh Cik Nora. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Pelakon: Puspa Narayan, Intan Ladyana dan Nizam Zaidi

Istimewa Filem Deepavali: Raavan, 10.00 malam – 1.00 pagi (sambung selepas Nightline)
Filem Bollywood ”Raavan” yang padat dengan aksi-aksi mendebarkan mengisahkan seorang ketua penjenayah, Beera Munda telah menculik Ragini Sharma, isteri kepada Dev Pratap Sharma, polis yang bertanggungjawab atas kematian adik perempuan Beera. Walaupun dilabel sebagai pengganas oleh pihak polis, Beera disanjungi oleh penduduk kampung yang menganggapnya sebagai Robin Hood. Beera mahu membunuh Ragini tetapi Ragini sanggup terjun dari tebing gunung daripada mati di tangan penjenayah. Beera tergamam dengan keberanian Ragini dan akhirnya membawa Ragini bersama ke tempat penyembunyiannya. Lama kelamaan, Beera jatuh cinta dengan Ragini. Ragini terkejut apabila Beera membongkarkan punca kematian adik perempuannya dan apakah yang telah dilakukan oleh rakan sekerja Dev.
Pelakon: Abhishek Bachan, Aishwarya Rai, Vikram, Govinda, Priyamani, Ravi Kishan

Sabtu, 2 November 2013
BoBoiBoy Special (Bahagian 1), 9.30 pagi – 10.00 pagi
BoBoiBoy dan rakan-rakan terkena sinaran Pistol Emosi Y yang menyebabkan mereka semua mengalami emosi ekstrem yang bertentangan dengan sifat semulajadi mereka. Gopal kini menjadi Gopalji, seorang yang berani dan lantang. Adakah Gopal mampu menyelamatkan keadaan dengan sifat baharunya?

Bananana! Movie Magic: Johnny Bravo Goes To Bollywood (animasi), 11.30 1.30 tengah hari
Bekas pelakon popular, Johnny Bravo pergi ke Bollywood untuk menjadi teraju utama di dalam blockbuster India, Avasitar 2 dan Bindiana Jaihones, bersaing dengan bintang terkenal, Jiggy. Namun apabila pembunuh upahan menculik Mama Bravo, Johnny perlu bekerjasama dengan musuhnya, Jiggy untuk menyelamatkan mereka semua.
Pelakon: Jeff Bennett, Mark DeCarlo, Jyotsna Du Ciel, Cree Summer & Tom Kenny.

Panggung Sabtu: Singam, 2.00 petang – 5.00 petang
Filem Tamil ini mengisahkan Durai Singam, seorang detektif polis yang menjalankan tugas dengan jujur dan disanjungi oleh penduduk kampungnya. Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Mayil Vaaganam, seorang gangster yang kuat pengaruhnya untuk melaporkan diri kepada Durai dalam tempoh jaminannya. Mayil hanya menghantar konconya namun Durai enggan menerima dan mengarahkan Mayil untuk datang ke balai polis. Mayil tercabar dengan tindakan Durai tetapi Mayil tidak dapat melakukan apa-apa kerana penduduk kampung sangat mempercayai Durai. Mayil mula merancangkan sesuatu supaya memindahkan Singham ke tempat yang lain dan bersumpah akan memusnahkan hidupnya termasuk keluarga dan kawan-kawannya.
Pelakon: Suriya, Anushka Shetty, Vivek & Prakash Raj.

Cerekarama: Putu Piring VS Putu Mayam, 10.00 malam – 12.00 tengah malam
Wafia atau Pia ialah seorang penjual putu piring di pasar malam yang berjaya. Suami Pia iaitu Hadi merupakan seorang penyelia kilang yang akan membantu Pia di gerainya selepas pulang dari kerja dan hari cuti. Pia seorang isteri yang suka mengarah serta cemburu buta. Pia mengesyaki Hadi telah berubah hati kerana dia tidak lagi akur dengan telunjuknya. Anak mereka, Akif cuba mengintip Hadi dengan bantuan abang Anje. Akif terkejut apabila melihat kemesraan Hadi dengan Anjali bersama seorang budak perempuan. Hadi juga sangat suka dengan putu mayam yang disediakan oleh Anjali. Apabila Pia tahu tentang skandal Hadi dan Anjali, Pia mula belajar buat putu mayam dan mengubah penampilannya untuk memenangi hati suaminya kembali.
Pelakon: Jihan Musa, Azhan Rani, adik Rafael El Arash, Reneetha Veeraja, Subash, Bodt Sharadee.

Ahad, 3 November 2013
BoBoiBoy Special (Bahagian 2), 9.30 pagi – 10.00 pagi
BoBoiBoy dan rakan-rakan terkena sinaran Pistol Emosi Y yang menyebabkan mereka semua mengalami emosi ekstrem yang bertentangan dengan sifat semulajadi mereka. Gopal kini menjadi Gopalji, seorang yang berani dan lantang. Adakah Gopal mampu menyelamatkan keadaan dengan sifat baharunya?

Istimewa Filem Deepavali: Enthiran, 3.00 petang – 5.00 petang
Kisah bermula apabila seorang saintis muda bernama Doktor Vaseegaran bertungkus-lumus selama 10 tahun untuk menghasilkan sebuah robot yang menyerupai manusia. Usahanya berhasil apabila sebuah robot humanoid pertama berjaya dicipta dan diberi nama Chitti. Kejayaan Doktor Vaseegaran dicemburui oleh saintis veteran yang juga mentornya iaitu Doktor Bohra. Apa yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Rajnikanth, Aishwarya Rai Bachchan, Danny Denzongpa, Santhanam, Karunas

Kecoh Pengacara Beraya, 5.00 petang – 6.00 petang
Sebuah program yang menampilkan barisan pengacara program TV seperti Fara Fauzana (Nona), Neelofa (Nona), Scha Al-Yahya (Muzik Muzik 28), Amyza Aznan (Woot! Woot!), Zizan Razak (Melodi), Awal Ashaari (Melodi), Faizal Ismail (Anugerah Juara Lagu & Vokal) dan Kamal Adli (HIP TV) di mana mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan pengacara lelaki serta kumpulan pengacara perempuan. Kecoh Pengacara Beraya menggunakan set ala gelanggang tinju yang dikelilingi oleh penonton. Kemampuan kedua-dua kumpulan pengacara diuji melalui tiga cabaran iaitu ‘Mengulas Sukan’, ‘Teka Selebriti’ dan ‘K-Pop Style’.

Isnin, 4 November 2013
Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali, 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Episod khas ini memaparkan kemeriahan suasana sambutan Hari Deepavali yang berlangsung di pekarangan Sri Pentas pada 31 Oktober 2013. Antara program menarik yang disajikan termasuklah tarian tradisional, pertunjukan fesyen, demonstrasi memasak, demonstrasi kolam dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan pelbagai program menarik yang disajikan oleh TV3 bersempena dengan Hari Deepavali. Penonton yang terlepas menyaksikan program-program TV3 boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my dan laman social Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blog Budiey.com Blog Rasmi Konsert Pelangi Untukmu

Peraduan Jom Menonton Filem Carrie